CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 15 Ogos 2011

KETAM MASAK LEMAK




Bulan posa penuh dengan dugaan dan cobaan untuk umat manusia....hari dilalui dengan penuh sabar, dan banyak lagi yang tak sabar...emmmm. Lebih-lebih lagi berdepan dengan anak murid yang akan menduduki UPSR. Kalau tidak  marah, membebel tidak la dibuat latihan yang disuruh....cabaran sungguh...


Bulan posa ni rasa semua benda mahu dimakan, dibeli dan dicuba, kalau diikutkan hati bangkrup la jawabnya. Makannya x la habis pun, terutamanya bila beli yang rupa lawa, sekali rasa tawar hebeh..... Tapi bagi yang rajin memasak, macam rakan2 blog....alhamdulillah.



Masa terluang pun Turi isi dengan jenguk kat blog-blog sifu yang sentiasa dengan resepi terkini, myresepi, kongsi resepi....sodap2...mencabar keimanan.  Lama dah masak ketam ni, tapi baru ada masa masukkan dalam blog.....


Jom la kita kongsi resepi yang tidak seberapa ni...


Bahan-bahan :

1. 5 ekor Ketam
2. Santan ( dari dua biji kelapa )
3. Cili api (ikut suka nak pedas)
4. 4 ulas bawang merah
5. 4 ulas bawang putih

Cara :
1. Kisar bawang merah, putih dan cili padi.
2. Panaskan santan, masukan bahan yang telah dikisar.
3. Setelah mendidih masukkan ketam.
4. Biarkan hingga agak2 pekat. Sedia untuk dihidang untuk keluarga tersayang
 

Posted by Picasa

IKAN KUKUS LEMON




Posted by Picasa

Khamis, 11 Ogos 2011

UDANG SRI WANGI

 Pagi yang agak mendung.....jerebu....pembakaran kat Indonesia, impak sampai la jugak kat sini. Macam sesak ja nafas ni....puasa semakin hari semakin berlalu....macam makin letih plak, entahlah banyak kerja yang perlu disiapkan kot. Tekerjar sana, tekejar sinun....begitula ibu yang bekerja, pandai2 ja nak curi-curi masa terluang.



Besar tak udang ni..... ni la Menu Pilihan suamiku yang tersayang.....hihihih. Jalan dekat Tamu Felda saja2 nak melihat kot2 ada la udang  oleh di buat kerabu mangga. Rezeki Allah bagi la ada udang kertas untuk dibuat kerabu. yang menggembirakan ada jugak udang harimau. Dah la murah besar pulak tu....alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.   


Cik Abang pun mula la tanya pasal prize udang tu, pakcik tu cakap RM25 semua ni ustaz......tekezut yee...Yang lagi mengojutkan....bila dah timbang2 udang tu dalam 1 kg setengah semua. Pakcik tu terdiam sebontar ngan kawan kat sebelah dia. Mungkin x sangka sampai 1 kg setengah. Maybe dia nak letak prize tinggi sikit kot. Tapi dah terlepas kata.....hihihihi. Dia pun malu la jugak nak minta naik harga semula.



Cik Abang pun dengan gembiranya membeli udang harimau dan udang untuk dibuat kerabu mangga. Lama dah tunggu udang ni. Bila dah ada.....alhamdulillah....Allah suruh bersabar la tu. Udang harimau ni yang dah masak kali kedua. Ari tu x sempat digambar. Habis hingga menjilat siku...... Turi pun tanya la Encik Somi nak masak apa udang ni.....apa2 jak la Umi janji masak.....emmmm. Ari ada gak nampak dalam Channel 707 Chef Wan dan Bob Chin masak ketam....cuma dia letak taucu, emm kita tak da taucu...... apa2 ja la.... yang penting dah masak.....pikir punya pikir nanti x sempat masak untuk berbuka posa.


