KRB 3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU
2.1 PENGENALAN
Dasar
Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap dan perkembangan. Sistem
pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang maju tanpa mengambilkira kepada
keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.
Sistem pendidikan pada zaman penjajahan ini lebih mengekalkan tumpuan dan taat
setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal. Dalam tahun
menuju kemerdekaan timbul kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia
tentang bertapa pentingnya sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan
sistem pendidikan penjajah. Oleh itu langkah-langkah diambil bagi menggubal
sistem pendidikan kebangsaan yang sesui untuk negara merdeka dan mempunyai
matlamat-matlamat sendiri.
Melihat kepada belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana
Menteri setiap tahun, pastinya perbelanjaan untuk pendidikan menjadi keutamaan,
dan sering mendapat dana yang besar.
Belanjawan bagi pendidikan sering menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan
masyarakat. Yang menjadi persoalan
hari ini, sistem pendidikan yang bagaimana yang harus
dilaksanakan sebenarnya. Adakah sistem pendidikan yang ada pada hari ini,
berjaya atau perlu dirombak secara besar-besaran? Seringkali kita mendengar
betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi memperbaiki dan memperhalusi sistem
pendidikan negara. Namun, sehingga kini, usaha untuk merealisasikan
pandangan-pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya. Beberapa
strategi digubal untuk mencapai matlamat dasar pendidikan yang antarnya ialah
menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang hal
yang penting difahami dengan mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai
sekadar sebagai alat komunikasi semata-mata. Apabila bahasa dinilai daripada
sudut yang sempit, iaitu sebagai alat komunikasi semata-mata, maka peranan
bahasa sebagai roh atau jiwa sesuatu bangsa tidak difahami atau tidak dianggap
penting, sehingga orang yang berkaitan dengan pandangan itu tidak menilai
pentingnya bahasa milik bangsanya sebagai asas jati diri.
2.2 MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA
INGGERIS
Sejak
tahun 2003, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan polisi penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik
pada hampir semua peringkat persekolahan sehinggalah ke peringkat pengajian
tinggi. Pada 25 Januari 2010, satu pekeliling ikhtisas Bil.2/2010 telah
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji
Alimuddin Bin Haji Mohd. Dom mengenai perlaksanaan dasar ‘Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Antara kandungan surat pekeliling
tersebut ialah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan menggantikan
dengan dasar MBMMBI.
Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri Jemaah Menteri
telah memutuskan supaya dasa MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
mulai tahun 2010 setelah mesyuarat memansuhkan PPSMI pada 8 Julai 2009. Selain
itu juga penegasan diberikan dalam penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam
dari segi penggunaan bahasa pengantar yakni bahasa Melayu dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dari dasar PPSMI ke dasar
MBMMBI diberikan secara terperinci.
Menurut kamus dewan edisi ketiga, martabat boleh
didefinisikan sebagai kedudukan pada mata masyarakat manakala memartabatkan
bermaksud menjadikan sesuatu bermartabat. Kukuh pula menurut kamus dewan ialah
teguh (pendirian dan lain-lain) tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian
dan lain-lain). Manakala memperkukuh boleh ditakrifkan sebagai menjadikan lebih
kukuh. ‘Martabat bahasa’ bererti taraf bahasa itu sebagai alat kemajuan bangsa
dan negara, iaitu setakat manakah bahasa itu digunakan, bukan sahaja oleh
pengguna aslinya, tetapi juga oleh orang lain yang mempunyai bahasa asli
(bahasa ibunda’nya) sendiri sebagai alat untuk memajukan dirinya, masyarakat
dan negaranya dalam bidang-bidang yang disebut (Sibayan Bonifacio, 1988).
Menurut teori atau konsep perancangan bahasa atau ‘language planning’, martabat bahasa atau istilah yang lebih kerap
digunakan, ‘taraf bahasa atau language
status dapat dirancang melalui pelbagai cara. Cara yang paling biasa
digunakan ialah melalui dasar bahasa. Hampir semua negara di dunia ini
mempunyai dasar bahasa.
