CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 19 Jun 2013

REFLEKSI PENGAJARAN


REFLEKSI PENGAJARAN ( RPH 1 )




1.0          PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

            Hari ini tidak seperti rakaman mikropengajaran yang lepas, suasana agak riuh dengan suara kanak-kanak prasekolah yang berada di sebelah bangunan kelas saya. Perasaan saya pula penuh dengan bunga-bunga harapan agar semuanya berjalan dengan lancar berkat  izin dari yang Maha Esa. Hari ini  juga bertempat di Sekolah Kebangsaan Umas-umas, Tawau Sabah pada 15 November 2011, bersamaan hari selasa antara pukul 10.25 hingga 10.55 pagi kira-kira 30 minit di kelas 4 Amanah saya telah menjalankan rakaman makropengajaran bagi mata pelajaran Matematik dengan tajuk Ukuran Panjang. Objektif pembelajaran saya pada hari ini ialah, memahami perhubungan antara unit panjang. Harapan agar, diakhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menyatakan perhubungan antara  mm, cm dan m, menukar unit panjang, menjawab latihan secara individu disamping dapat menjalankan aktiviti berkumpulan dengan seronok bersama rakan mereka.

            Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa, agar ilmu yang kita sampaikan diterima oleh murid mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya. Selesai sahaja berdoa dan bertanya khabar murid-murid, saya arahkan agar mereka melakukan sedikit senaman iaitu lari setempat agar semua murid sedia menerima dan melakukan aktiviti yang saya rancang. Bagi memulakan set induksi yang menjurus kepada kesediaan murid dengan isu semasa dan pengetahuan sedia ada murid, saya memanggil dua orang murid yang mempunyai bentuk fizikal yang berbeza diikuti dengan menunjukkan 2 batang pembaris yang berbeza panjangnya diselangselikan dengan soal jawab bagi mencungkil idea dan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan isi pelajaran.

            Setelah selesai set induksi, saya teruskan pengajaran dengan menjalankan penerangan konsep tajuk yang ingin saya ajar iaitu menyatakan perhubungan unit panjang. Pendekatan masteri saya gunakan dalam pengajaran saya agar murid dapat memahami dan menguasai konsep isi pelajaran dan boleh menyelesaikan soalan-soalan matematik menggunakan konsep yang dipelajari. Penerangan konsep ini saya lakukan dengan memaparkan slaid Powerpoint yang saya sediakan lebih awal. Selesai memberikan beberapa contoh penyelesaian, saya edarkan kepada setiap orang murid lembaran kerja bagi menjalankan aktiviti individu. Tujuannya adalah untuk memberi lebih fokus kepada murid yang kurang mahir menyelesaikan soalan berkaitan tajuk yang saya ajar. Dalam aktiviti ini saya dapatkan bantuan rakan murid yang saya gelar sebagai guru kecil untuk membantu rakan kumpulan.

            Pembelajaran koperatif digunakan untuk aktiviti kumpulan. Aktiviti kumpulan saya jalankan dengan menyediakan papan penyelesaian untuk mereka menulis hasil jawapan melalui perbincangan soalan yang dipaparkan melalui slaid. Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan saya berikan kad wang syiling agar mereka boleh menukar kad tersebut dengan hadiah yang saya sediakan. Aktiviti penutup saya jalankan dengan membuat penutupan kognitif dan sosial yang memfokuskan kepada rumusan isi pelajaran yang telah dipelajari oleh murid dengan meminta mereka menyatakan hubungan antara unit panjang.



2.0          KEKUATAN

2.1       Sebutan dan dan nada suara yang jelas
Selepas saya menonton video makropengajaran yang telah dirakam, kelebihan yang ada pada pengajaran saya adalah nada suara atau sebutan yang jelas ketika menyampaikan maklumat dan ketika memberikan arahan. Kesannya, murid dapat faham isi pelajaran dan arahan yang saya sampaikan kepada mereka dengan baik.

2.2       Kawalan kelas yang baik
Selain itu juga saya mampu melaksanakan kawalan kelas yang baik dalam mengurus tadbir murid dan memastikan wujud suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Kawalan kelas yang baik membantu saya menjalankan aktiviti dengan lebih lancar, ditambah pula dengan kerjasama dan penyertaan yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam menjalankan aktiviti. Murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif terutamanya dalam aktiviti kumpulan kerana saya telah mengambil kira ketidaksamaan kebolehan di kalangan murid-murid semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kawalan dan kerjasama yang yang diberikan ini telah mewujudkan keadaan pembelajaran yang kondusif dan selesa.

