1.
PENGENALAN
Kemajuan negara bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi serta
perkembangan perdagangan dan ekonomi yang berkaitan rapat dengan penggunaan
matematik. Perkembangan matematik dan penguasaan kemahirannnya menjadi asas
kemajuan negara. Matematik menggalakkan manusia bertaakul dan berfikir secara
sistematik dan rasional. Ia mrupakan alat paling penting untuk mendorong
perkembangan tamadun dalam bidang sains dan teknologi, sosial dan ekonomi serta
meningkatkan tahap kecerdikan manusia.
Ilmu matematik sentiasa berkembang dan keperluan masyarakat terhadap
matematik berubah dari semasa ke semasa kerana perkembangan dan kemajuan
negara, maka kurikulum matematik juga mengalami proses pembaharuan mengikut
tuntutan semasa. Refomasi pendidikan telah banyak berlaku dalam negera-negara
maju dan negara-negara sedang membangun. Reformasi kurikulum matematik bukan
sahaja berlaku ke atas sukatan pelajaran matematik malah pendekatan dan
strategi penajaran juga turut berubah dan bertambah maju mengikut peredaran
zaman.
2.
DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Secara amnya,
pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai suatu proses yang saling
berkaitan serta berpautan antara satu dengan yang lain. Pengajaran yang
sempurna menghasilkan pembelajaran yang bermakna seperti mana diharapkan oleh
pihak sekolah (Jonassen et al. 1999
halaman 7 dalam Sabri et al. 2006).
Dalam konteks ini, penyediaan pengajaran yang sistematik memungkinkan untuk
wujudnya ruang pembelajaran yang benar-benar Berjaya dan member kesan yang
positif. Lebih banyak keserasian yang wujud dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran, maka lebih banyaklah dampak atau kesan dalam diri setiap pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran merupakan istilah yang sering dikaitkan dengan
dunia pendidikan. Pengajaran ialah satu pendekatan sistematik yang perlu
dilakukan oleh guru dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan melalui
pengetahuan melalui pengkaedahan yang sesuai bagi mewujudkan pembelajaran
berkesan di bilik darjah. Pembelajaran pula boleh dikaitkan dengan proses
kegiatan belajar di dalam bilik darjah (Effandi
et al. 1984). John Dewey (1977) menjelaskan bahawa pendidikan ialah satu
proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur
pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada pada seorang
individu. Hassan Langgulung (1981) pula menegaskan bahawa proses pendidikan
hendaklah merangkumi aspek intelek, jasmani dan pembinaan akhlak yang mulia
berani serta menghormati antara satu sama lain ( Sabri et al. 2006).
Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada
proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala.
Sehubungan itu, matematik menjadi suatu sistem
logik yang menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada bahasa matematik
yang tersendiri seperti simbol-simbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya.
Matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian
perhubungan, satu seni dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan
sosial dan rekreasi manusia (Mok Soon Sang, 1993).
3.
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN
Howard
Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan
di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan
psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang
perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga
sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan
perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun
1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia.
Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali
melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang
diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence).
Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa
idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu
seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan
Sternberg.
4.
JENIS-JENIS KECERDASAN
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr.
Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur
tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai
satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan
yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
4.1
Kecerdasan Verbal / linguistic
- Pelajar yang memiliki kecerdasan ini
akan menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang
optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran, tidak membina gambaran
mental, suka bercakap, gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan. Kerjaya
yang sesuai ialah Sasterawan seperti penulis, penyajak, penceramah, pensyarah
dalam bidang sastera seperti A. Samad
Said, dan William Shakespeare.
4.2
Kecerdasan Logikal
/ Matematikal - Mereka
yang mempunyai kecerdasan logical / matematikal mempunyai pemikiran secara
konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait, serta gemar
kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan
penyelesaian puzzle. Kerjaya yang sesuai bagi mereka ialah ahli matematik,
saintis, jurutera, akauntan. Contoh personality yang mempunyai kecerdasan yang
tinggi dalambidang ini ialah
Al-khawarizmi, Isaac Newton, Bill Gates dan lain-lain
4.3
Kecerdasan Bodily / Kinesthetik - Bagi kecerdasan ini mereka gemar melakukan
pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui
pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'.
Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus. Kerjaya
yang sesuai adalah sebagai atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari,
pelakon, tentera, polis, contohnya Nicol
David, Jackie Chan, Rosyam Noor dan lainnya.