Adoyai...panjangnya bebelan mamak si Hilman ni, oklah jum kita kongsi fa chai resepi ni.
Bahan :
11 ekor udang harimau
4 helai daun limau purut
2 batang serai
2 senduk nasi Cili Boh
1 senduk nasi tomato puri
sedikit sunquick atau kordial oren mandrin
Tomato dan nenas dipotong untuk hiasan 
minyak untuk menumis
kayu manis, bunga lawang
air asam jawa
2 inci gula melaka
bahan perasa
Bahan Kisar:
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia 

cara:
1. Bersihkan udang. dan Goreng dengan minyak penuh. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masukkan kayu manis dan bunga lawang, tumis bahan kisar hingga naik bau. masukkan cili boh dan tomato puri hingga naik bau. 
3. Masukkan serai dan limau purut. Biar sehingga pecah minyak
4. Masukkan asam jawa, gula melaka, bahan perasa n bahan hiasa seperti nenas dan tomato.
5. Bila dah agak kering masukkan udang tadi na gaul seketika.
Hidangkan untuk suami dan anak2......yummy.




Posted by Picasa

Sabtu, 6 Ogos 2011

NASI KERABU RAMADHAN

Puasa........puasa...........yang ada dalam kepala otak waktu berbuka nak makan apa heeee. Banyak sangat yang terliur. Tanya la ngan Encik Somi nak makan apa......jawapnya nak makan kerabu.......tapi kalau susah tak payah la........hihihi lucu plak. Almaklum isterinya ni rajin....... Turi gagahkan jugak la, ajak la abang gi membeli kelapa parut kat Tamu, kat pedalaman ni bahan2 yang canggih tak da la. Kelapa parut ada dah kira ok la tu. Bahan pulak mahal gila berbanding kat bandar Tawau tu...... Demi nak makan beli la......... Nak buat kerabu ni bayak sikit kerja, kena buat sambal tumis, sambal ikan, ikan celup tepung, ulam2an.


Taraaa ini la kejadian menu berbuka di bulan posa. Ada tambahan solo lada (kelantan) dan jus tembikai berbuahkan laici..... yummmmm......yuuuuuuuummmm. Jom Makan........

Isnin, 1 Ogos 2011

RINDU MASAKAN KAMPUNG

Tahun ni menu utama keluarga adalah tempe..hihiihihi...lidah dah macam jawa la pulak, tempe goreng, tempe campur ngan sayur, tempe sambal...tak pulak rasa jemu. En. somi tak juga komen apa2 kira boleh la tu...sebab turi pun belajar PJJ, so en somi sangat memahami...tima kasih somiku. 

Dalam pada belajar tu, sibuk ngan kerja sekolah yang semakin hari semakin memerlukan kekuatan dan banyak sangat kerja-kerja pengkeranian. Sabor2 jak la...ada jugak la yang tertunggak...terpaksa gandakan usaha ni....:( Kesian ngan anak2 kadang2 x terlayan dibuatnya....sabar anak2ku sayang....
Sempat jugakla mengambil gambar tempe goreng kegemaranku ni...simple tapi sedap...n tahan lama. Resepi ni pasti akan ada tiap tahun, sempena raya, kenduri kesyukuran....resepi tradisi keluarga. Menu ni tak payah ikut ukuran, ikut kita jak nak banak mana....x da pakai sukatan apa-apa.

Tapi kat bawah ni turi bagi untuk 4-7 orang makan, kalu ada yang lebih boleh la bagi ngan jiran tetangga, dapat gak pahala, lebih-lebih lagi time bulan ramadhan ni...pahala berlipak ganda...jom sama2 gandakan pahala



Menu Tempe Special 

2-4 bungkus Tempe (potong panjang2)
1/2 peket Mihun (nak banyak ikut suka)
2 biji Ubi keledek (diparut guna parut betik)
Hati ayam, kulit ayam (boleh + kalu suka)
Cili Boh (turi rendam n blend lada kering sendiri)
4 ulas Bawang merah (Blend)
4 ulas Bawang putih (blend)
Sedikit halia (blend)
Sedikit Sos cili
Minyak untuk menggoreng
Asam jawa
Garam n gula secukup rasa (turi pakai gula melaka / gula merah)

