CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 9 Disember 2010

Kematian Satu Perkara Yang Pasti

Pagi ini, bila dah selesai buat sarapan bersama mak mentua tuk suami n anak2, hp sy berbunyi, sms dari seorang teman yang x sy kenal nombornya. Terkejut membaca sms tersebut. seorang rakan sekolah telah kembali ke rahmatullah, Zuzanah Ahmad Tawakal. Menurut kawan sy Juliaty, arwah dah lama kena leukimia. Tahun 2007. Macam baru jak 2007 kan. Tidaklah lama sangat rasanya. Menurut c Julie, dah dua kali arwah buat kemoterapi (betul ka sy eja ni). Doktor nak buat kali ketiga, tp arwah dah tak sanggup. Cian bila dengar cerita. Cam katak d bawah tempurung plak rasanya. Sebab langsung x tahu....rasa terkilan sebab x dapat nak sumbang apa2....nasihat ka...mungkin juga duit walaupun tak banyak...Mana x nya, ubat supliment biasa ja...RM1000 lebih. Bukan untuk 2 bulan, hanya untuk 2 minggu. Takziah kepada keluarga arwah, mudah-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Tahun ini, ramai di kalangan sahabat yang kehilangan orang yang paling mereka sayang. Termasuk la aku sendiri. Tahun ni je...dua orang pakcik meninggal. Ajal di tangan Tuhan . Itulah kata atuk bila ku maklumkan pakcik, anak atuk yang ke4 meninggal dua akibat darah tinggi. Kita yang hidup ni.....entah la bila gilirannya. Tak kira tua, muda yang pasti kita akan kembali kepada Pencipta Allah Yang Maha Esa. Rasa terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Amal tak sebanyak mana.  Hamba mu memohon dikuat kan iman Ya Allah.

Yang hidup pasti akan mati, dan yang pasti semuanya akan kembali kepada Allah. marilah kita persiapkan diri sebelum roh kita kembali kepada Ilahi.

Rabu, 8 Disember 2010