4.4
Kecerdasan Visual / Spatial - Mereka yang mempunyai kecerdasan ini dikatakan
memerlukan visual bagi membina kefahaman mereka. Mereka akan menukarkan apa
yang dibaca dan didengar kepada bentuk gambaran mental. Kebiasaannya cemerlang
dalam pembelajaran bilik darjah. Kerjaya yang sesuai adalah sebagai pelukis,
pengukir, arkitek, contohnya Leonardo Da
Vinci, Hijjaz Kasturi
4.5
Kecerdasan Muzikal - Kita menggunakan kecerdasan ini untuk berfikir
mengenai irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik,
menggubah lagu, bermain alatan muzik dan sebagainya. Kerjaya yang sesuai adalah
sebagai komposer, penyanyi. Contoh personaliti ialah Ajai, P. Ramlee, Siti
Nurhaliza, John Lennon
4.6 Kecerdasan Interpersonal - Kita
menggunakan kemahiran ini untuk mengetahui atau berkenalan serta gemar untuk
berinteraksi dengan individu yang lain. Mereka mempunyai kemahiran kepimpinan,
kemahiran berkawan dan berkeupayaan untuk memahami dan menerima pendapat orang
lain. Ahli Politik, peniaga, pengacara, dan usahawan merupakan antara kerjaya
mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal. Bukti personaliti seperti Aznil
Hj. Nawawi dan Oprah Winfrey.
4.7 Kecerdasan Intrapersonal - Mereka ini mempunyai ciri yang sensitive, gemar bersendirian dan memotivasikan diri sendiri. Mereka juga gemar berfantasi. Kerjaya yang sesuai adalah seperti pengarang, pakar motivasi, pakar kaunseling, ahli psikologi. contohnya Dr. Fadzilah Kamsah dan Jean Piaget.
4.8 Kecerdasan Naturalistik - Mereka mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-batuan dan sebagainya. Dalam pengajaran dan pembelajaran, hubungan dengan mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik adalah dengan pengalaman alam semula jadi. Charles Darwin, Galileo Galilie merupakan personality yang mempunyai kecerdasan naturalistik.
5.
STRATEGI MENINGKATKAN KUALTI PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Dalam usaha memperbaiki dan
mempertingkatkan kualtiti pengajaran dan pembelajaran matematik di negara ini,
pelbagai usaha telah dijalankan secara kolektif untuk memperlihatkan
pembentukan generasi yang menerima dan melalui proses pendidikan bagi memenuhi
objektif dan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara. Justeru itu, penggemblengan dan usaha harus dilakukan oleh
semua anggota masyarakat yang terlibat dalam merencana dan merealisasikan
agenda pendidikan Negara. Usaha-usaha yang dilakukan perlu mengambil kira pelbagai
aspek dan faktor berdasarkan kepada keadaan persekitaran seperti sosioekonomi,
budaya dan kehendak masyarakat
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik
berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping
kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ia
juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM,
1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997; Tg Zawawi, 2006).
Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan
ketrampilan (competence) dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan
dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980; Tg. Zawawi, 2006). Kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
matematik merupakan suatu permasalahan yang sering dibincangkan dari semasa ke
semasa sama ada di akhbar, majalah, radio mahupun televisyen tempatan.
Kemerossotan jelas dilihat pada keputusan-keputusan peperiksaan awam yang
diumumkan saban tahun. Seharusnya masalah ini ditangani oleh semua pihak secara
rasional dengan berganding bahu mencari penyelesaian.
Pendekatan teori kepelbagaian kecerdasan dalam pengajaran merupakan salah
satu insiatif atau kajian bagi meningkatkan kualiti penbelajaran matematik
dikalangan pelajar-pelajar. Teori ini bukan hanya menekankan kepada satu aspek
sahaja, malah pelbagai aspek yang mana mampu memperbaiki kelemahan dalam
pembelajaran melalui pengajaran guru di sekolah. Menurut Noor Shah Saad (2001),
pengajaran merupakan satu seni yang
sukar untuk diterjemahkan di atas kertas secara jelas. Seperti seorang arkitek
yang merancang untuk membina sebuah bangunan perlu membuat perancangan rapi
sebelum membuat lukisan bangunan tersebut. Proses yang sama perlu dijalankan
oleh seorang guru dalam merancang pengajarannya. Kebolehan guru merancang
dengan baik merupakan satu kemahiran yang penting. Oleh yang demikian, teori
kepelbagai kecerdasan boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran pembelajaran
matematik di dalam bilik darjah dengan menerapkan elemen-elemen berikut :
5.1 Strategi
Pengajaran Logikal / Matematikal
Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira
yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar
dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh
Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita
panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai
jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal
pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada
gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Kebanyakan
individu yang cemerlang dalam bidang matematik sering diberi perhatian oleh
semua masyarakat dunia seperti Adiputra, Sufiah, Al- Khawarizmi, dan Einstein.
Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang
simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula
dengan cepat.
Strategi penyoalan boleh menjana kemahiran
berfikir peringkat tinggi dan membimbing pelajar untuk mereka berfikir.
Strategi meta-kognitif dapat mewujudkan kesedaran pelajar tentang cara
pemikiran mereka. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan
individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang
mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau
berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat untuk
melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif
seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula
baru. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang
dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik. Guru
perlu mempelbagaikan aktiviti di dalam bilik darjah yang bertujuan melibatkan
murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.2
Straregi Pengajaran Visual / Spatial
Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan menggunakan gambar dan
imej. Konsep pengajaran boleh disesuaikan dengan pengajaran melalui televisyen.