2.3       Bahan bantu mengajar yang berkesan
Kaedah dan bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga menarik perhatian, sesuai dan releven untuk murid. Bahan bantu belajar dan mengajar ini banyak memberi sumbangan dalam menjayakan pengajaran saya pada kali ini. Saya akan terus berusaha menghasilkan bahan pengajaran yang bukan hanya berguna untuk pengajaran saya sendiri malah untuk kegunaan bersama-sama Panitia Matematik. Bukan hanya dalam bentuk benda-benda maujud malah menghasilkan aneka koleksi bahan pengajaran menggunakan perisian-perisian komputer seperti penggunaan Microsoft PowerPoint. Tanpa bahan mengajar umpama resepi yang kekurangan perisanya.


2.4       Peneguhan positif
Daripada pemerhatian, murid-murid amat suka diberi pujian dan galakan. Peneguhan diberikan secara lisan dan isyarat kepada perlakuan yang baik sama ada dalam bentuk ungkapan, perkataan, dan isyarat peneguhan yang bersesuaian dengan murid. Pada sesi pengajaran kali ini, peneguhan positif yang saya lakukan kepada murid menjadikan pengajaran lebih bermakna seperti mengatakan “bagus!”, “pandai” dan bertepuk tangan kepada murid yang menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian saya harus terus menggunakan kemahiran dalam memberikan peneguhan agar murid bersemangat untuk menjawab soalan yang diajukan. Disamping itu, peneguhan ini penting agar murid-murid rasa dihargai oleh guru. Peneguhan dengan memberi teguran yang berseuaian kepada pelakuan yang negatif juga perlu dilakukan bagi mengelakkan perlakuan yang negatif ini  dari berulang Namun demikian, saya juga perlu beringat agar peneguhan yang diberikan tidak terlalu kerap sehingga murid berasa boring dan menjangkakan hanya ucapan kosong seorang guru.


2.5       Penerapan nilai murni
Dalam proses pengajaran ini, saya juga telah menekankan aspek penerapan nilai-nilai murni kepada murid-murid saya. Antara nilai-nilai murni yang saya terapkan ialah semangat tolong-menolong, berani mencuba, bekerjasama dan bersaing secara sihat terutamanya dalam menjalankan aktiviti individu dan kumpulan yang telah dirancang. Saya juga menerapkan rasa kepimpinan dalam diri individu murid dengan adanya guru kecil yang menjadi pembimbing kepada rakan-rakan mereka yang lemah. Semoga penerapan nilai-nilai murni ini dapat membentuk dan melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia.

2.6       Membimbing dan menyemak hasil kerja murid.
Sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung saya mendisiplinkan diri saya agar sentiasa membimbing dan menyemak hasil kerja murid-murid saya. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap murid dapat memahami dan melaksanakan tugasan yang saya berikan kepada mereka.

2.7       Memeriksa hasil kerja murid
Dalam makropengajaran juga saya telah memeriksa latihan dan tugasan murid dengan menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh mereka disamping memberi ulasan yang membina dan memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik. Ini penting bagi memastikan objektif pelajaran dapat dicapai dengan lebih berkesan.


3.0                  KELEMAHAN

3.1          Pengurusan masa
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan rakaman dan RPH yang telah saya sediakan, saya dapati masa yang digunakan untuk aktiviti individu agak lama berbanding masa yang peruntukkan dalam RPH. Akibatnya saya tidak dapat menggunakan masa dengan optimum dan terpaksa mempercepatkan aktiviti kumpulan.

3.2          Penggunaan bahasa (laras dan istilah)
Kelemahan seterusnya yang dapat saya kesan ialah penggunaan bahasa dari segi laras dan istilah. Contohnya penggunaan perkataan “ok” yang terlalu kerap. Pada dasarnya, kelemahan ini berlaku tanpa saya sedari, mungkin disebabkan ianya sudah menjadi kebiasaan. Penggunaan perkataan “ok” yang terlalu kerap boleh menyebabkan murid-murid terikut dengan gaya bahasa tersebut. Selain itu juga penggunaan dialek yang juga boleh

3.3          Pembelajaran koperatif
Dalam aktiviti kumpulan, saya menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang murid. Namun ada 2 kumpulan yang mempunyai lebih dari 4 orang ahli kumpulan. Kelemahan saya dalam situasi ini ialah, tidak semua murid dapat menulis di atas papan penyelesaian yang saya sediakan. Walaupun mereka memberikan pendapat namun peluang untuk turut sama menggunakan dengan optimum adalah terhad. Sepatutnya saya memastikan setiap ahli kumpulan menjawab soalan secara bergilir-gilir.