Cara
  1. Panaskan minyak. Goreng tohor, tempe bila dah garing angkat. Diikuti dengan ubi keledek, mihun, hati n kulit ayam (kalu suka).
  2. Buang minyak, simpan hanya untuk menumis sambal sahaja.
  3. Masukkan bawang merah n putih + halia sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili yang sudah diblend / cili boh
  5. Masukkan sos cili + asam jawa + gula merah + perasa + sedikit air
  6. Biarkan hingga pecah minyak n matikan api, sejukkan di kuali.
  7. Masukkan sambal tumis dah agak2 sejuk (supaya mihun tu x lemau) ke dalam bahan-bahan


Selasa, 26 Julai 2011

BELAJAR BUAT ROTI@BUN ...... :)

Hari jumaat kt sekolah kitorang pakat buat laksa, masa free g la tolong kwn potong ulaman sbb kita  dah pulun rebus mee laksa, dalam pada memotong tu...biasa la orang ppuan cerita panjang....suhaiza ajak plak g belajar buat roti kt HOME BAKERY....apa lg habis jer tuisyen  tahun 6 jam 12, sy, kak titi, azmah dan suria pun drive plak p klas roti tu start jam 2. sampai lewat byk plak lori....
ni rupa roti sbelum kena bakor

Seronok jugak belajar ni....yg tak bestnya dapat lihat jer x da praktikal tuk sorang2. Ms Cistina tu cakap mahal skt bayar. Lagipun dorang x da cukup bahan untuk individu seperti mixer dll. Apa pun bebaloi jugak la dapat lihat sendiri. Gebuuuu sgt. Yummm sedap. Entah bila pulak dapat di praktikan kt umah sendiri.....hihihihihi...semua bergantung kepada huruf "M" hahahahh

Sabtu, 23 Julai 2011

BLUBERRY CHEESE CAKE.......YUM...YUM

BLUBERRY CHEESE CAKE
Bahan A -Base Biskut

120 gm hortbread cookie crumbs ( biskut )


1. Mesin halus biskut.

2. Gaulkan dengan butter sehingga boleh dikepal.

3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.

4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit


Bahan B - Filling


250 gm krim keju

70 gm butter

120 gm fresh cream/whipping cream

120 gm gula halus

50 gm tepung jagung

30 gm tepung superfine-guna self-raising flour pn boleh

1 sudu teh esen vanilla

4 biji telur ( asingkan kuning & putih )

2 sudu besar blueberry filling


Topping

Filling blueberry atau blueberry dlm tin


1. Panaskan oven 150 C

2. Pukul putih telur sehingga naik gebu.

3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.

4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.

5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.

6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.

7. Buat teknik kaupbalikkan adunan. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata.

8. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.

9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.

10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit

11. Bila telah masak biarkan di dalam oven selama beberapa jam.

12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.

13. biarkan sejuk sekejap kemudian letak d atas topping blueberry atau blueberry dlm tin


- bakar secara waterbath

Rabu, 20 Julai 2011

PENING DENGAN BUDAK TAHUN 6

UPSR dah dekat, budak-budak ni masih lagi x menguasai....tension aku dibuatnya. Bagi kerja bukan di buat pun, rotan dah penat, bebel dah jd muncung mulut dibuatnya membebel hari-hari. Tak tau la apa ada dalam kepala otak dorang ni sampai x da kesedaran langsung mau UPSR. Bahan belambak-lambak bagi ngan dorang, blh siap bagi alasan pulak 'lupa la Madam', 'Tak tau nak buat'. Tapi x pula nak tanya!!!!!! eeeeeee macam nak makan sorang2 biar x pening kepala.