Televisyen merupakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan dalam peranan
penyampaan pengajaran. Selain melatih murid mendengar, murid-murid juga boleh
menggunakan deria penglihatan mereka untuk mengikuti pelajaran yang khusus.
Dengan perkataan lain sebagai alat bantu mengajar, mereka dapat menggunakan
penglihatan dan pendengaran secara langsung dan kepelbagaian kecerdasan dapat
diaplikasikan. Penggunaan graf dan carta dalam menyampaikan maklumat boleh
dilakukan oleh guru sebagai strategi input visual, manakala pengurusan grafik
secara kolaboratif dalam kumpulan sebagai strategi hubungan spatial. Ini
membantu meningkatkan kemahiran berljar
murid dengan lebih berkesan
5.3 Strategi Pengajaran Interpersonal
Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan
aktivti berkumpulan. Menurut
Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan
orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam
program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan
kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan
hubungan sosial murid tersebut. Dalam pengajaran matematik murid-murid boleh
digalakkan dalam perbincangan kumpulan.
Dalm pengajaran ini murid dapat
bekerjasama dan saling membantu di antar satu dengan yang lain. Melantik murid
yang mempunyai kebolehan interpersonal dapat menjadikan kumpulan mereka lebih
berkesan. Dalam bilik darjah stuktur ‘number heads together’, ‘pair check’,
‘three-step-interview’, ‘share and compare’ dan lainnya boleh digunakan bagi
meningkatkan kualtiti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Gardner (1993), kecerdasan
interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula
wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan
sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga
penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya,
seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi
pemimpin dan pandai memberi nasihat.
Oleh itu, mereka yang mempunyai
kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan
pemberi nasihat. Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai
keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea
dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan Interpersonal ini dapat dilatih melalui
pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan
berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan.
5.4
Strategi
Pengajaran Intrapersonal
Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan secara
individu. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh
seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab
sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.
Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka
bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini
juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika
seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka
termenung.
Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki
kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk
berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau
sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup. Seterusnya, terdapat
beberapa aktivit yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah
dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, berkhayal dan
mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan
intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi,
ahli psikologi dan lain-lain. Dalam matematik pula murid boleh didedahkan
dengan pembelajaran kendiri yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan
mereka. Sentiasa mewujudkan suasana refleksi tentang aspek-aspek yang telah
mereka pelajari. Contohnya aktiviti ‘thik-pair-share’ dan ‘time pair share’.
5.5 Strategi
Penyoalan
Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran matematik, strategi penyoalan kerap kali digunakan di dalam semua
peringkat proses pengajaran samada di awal amhupun di akhir pengajaran.
Strategi ini merupakan kaedah yang paling berguna serta berkesan untuk menguji
pengetahuan dan melahirkan pengetahuan (Mok Soon Sang, 1993). Kaedah ini dapat
meningkatkan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Soalan-soalan
yang diajukan pula perlulah berdasarkan peringkat-peringat Taksonomi Bloom
dalam bidang kognitif. Teknik yang digunakan perlu dikuasai oleh guru agar
soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab oleh murid.
5.6
Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir
Guru-guru
perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar
kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat
penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing
dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal seperti
menjalankan kajian, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan
dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yangberfikiran
aras tinggi. Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan
kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut
terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu
menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan
berfikir secara logik dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan
situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan
kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Menurut (NCTM, 2000), pengajaran matematik yang berkesan memerlukan
kefahaman tentang apa yang murid tahu dan perlu untuk pembelajaran. Seterusnya
guru harus tahu dan faham secara mendalam tentang matematik yang ingin diajar,
murid sebagai pembelajar dan strategi pedagogikal. Sebagai seorang guru, guru
perlu mempunyai pengetahuan tentang keseluruhan domain yang ingin diajar,
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang apa yang ingin diajar, mempunyai
pengetahuan tentang cabaran yang akan mendatang dalam sesuatu idea, mempunyai
pengetahuan tentang bagaimana sesuatu idea itu boleh disampaikan dan mempunyai
pengetahuan tentang bagaimana menilai kefahaman murid. Pengajaran berkesan
memerlukan guru membuat refleksi dan usaha berterusan untuk mencari pembaharuan
(Effandi et al.2007).
Tanggungjawab seorang guru
matematik amat besar bukan sahaja untuk member galakan dan inspirasi kepada
pelajar malah juga membantu pelajar menjadi seorang pelajar yang Berjaya dalam
matematik. Oleh itu, guru mestilah mempunyai pengetahuan kandungan yang mantap
dan pengetahuan tentang pedagogi dan teori-teori pendidikan berkaitan. Ini
memberi peluang kepada guru supaya dapat membuat keputusan yang baik dalam
pengajarannya. Harus diingat dalam kajian pengajaran berkesan, didapati bahawa
pelajar belajar matematik apabila mereka terlibat secara aktif dengan tugasan
matematik yang bermakna dan menggunakan pelbagai bahan pengajaran yang
menyokong dan menggalakkan mereka berfikir.
0 ulasan:
Catat Ulasan