2.2.1 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Bahasa
Melayu di Malaysia memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ia telah tebukti mampu
menjadi bahasa lingua-franca pada masa silam dan berkeupayaan menjadi bahasa
ilmu, Sains dan Teknologi pada masa kini dan masa hadapan. Sejak Penyata Razak
dan Rahman Talib dirumuskan sehingga ke Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan
1996, ia menjadi wadah penting dalam memperkasa ilmu dan pendidikan dan
melahirkan ribuan ahli ekonomi, undang-undang dan para saintis yang menyumbang kearah
kemajuan dan pembangunan negara (Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, UIA).
Bahasa Melayu berasa di persimpangan jalan. Dari segi
sejarahnya, bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara
mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Sebelum merdeka, Malaysa yang
ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi
setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang
bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana
Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan (Abdullah Hassan, 1997):
“kita
berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa
kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk
kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah
bahasa peribumi.
|
Memartabatkan
bahasa Melayu meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara
152, Perlembangaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar
Utama
pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memetik rangkap puisi yang ditulis
oleh Nawawee Mohammad dalam majalah pelita bahasa keluaran Ogos 2009,
Bahasa itu
umpama jenama,
memaruahkan
siapa bangsanya.
Mahal harta
mahal lagi bahasa,
tiada nilai
membayar harganya.
Sesiapa pun
walau apa-apa bangsa,
di sudut
mana menghuni dunia,
bahawasanya
tetap umpama tunjang,
memartabatkan
maruah dan kebangsaan.
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memartabatkan bahasa Melayu
bertujuan memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu
sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujdkan perpaduan dan muhibbah
dikalangan rakyat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia (Utusan Malaysia).
2.2.2 MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS
Memperkasakan
bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat
nasional dan antarabangsa. Tujuan utama memperkasa bahasa Inggeris adalah
kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu
dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing diperingkat nasional dan global.
Sebagai bahasa kedua, bahasa Inggeris adalah satu mata
pelajaran wajib diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Walau
bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris secara formal
diserapkan dalam sukatan pelajaran seawall pendidikan prasekolah. Perkembangan
pesat negara kea rah negara maju berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi
menjadikan bahasa Inggeris sangat releven sekirangan kita ingin bersaing di
pentas global (Julaihi Bujang,2010)
Dengan kualiti guru yang terlatih, kurikulum yang
terkini, makmal bahasa yang bermutu, kaedah penyampaian yang berkesan,
pengenalan subjek English Literature,
ia boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Disamping melakukan
penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik
dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar,
Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu
melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan
penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita
sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini.
Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa
Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik. Pemantapan penguasaan
bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa
Malaysia.
2.3 PERANAN GURU MENJAYAKAN DASAR MBMMBI
Setiap
orang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga sebagai pembimbing dan pembentuk peribadi yang
luhur dan unggul. Guru bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu tetapi juga
mendidik pelajar supaya mempunyai peribadi yang mulia disamping menjadi
penasihat dan pembimbing pelajar mengenai hal-hal bersangkutan dengan sahsiah,
nilai budaya dan nilai murni. Cabaran sentiasa ada, perlu dihadapi dan
ditangani. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang
mengatasinya. Ibarat kata pepatah, ‘pendayung
tidak dikayuh, masakan perahu akan sampai ke seberang’. Ibarat itu amat
sinonim untuk meyelesaikan segala permasalahan baik di sekolah mahupun di rumah
( Sakinah Salleh, Sept. 2010 )
Warga pendidik perlu menghayati elemen penting dalam
menjana pertumbuhan pelajar iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi dalam
kalangan guru serta pelajar. Kita wajar memberi fokus pada cabaran
memartabatkan bahasa Melayu di sekolah kerana tugas mendaulatkan bahasa Melayu
bermula di institusi pendidikan khususnya di sekolah. Tugas mendidik pelajar di
sekolah rendah dan sekolah menengah
terletak dibahu golongan pendidik. Oleh itu peranan guru di sekolah perlu
berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu
memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Guru memainkan peranan yang sangat penting
dalam menjayakan setiap dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
2.3.1 DI SEKOLAH
Dalam
pengajaran bahasa, terutamanya Bahasa Melayu, perkembangan kognitif kanak-kanak
peringkat prasekolah adalah sangat penting. Guru-guru yang berpengalaman
seharusnya mengetahui dan memahami tingkat kemahiran bahasa setiap kanak-kanak
yang diajar kerana peranan guru sangat penting dalam meningkatkan kemahiran
berbahasa melalui pertuturan. Seperti mana yang terkandung dalam strategi
kementerian pendidikan iaitu pengukuhan asas berbahasa pradengar, prabunyi,
pembaca dan pratulis dalam modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan
elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Oleh itu pengajaran bahasa mestilah
merentas kurikulum dan dilaksanakan dengan penuh berhemah dan berhikmah.
Kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu sering
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bukan
sahaja dalam mata pelajaran bahasa Melayu tetapi juga mata pelajaran lain
seperti Sains, Kajian tempatan, dan sebagainya. Dalam konteks ini, kelemahan
yang dikenalpasti ialah aspek fonologi berkaitan dengan penyebutan, seperti
penggunaan dialek, manakala morfologi pula mempunyai kaitan dengan penggunaan
kosa kata, seperti penggunaan kata yang tidak tepat atau dialek. Sintaksis pula
berkaitan dengan penyusunan dan kata dan membina ayat seperti pengaruh dialek
dan struktur bahasa lain dalam ayat. Dalam erti kata lain pelajar dan guru
mengalami masalah dalam menggunakan bahasa Melayu baku sepenuhnya.
Kesannya pelajar tidak dapat model guru bahasa yang baik
kerana pengaruh dialek, dan bahasa tidak rasmi yang terbawa-bawa semasa
menyampaikan pengajaran. Selain itu, jika perkara ini berlarutan, ia boleh
menyebabkan murid sukar menterjemah dan membina ayat yang sesuai mengikut
kehendak soalan dalam peperiksaan awam. Guru sering mencampur adukkan
penggunaan bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa Melayu. Pelajar akan keliru
dengan situasi ini, lebih-lebih lagi diperingkat sekolah rendah. Peranan guru
dalam menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul dan sesuai adalah menjadi
tanggungjawab guru. Peranan penting yang perlu diketahui oleh setiap guru juga
adalah menguasai cara dan gaya
pembelajaran pelajarnya. Cara dan gaya pembelajaran pelajar ketika belajar
Bahasa Melayu juga banyak mempengaruhi minat dan kesediaan pelajar belajar.
Setiap guru Bahasa Melayu perlu mengetahui dan memahami bahawa setiap pelajar
di dalam kelas adalah pelbagai dan mempunyai cara dan gaya belajar yang
berbagai-bagai.
Kem Membaca 1 Malaysia merupakan antara program yang
dirancang oleh kementerian dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh
bahasa Inggeris. Antara pengisian program ini ialah program ‘Read’ 2011 yang
serentak dilancarkan diseluruh negara pada 2 November 2011. Objektif program
ini ialah memupuk dan menyemai dalam diri setiap pelajar cintakan buku.
Peranan utama yang perlu dikuasai oleh guru-guru dalam dasar ini adalah
pengetahuan terhadap isi kandungan setiap subjek yang diajar. Guru-guru
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap
pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik.
Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dan Bahasa Inggeris sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi
kandungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan yang perlu difokuskan ialah
kesediaan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menyampaikan bahan
pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris tentang isi kandungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan
kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya. Penguasaan
ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi bagi
subjek yang mereka ajar. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan
sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor
penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru berkenaan. Hal
ini bermakna tanpa menguasai ilmu subjek yang diajar, boleh mengganggu
pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Tahap
keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan
subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam
pengajaran. Pengetahuan isi kandungan subjek yang baik juga membantu guru
merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan
bertulis.