3.4          Ada murid yang tidak aktif.
Penglibatan murid-murid yang lemah semasa pross pengajaran dan pembelajaran adalah kurang memuaskan. Mereka kurang melibatkan diri dalam kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan.  Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada perasaan kurang yakin atau takut ingin mencuba. Sepatutnya saya memainkan peranan dengan memberi keyakinan kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.



4.0                  LANGKAH MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN

Hari ini membawa azam baru untuk memperbaiki kaedah penyampaian dan pendekatan dalam pengajaran demi mencapai objektif dan memenuhi kriteria-kriteria guru berkesan dalam pengajaran yang bukan sahaja memberi impak kepada pencapaian murid malah perubahan tingkah laku murid ke arah yang lebih positif. Menyedari bertapa besar tanggungjawab sebagai seorang guru dan begitu banyak perkara yang perlu diperbaiki, menambah semangat dan motivasi dalam diri saya untuk menjadi guru yang cemerlang bukan sahaja untuk murid-murid saya, tetapi untuk meningkatkan martabat profesion keguruan khasnya.

Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang tedapat dalam makropengajaran saya, beberapa aspek penambahbaikan perlu dilaksanakan. Penambahbaikan yang pertama perlu saya lakukan adalah memperbaiki penggunaan bahasa dari segi laras dan istilah. Penggunaan bahasa seperti penggunaan perkataan “ok” yang berulang perlu dielakkan, saya juga boleh menggunakan perkataan lain seperti “baiklah” dan diselangselikan dengan perkataan lain. Penggunaan dialek dalam pengajaran juga perlu dihindarkan agar murid tidak mudah terikut-ikut dengan bahasa guru yang boleh mengelirukan murid-murid.

Saya juga perlu memantau dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada murid-murid yang mempunyai kebolehan yang rendah agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran dan dapat menyiapkan tugasan dengan lebih berkesan. Peneguhan juga perlu diberikan kepada murid yang lemah agar mereka juga rasa dihargai oleh guru seperti rakan mereka yang lain disamping dapat memupuk keyakinan dalam diri mereka.

Saya juga perlu bijak melaksanakan aktiviti pengajaran agar selari dengan had masa yang saya peruntukkan. Saya perlu menepati masa yang telah saya peruntukan dalam rancangan pengajaran dan menggunakan masa yang ada dengan optimum Namun demikian saya juga perlu bersikap “fleksibel” yakni berubah mengikut keadaan bagi memastikan tiada kecacatan dalam proses pengajaran.

Sekiranya saya berpeluang mengajar sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan memastikan setiap murid mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang saya jalankan. Ianya bertujuan supaya murid yang lemah juga memainkan peranan yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala untuk aktiviti kumpulan pula, saya akan mengaplikasikan pembelajaran koperatif dengan memastikan setiap murid dalam kumpulan akan mempunyai peranan atau nombor masing-masing. Saya akan menetapkan peraturan menjawab soalan kepada murid yang nombornya disebut sahaja perlu bangun dan menyelesaikan soalan. Walau bagaimanapun rakan kumpulan boleh membimbing rakan mereka jika rakan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan. Secara tidak langsung nilai-nilai murni dapat diterap dalam aktiviti seperti ini.

Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dapat dicapai dan saya berpuas hati terhadap makropengajaran kali ini walaupun timbul beberapa kelemahan yang mencacatkan sedikit proses pengajaran dan pembelajaran. Saya beriltizam dan berazam untuk memperbaiki diri dan menghasilkan pengajaran yang lebih berkualiti di masa akan datang walaupun saya perlu memaksimumkan usaha saya, kerana kemanisan akan dikecapi oleh guru apabila melihat murid-muridnya mencapai kefahaman terhadap apa yang diajar dan memperolehi kejayaan. Guru berkualiti meneraju pembangunan negara ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

1 ulasan:

parrishfahrner berkata...

Harrah's Resort Atlantic City - Mapyro
Harrah's Resort Atlantic City offers 2100 of the 부산광역 출장안마 hottest slots, 14 table games and a variety of 강원도 출장샵 table games. Hotel guests will enjoy the casino's indoor pool. Rating: 8.2/10 · ‎1,980 reviews · ‎Price range: $ (Based on Average Nightly Rates for 군산 출장샵 a Standard Room from our Partners)What are some of the property amenities at Harrah's Resort 과천 출장안마 Atlantic City?What food & drink options are available at Harrah's 천안 출장샵 Resort Atlantic City?