CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 16 April 2013

TUGASAN REFLEKSI MODUL PENGURUSAN DATA



REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK

1.      Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menjelaskan serba ringkas tentang sejarah dan kegunaan statistik dalam kehidupan sehari-hari. Ia merupakan 1 unit disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan, pemerosesan, perwakilan dan pentaksiran data. Idea statistik pada asalnya satu koleksi maklumat tentang dan untuk mengira negara iaitu mengira cukai, bilangan penduduk dan sebagainya. Folks (1981) menjelaskan statistik berasal daripada perkataan latin yang membawa maksud negeri. Statistik mula muncul dalam bentuk cetakan pada pertengahan kurun ke-18 oleh Gottfried Achenwell yang merupakan seorang falsafah Jerman dan seterusnya mula direkodkan oleh John Graunt dalam sebuah buku Natural and Political Observation On The Bills pada pertengahan 1600. Sekitar kurun ke-20, teori-teori kebarangkalian yang baru muncul dan menyebabkan berkembangnya kegunaan statistik yang banyak digunakan dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, industri dan lain-lain. Statistik telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang antaranya pendidikan, sosial, sekonomi, perubatan, politik dan sebagainya. Peranan dan kegunaan statistik  kini semakin meluas dan telah menjadi salah satu aktiviti sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data, sebagai cabang metematik, sebagai sukatan kursus pengajian, kenyataan dan angka, pengukuran yang diambil dari sampel dan juga sebagai taburan yang digunakan untuk menganalisis data.


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Ilustrasi Secara Visual
Piktograf, carta pai, graf, garisan, carta palang, histogram, poligon
2.
Statistik
Satu unit disiplin yang menguruskan kesemua aspek
3.
Statistik inferensi
Digunakan dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, industri dan sebagainya.
4.
Graf
Menggambarkan data, memperihalkan data, membaca maklumat daripada paparan visual, jadual-jadual, senarai-senarai dan sebagainya





  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Sejarah sesuatu tajuk amat penting untuk dipelajari. Sejarah ini perlu diperkenalkan kepada murid-murid terlebih dahulu sebelum memperkenalkan kepada mereka sistem metrik antarabangsa. Ini kerana murid perlu mempunyai pengalaman hands-on yakni secara praktikal berkaitan dengan statistik dan mengaitkan pengalaman sedia ada murid dalam kehidupan sehari-hari. Mereka perlu mahir mengumpul, membanding, membuat senarai, mengintepretas data yang diperlukan. Unit ini juga memberi pengalaman kepada murid membuat pengurusan data, membantu mengendalikan aktiviti seharian dengan adanya kemahiran dalam tajuk pengurusan data.






REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA

  1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini secara ringkas membincangkan bagaimana data dikumpul, diurus menggunakan dengan pelbagai kaedah. Antaranya ialah pembolehubah iaitu satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain.  Ia dihitung melalui pembolehubah kuantitatif, kualitatif, diskret dan selanjar. Data diskret pula ialah data yang cuma boleh mengambil nilai tetap atau nilai tepat sahaja, manakala data selanjar pula ialah data yang hanya boleh diberi nilai dalam suatu julat dan tidak boleh mengambil satu nilai tunggal atau satu nilai tepat. Data kuanlitatif merupakan angkat-angka atau skor-skor yang tidak mempunyai nilai kuantiti seperti jantina, warna dan sebagainya. Pengumpulan data pula merupakan salah satu cara biasa yang digunakan dalam mengurus data iaitu dengan meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Bilangan data yang terkumpul dalam sesuatu kelas dikenali sebagai kekerapan dan apabila disatukan dalam satu jadual mengikut kelas dan kekerapan dikenali sebagai taburan kekerapan dan taburan kekerapan relatif.


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Statistik deskriptif
Mengandungi pelbagai kaedah untuk menguruskan data, meringkaskan maklumat atau data yang diperolehi agar mudah dibaca dan dikesan.
2.
Data kualitatif
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai pembolehubah kualitatif yang mana ia terdiri daripada angka-angka atau skor-skor yang tidak mempunyai nilai kuantiti
3.
Data kuantitatif
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai pembolehubah kuantitatif yang mana ia terdri daripada angka-angka atau skor-skor yang mempunyai nilai berangka.
4.
Data diskret
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah diskret dengan cara membilang.
5.
Data selanjar
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah selanjar yang hanya boleh diberi nilai dalam suatu julat dan tidak boleh mengambil satu nilai tunggal atau satu nilai tepat.


  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Secara keseluruhannya, unit ini memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang cara-cara pengumpulan dan pengurusan data. Ia penting terutama dalam profesion keguruan ia membantu guru-guru mengurs tadbir taburan markah peperiksaan murid. Disamping itu juga ia bukan sahaja membantu dari segi pengurusan murid malah membantu guru dalam mengumpul maklumat untuk tujuan penganalisisan data-data yang diperolehi untuk tujuan penyelidikan dan kajian. Penyelidikan dan kajian dalam bidang pendidikan penting agar berlakunya penambahbaikan dalam pendidikan terutama sekali dalam pengajaran dan pembelajaran guru.


REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
PERWAKILAN DATA

  1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini pula mengutamakan pengumpulan, pengurusan, perwakilan, penganalisisan, mengintepretasi data. Melalui perwakilan data, beberapa peringkat perwakilan data telah digunakan iaitu dengan adanya masalah yang telah dikenalpasti, beberapa soalan akan dikemukan bertujuan untuk pengumpulan data. data-data akan dianalisis dan seterusnya ke peringkat akhir iaitu keputusan interpretasi dilakukan. Melalui data-data maklumat yang diperolehi, seterusnya ia akan diwakilkan menggunakan pelbagai  cara paparan data yakni secara bergambar seperti carta, graf. Persembahan visual ini lebih mudah dan jelas difahami jika dibantu menggunakan pelbagai perisian antaranya Microsoft Excel mahupun Microsoft Powerpoint. Melalui perwakilan data ia akan membantu pemilihan perwakilan data yang antara lainnya seperti piktogram, gundalan, carta palang menegak, carta palang melintang, carta palang berganda, carta pai, histogram, graf garisan, graf garis berganda, dan poligon kekerapan.


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Menyusun data
Suatu tugas yang penting di mana sebahagian data boleh dengan mudah disusun mengikut turutan angka atau turutan abjad.
2.
Gundalan
Kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima
3.
Carta Palang Melintang
Graf yang menggunakan palang-palang atau bar yang dilukis dari kiri ke kanan
4.
Carta Pai
Carta yang berbentuk bulatan yang dibahagi kepada beberapa bahagian atau sektor
5.
Histogram
Satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar.


  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Pembelajaran unit ini amat penting agar kita dapat memilih perwakilan data kita yang paling baik dan sesuai untuk diguna pakai bag tujuan tertentu mengikut situasi tertentu. Kesilapan memilih boleh mengelirukan dan membawa kepada kesimpulan yang salah dari takrifan dan maklumat yang sebenar. Selain itu juga, adalah amat penting untuk para pendidik memahami unit ini agar tidak berlaku kesilapan penyampaian pengajaran kepada murid-murid mahupun kepada penerima maklumat. Ini kerana data yang digunakan bukan sahaja untuk tujuan kajian dan penyelidikan malahan digunakan dalam aktiviti sehari-hari.


REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT

  1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sukatan kecenderungan memusat merupakan salah satu cara memperihalkan data secara statistik diskriptif. Data yang diperolehi melalui sampel kajian dalat dijelaskan dengan purata data tersebut dan memperlihatkan perbezaan satu data dengan data yang lain. Sukatan kecenderungan memusat dapat menghasilkan maklumat berkaitan titik tengah pada satu kumpulan nombor. Cara yang digunakan ialah dengan mengunakan min, median dan mod. Sukatan kecenderungan memusat adalah berbeza bagi data tidak terkumpul dan data terkumpul. Min ialah purata bagi kumpulan angka dan sangat dipengaruhi oleh setiap nilai didalam set data. Ia dikira dengan menjumlahkan semua nilai didalam set data dan membahagikan jumlah tersebut dengan bilangan data dalam set data. Median pula ialah titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik dan boleh digunakan untuk data ordinal, interval dan ratio. Ia tidak dipengaruhi oleh nilai data ekstrem yang terbesar atau kecil. Manakala mod pula merupakan nilai paling kerap yang wujud didalam set data. Ia amat sesuai untuk semua jenis pengukuran data.


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Min
Purata bagi semua nilai populasi atau sampel
2.
Median
Nilai cerapam ditengah apabila semua cerapan tersebut disusun mengikut urutan. Sekiranya terdapat dua titik tengah, maka median ialah purata bagi dua nilai tengah itu.
3.
Sukatan kecederungan memusat
Ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data dan ianya merupakan asas pengukuran dalam statistik
4.
Bimodal
Set data yang mempunyai dua mod model
5.
Berbilang modal
Set data yang mempunyai lebih dari dua mod


 
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
SUKATAN SERAKAN

  1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini membincangkan tentang sukatan serakan yang asasnya adalah julat, varian, sisihan piawai, sukatan serakan berdasarkan kuartil dan sukatan serakan berdasarkan persentil. Sukatan serakan menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan. Set data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan yang lebih besar berbanding dengan set data yang berkumul rapat. Julat sesuatu data dapat diperolehi dengan mencari perbezaaan nilai terbesar dan nilai terkecil dalam set data. Manakala sisihan piawai boleh diperolehi dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua nilai varian. Berikut merupakan rumus bagi nilai varian      dan        . Kuartil-kuartil pula merupakan sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun mengikut tertib sama ada menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama. Kuartil ini adalah Q1 (25%), Q2 (50%), Q3 (75%), daripada jumlah bilangan cerapan dalam set data yang mempunyai nilai kurang daripadanya. Persentil pula set data yang mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama dan  mempunyai 99 persentil-persentil. Kuartil dan persentil bagi taburan data terkumpul boleh dianggarkan daripada lingkungan kekerapan kumulatif (ogif).


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Julat
Perbezaan nilai terbesar dan nilai terkecil dalam sesuatu set data
2.
Sisihan piawai
Diperolehi dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua nilai varian
3.
Kuartil
Sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang disusun mengikut tertib sama ada menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama.
4.
Persentil
Sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama.
5.
Kekerapan kumulatif
Jumlah bilangan data yang kurang daripada satu nilai tertentu