Selain
itu setiap guru juga memerlukan pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan
tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea
dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya
bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa. Pengetahuan sintaktik, iaitu
pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan
berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan
pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan
menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas
fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Setiap guru perlu menguasai
ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi bagi subjek yang mereka ajar. Pengetahuan
isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung
atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap
apa yang diajarkan oleh guru berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu
subjek yang diajar, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang
tajuk yang dipelajari. Tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung
kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk
dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan subjek yang
baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan
secara sistematik dan bertulis.
2.3.2 DI LUAR SEKOLAH
Peranan
guru dalam ‘Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris” bukan
hanya di sekolah, tetapi juga menjadi tanggungjawab guru membimbing pelajar
untuk mencapai dasar ini di luar sekolah. Antara aktiviti yang boleh digunakan
di luar sekolah ialah penganjuran
pertandingan forum dan bahas sama ada forum bahasa Melayu ataupun bahasa
Inggeris. Aktiviti ini bukan sahaja boleh dijalankan di luar waktu pengajaran
dan pembelajaran yakni aktiviti ko-kurikulum, tetapi juga boleh dianjurkan
peringkat zon, daerah ataupun peringkat negeri. Kefasihan berbahasa
pelajar-pelajar tidak hanya dipupuk dan dicungkil melalui pengajaran dan
pembelajaran nahu secara formal di sekolah tetapi juga melalui kegiatan tidak
formal di luar sekolah
Pendekatan didik
libur iaitu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menyediakan suasana yang lebih
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam
dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan
produk. Manakala dari aspek pengajaran bahasa Inggeris Modul Langguage Arts diperkenalkan yang memberi penekanan tentang aspresiasi bahasa melalui
aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan penyediaan
bahan batu mengajar. Pendekatan didik libur ini bukan sahaja boleh dijalankan
diwaktu persekolahan malah di luar waktu sesi pengajaran dan pembelajaran agar
minat dan penglibatan murid sentiasa dipupuk setiap masa.
Di samping itu juga seseorang guru perlu mengetahui tentang ciri-ciri setiap pelajarnya. Guru
yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran
mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak
pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar
adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya
(Zamri 2011, Wood 2002). Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh
menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam
diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan
guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud
setiap guru bukan fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat
akan hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat
penting jika guru berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut.
Kemampuan pelajar
mempelajari setiap subjek yang diajar terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris juga ada kaitan dengannya dengan tahap sosioemosi pelajar. Dalam hal
ini, guru-guru perlu kreatif dalam merancang aktiviti di dalam dan luar sekolah.
Guru juga perlu mengambil kira bahawa tahap sosioemosi pelajar boleh
mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.
2.3.3 DIKALANGAN MASYARAKAT
Setiap
warga pendidik perlu memahami bahawa tanggungjawab atau tugas yang dipikul
adalah berat. Oleh itu, mereka harus mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat. Permuafakatan boleh diwujudkan
dalam pelbagai bentuk supaya tiada halangan boleh membantutkan mereka
menjalankan tugas seharian sebagai pendidik. Oleh itu setiap warga pendidik
perlu menyediakan diri dan minda mereka untuk bekerja dalam satu pasukan bukannya bergerak secara individu.
Dalam hal ini pentadbir dan pendidik perlu menggunakan
sumber yang ada di sekeliling untuk memartabatkan pendidikan. Sebagai seorang
guru yang berusaha membentuk anak didiknya menjadi modal insan yang diinginkan,
guru perlu sentiasa berkomunikasi dan berkolaborasi sama ada dengan ibubapa atay
masyarakat setempat untuk mengetahui apa
pendekatan yang sesuai yang boleh membantu mereka melaksanakan dasar-dasar
pendidikan antaranya dasar MBMMBI.
2 .3.4 RAKAN SEJAWAT
Dalam
melaksanakan dasar MBMMBI dikalangan rakan sejawat guru, pelbagai jenis karya sastera bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris boleh dihasilkan sebagai bahan pembelajaran.
Karya-karya ini boleh digunapakai sebagai bahan pembelajaran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Wellek dan Warrem (1988:20-21) menyatakan, bahasa sebagai alat
penyampaian sastera mempunyai nilai yang tersendiri berbanding dengan bahasa
saintifik dan ucapan sehari-hari. Oleh peranan guru untuk sentiasa menghasilkan bahan-bahan pengajaran
yang boleh digunakan bersama-sama untuk kemajuan sekolah khususnya dan
pendidikan amnya.
Peranan guru seterusnya
dalam menjayakan dasar tersebut adalah setiap guru harus mempunyai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi
mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan
pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan, setiap guru sewajarnya memahami
dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah,
pendekatan, teknik dan strategi mengajar subjek yang diajar dalam kelas. Dalam
pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru mereka
seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan
berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar
yang guru gunakan. Setiap panitia guru harus bekerjasama dalam meningkatkan
pengetahuan pedagogi yang bersesuaian di sekolah masing-masing.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih
penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu
rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan
yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap
pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada
pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping
itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang
tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta
latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja
mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi
ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk
membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam
pengajarannya. Misalnya sewaktu mengajar, guru perlu menggunakan pendekatan
daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada abstrak.
Hal ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh itu,
adalah penting memperkenalkan perkara yang mudah-mudah kepada kanak-kanak
terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak.
Antara peranan lain yang boleh dilakukan oleh rakan
sejawat ialah pencerapan. Aspek pencerapan ini sangat penting dalam memantapkan kemahiran pedagogi seorang guru. Guru-guru boleh sering
bertukar peranan contohnya ketua panitia yang mencerap rakan guru opsyennya
ataupun pihak pentadbir contohnya guru besar dan penolong kanan yang akan
mencerap guru dibawah seliaan dan jagaan mereka. Peranan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam penggunaan bahasa Inggeris mahupun
bahasa Melayu yang berkesan adalah sangat penting bagi menjamin kebolehpasaran
murid di masa akan datang
2.3.5 PROFESION KEGURUAN
Peranan
guru itu seterusnya adalah mempunyai
pengetahuan kurikulum. Pengetahuan kurikulum bermaksud guru-guru Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris perlu memahami, mengetahui dan menguasai bagaimana
kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu dibina dan direka bentuk
menjadi satu kurikulum yang sesuai untuk tahap kognitif pelajar. Antara elemen
dalam pengetahuan kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu ialah
kesinambungan kurikulum: Hal ini bermaksud setiap kurikulum Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris yang dibina perlu saling berkaitan antara satu sama lain.
Sebagai contoh, kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menengah rendah ada
kesinambungan dengan kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menengah atas.
Tajuk tatabahasa misalnya, jika di peringkat sekolah rendah, penekanannya
diberikan kepada tatabahasa yang mudah, pembinaan ayat-ayat yang mudah, maka
sebaliknya di peringkat menengah rendah dan atas, sudah pasti tatabahasa yang
digunakan jauh lebih sukar berbanding tatabahasa pelajar sekolah rendah. Begitu
juga dengan pembinaan ayat dan sebagainya. Hal ini penting diketahui dan dikuasai
setiap guru agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang
dibuat dapat disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa seperti keperluan
kemahiran abad ke-21.
Perubahan-perubahan
yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak mencabar keupayaan dan
kebolehan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk mengajar dengan baik dan
berkesan. Keadaan ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam
kalangan pelajarnya. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
perlu bersedia dan lebih terkehadapan dalam banyak perkara agar proses
pengajarannya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.
Guru perlu mempertingkatkan
lagi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran selain mengikuti latihan pedagogi bahasa walaupun
bukan bidang mereka. Ia juga boleh dilakukan dengan usaha memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk tujuan urusan rasmi tetapi
juga aktiviti seharian. Penguatkuasaan boleh dilakukan di sekolah berkenaan
penggunaan dialek. Guru juga perlu sentiasa mengambil berat dalam peraturan berbahasa Melayu seperti kesalahan
penggunaan ejaan, kata majmuk dan sebagainya. Guru-guru digalakkan menghadiri
kursus profesionlisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini
ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dar dalam dan luar
negara.
Dunia pendidikan dan keguruan menuntut guru agar sentiasa
melengkapkan diri dengan pengetahuan
baharu supaya profesion tersebut tidak tersisih daripada arus perdana.
Tanggungjawab berat terpaksa dipikul oleh guru yang juga berhadapan dengan era
perubahan yang mencabar dan memerlukan daya kepimpinan dan ketrampilan. Peranan
guru sebagai pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran bekesan menuntut agar
semua guru memperbaiki diri dan
meningkatkan kualiti melalui
pelbagai kaedah antaranya ialah melalui kursus, bengkel, taklimat dan
perkongsian ilmu dikalangan rakan guru. Pemantapan kaedah pedagogi merupakan
antara latihan yang paling penting untuk semua guru tidak mengira peringkat
umur dan pangkat. Setiap guru perlu menanamkan sikap terbuka dan sentiasa
berusaha dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
Sikap ini harus disertakan dengan semangat yang tinggi agar setiap objektif
yang ingin dicapai dalam dalam dasar ini terlaksana.
PENUTUP
Hasrat
murni kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu memperkukuh bahasa Inggeris
tidak wajar dijadikan slogan kosong demi memenuhi tuntutan politik semasa dan
kemudian dibiarkan mati tanpa kebuluran. Dasar ini penting dari segi pengukuhan
jati diri dan identiti nasional dalam negara yang sedang membina gagasan
idealnya.
Harus ada kecekalan dan tekad tinggi untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, intelektual dan bahasa tamadun supaya ia
mampu membentuk kemajuan Malaysia dalam acuan kita sendiri. Dalam masa yang
sama harus dirancang dengan bersungguh-sungguh supaya proses pemerkasaan Bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran secara komprehensif dan bijaksana. Kalau ia
berjaya kita memiliki dua kekuatan iaitu tidak meminggirkan bahasa Melayu dan
dalam masa yang sama menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk respon kepada
cabaran globalisasi kini (Sidek Baba, 2010)
Melihat ke hadapan, dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan
bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian
daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.
Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk
melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian
pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti.
Warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan
strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang
berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat
penting ini.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu
Perancangan Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia
Juliawati Ibrahim. (2006). Gaya
pengajaran guru bahasa Daerah Hulu Langat: Satu kajian tinjauan. Kertas Projek
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
Kamus
dewan. Edisi ketiga. (2002). Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur
Muhiddin Yusin.(2010). Ucap Utama
Kolokium Kebangsaan Memartabatkan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan :
Memartabatkan Bahasa Melayu di Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka. UMS Sabah
Pelita Bahasa (Ogos, 2009).
Penterjemahan Mengembangkan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbit
Dawana halaman 38, 55
Ong Sze Chong. (2008). Hubungan gaya
pembelajaran dengan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik mata pelajaran
bahas adalam kalangan pelajar tingkatan 4. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
Sidek Baba. (2010) Kolokium Kebangsaan :
Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Intelektual. Universiti
Islam Antarabangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka. UMS Sabah
Suria Janib. Pelita Bahasa : Pustaka
Bahasa : Cabaran Getir Guru. Jilid 19 Bilangan 11(November ,2007). Selangor
Wellek, Rene dan Austin Warren (1988).
Teori Kesusasteraan. Terjemahan Wong seng Tong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zamri Mahamod. (2004). Strategi
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar cemerlang. Tesis Dr. Fal.
Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi &
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Strategi
pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pelajar cemerlang. Bangi:
Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
0 ulasan:
Catat Ulasan