CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 8 Disember 2012

KRS3023 - KAJIAN PENDIDIKAN SAINS



PENGHARGAAN


Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut sama membantu dalam menghasilkan kajian tindakan ini terutamanya


Dr. Che Nidzam bt. Che’ Ahmad , pensyarah e-learning Universiti Perguruan Sultan Idris atas usaha beliau dalam memberi tunjuk ajar, teguran, cadangan dalam menyiapkan kajian tindakan ini.

Encik Jamri Abunawas, tutor KRS3023 Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah di Maktab Rendah Sains Mara, Tawau atas nasihat, tunjuk ajar, bimbingan,

                                              Rakan-rakan UPSI

Rakan-rakan guru Sekolah Kebangsaan Umas-umas, Tawau



Dan yang paling penting kepada suami yang tercinta
Hasnan Mat Zin
dan anak-anak tersayang
Fatin Husna, Fairuz Hanan dan Faris Hilman
terima kasih kerana sentiasa memahami tugas Umi














TAJUK KAJIAN :

SIKAP MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN MURID TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS, TAWAU



NAMA :

KASTURI BINTI NUSI

NAMA SEKOLAH :

SK. UMAS-UMAS, PETI SURAT 60911,
91019 TAWAU,
SABAH.



ABSTRAK

Kekurangan penglibatan murid Tahun 5 dalam mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan Umas-umas merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mungkin dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan dan minat murid terhadap Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mempengaruhi pencapaian mereka dalam peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan.  Seramai 60 orang murid terlibat sebagai sampel kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelakar terhadap konsep kendiri dan Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada pencapaian murid dalam peperiksaan.


PENDAHULUAN
Berlandaskan kepada cabaran keenam dalam cabaran strategik Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Sains Negara dan Misi Pendidikan Sains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganya menekankan kearah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan Sains dalam setiap kehidupan. Menurut Harlen (1996), literasi Sains dimiliki oleh seseorang digambarkan dengan melihat kemampuan dan mengkaji sesuatu secara saintifik dan melihat sama ada fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya.

Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar apabila memperkatakan tentang sikap. Sikap seseorang objek boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Mengikut ahli psiokologi sosial, sikap meliputi 3 komponen utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi (Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam diri manusia. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian murid-murid  di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid. Sikap  memainkan  peranan  yang  penting  untuk  mencapai  kejayaan  di  dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.

Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena (Robbins, 1986). Persepsi murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran   akan   membentukkan   sikap   mereka   terhadap   mata   pelajaran   tersebut. Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan murid, maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat sikap murid terhadap mata pelajaran Sains dan hubungkaitnya dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap murid terhadap mata pelajaran diajarnya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap murid dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang.



LATAR BELAKANG MASALAH

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Mempelajari Sains adalah penting kerana dalam kehidupan harian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi Sains contohnya semasa aktiviti memasak di rumah, pergerakan, pencahayaan, hidupan manusia, tumbuhan dan haiwan dan tidak lain juga pembelajaran alam cakerawala. Di sekolah juga, banyak mata pelajaran lain seperti fizik, kimia, matematik, prinsip akaun, geografi yang juga melibatkan pembelajaran sains. Maka penguasaan Sains dengan baik memberi keuntungan dalam mempelajari mata pelajaran tersebut. Memandangkan kepentingan Sains ini, murid haruslah mengamalkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut.

Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran Sains di kalangan murid kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat atau dengan mengatakan Sains itu susah dan berasa takut semasa mempelajari Sains serta persepsi negatif yang lain. Oleh itu, kajian  ini  cuba  meninjau  sejauh  manakah  sikap  murid  terhadap  mata  pelajaran Sains ini memberi kesan terhadap pencapaiannya.

Kajian lepas menunjukkan dua pendapat iaitu satu kelompok menyatakan sikap murid terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaiannya. Misalnya kajian yang dibuat oleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik yang dimajukan oleh Thurstone dan Chave (1929) untuk menguji sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar (berumur 11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap murid terhadap mata pelajaran itu. Demikian juga dengan kajian Rallison (1941), yang dibuat di kalangan pelajar-pelajar berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah mendapati bahawa sikap dan minat murid mempunyai hubung-kait yang kuat dengan pencapaian  mereka  dalam mata  pelajaran  pendidikan  Jasmani,  bahasa  Inggeris, dan sejara. Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities (VMA) dijelaskan  faktor  sikap  dan  minat  saling  mempengaruhi  pencapaian  murid-murid tersebut.

Fitt (1957) yang membuat kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan antara sikap murid terhadap mata pelajaran adalah mempunyai kaitan yang positif  dengan  pencapaian  setelah  beliau  menggunakan  soalselidik  di  kalangan  1244 orang murid di bandar itu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur murid dari rendah ke peringkat menengah mempengaruhi perubahan sikap murid terhadap persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik.

Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji pencapaian pelajar dan sikap mereka di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah di Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara sikap pelajar dan pencapaiannya. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass terdahulu dari itu gagal mencari korelasi antara sikap pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam membuat ukuran sikap dan ujian pencapaian   telah   menyebabkan   kajian   ini   gagal   mencari   jawapan   antara   dua pembolehubah berkenaan.

Kesimpulannya, ada kemungkinan berjaya atau gagalnya mencari pertalian antara sikap  dengan  pencapaian  murid  berkait  rapat  dengan  teknik  kajian,  dan  bagaimana kajian itu dibuat.





PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap mempunyai kesan tertentu terhadap murid. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek komitmen iaitu penglibatan murid secara aktif atau tidak terhadap mata pelajaran Sains,  aspek  emosi  di  mana  perasaan  pelajar  sama  ada  ‘favorable’  atau  tidak ‘favorable’ terhadap Sains dan aspek berwawasan iaitu pelajar bersifat inisiatif atau tidak terhadap matematik. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan pencapaian Sains mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh manakah sikap terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor pencapaian mereka di sekolah.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sikap murid terhadap mata pelajaran Sains. Melalui beberapa persepsi muridr iaitu komitmen, emosi dan berwawasan terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaiannya dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2012. Objektif kajian ini ialah:

I.         Mengetahui persepsi murid terhadap mata pelajaran Sains.

II.         Mengkaji  perhubungan  antara  sikap  murid  terhadap  mata  pelajaran Sains dengan pencapajan


HIPOTESIS

i.          Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap komitmen murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian
ii.         Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap wawasan murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian.
iii.        Tidak  terdapat  perhubungan  yang  signifikan  antara  sikap  emosi  murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian .



Pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran adalah bergantung kepada sikap pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran itu. Sikap yang positif terhadap mata pelajaran  memberi  rangsangan  kepada  seseorang  dalam pembelajaran  mata  pelajaran tersebut. Kajian ini dapat membantu guru mengenalpasti sikap pembelajaran murid dan seterusnya   dapat   merancang strategi   pengajaran   yang   bersesuaian   dengan pembelajaran murid-murid dengan mengubah sikap negatif mereka kepada sikap yang positif.



KEKANGAN KAJIAN

Kajian ini membuat andaian bahawa pencapaian akademik murid yang baik adalah disebabkan oleh sikap mereka. Kajian ini juga mengawal faktor luar yang boleh mempengaruhi pencapaian seseorang seperti baka, taraf sosial ekonomi, latar belakang keluarga dan faktor guru.


DEFINISI ISTILAH

Pengertian sikap terlalu luas dan berbagai-bagai tetapi untuk kajian ini pengertian yang diberikan oleh Katz (1966), Menurut beliau, sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu di dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.

Pencapaian pula diperingkat sekolah rendah merujuk kepada skor atau gred yang diperolehi dalam peperiksaan dinilai dengan A, B, C, D dan E. pencapaian gred A adalah sangat baik, B baik, C lulus, D lemah dan E sangat lemah iaitu D dan E adalah gagal.



METODOLOGI

Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan untuk melihat persepsi murid terhadap beberapa aspek pembelajaran Sains mereka. Aspek-aspek tersebut akan dilihat dari segi komitmen, perasaan dan berwawasan. Pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains diukur berdasarkan gred yang diperolehi oleh murid dalam peperiksaan akhir tahun Tahun 5 bagi tahun 2012.

Responden   kajian   ialah   murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Umas-umas Tawau, Sabah yang telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada tahun 2012. Murid yang terlibat dalam kajian ini seramai 60 orang yang dipilih secara rawak dari berbagai kaum dan jantina. Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan soal selidik   Aiken (1997) dan diubahsuai selepas melaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Kajian rintis telah dibuat bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahannya adalah baik.


ANALISI DATA

Pencapaian Sains murid adalah merujuk kepada gred yang diperolehi dalam peperiksaan akhir tahun 2012. Semua data-data yang diperolehi akan dianalisis. Analisis deskriptif seperti jumlah dan peratus akan digunakan.


KEPUTUSAN

Data-data telah dikumpul dari 60 orang responden yang dipilih dari kelas Tahun  5 di Sekolah Kebangsaan Umas-umas di Tawau, Sabah. Skor yang diperolehi telah diubahsuai dan dibahagikan kepada 3 komponen sikap iaitu komitmen, emosi dan berwawasan yang masing-masing mempunyai 3 nilai iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Pengumpulan data telah dijalankan dengan lancar di mana murid-murid yang menjawab soal selidik telah memberi kerjasama.


KEPUTUSAN DESKRIPTIF

Jadual 1 menunjukkan data kekerapan untuk 3 komponen sikap yang dikaji. Pada keseluruhannya sikap murid adalah berada di tahap sederhana dan tinggi. Secara terperinci sikap komitmen dan wawasan murid lebih bercenderung pada tahap yang tinggi iaitu 66.7% dan 75% daripada responden berada di kategori ini.   Ini bermakna ramai murid mempunyai sikap yang ingin berusaha dan menyedari kepentingan Sains terhadap masa depan mereka. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebaliknya dilihat pada sikap emosi pelajar. Dalam komponen ini terdapatnya 68.3% responden mempunyai emosi yang sederhana berbanding dengan hanya 31.7% sahaja beremosi tinggi terhadap Sains.

Ketiga-tiga sikap ini boleh dikatakan sejajar dengan pencapaiannya dengan memandang kepada kekerapan data pencapaian responden, di mana taburan yang banyak juga  berada  di  tahap  sederhana  dan  tinggi  dengan  keputusan  bahawa  6 orang mempunyai pencapaian Sains yang rendah, 47 orang mencapai tahap sederhana dan seramai 7 orang mempunyai pencapaian yang tinggi.

Jadual 1: Kekerapan komponen sikap dan pencapaian

ITEM
TAHAP
KEKERAPAN
PERATUS
KOMITMEN
Sederhana
20
33.3
Tinggi
40
66.7
WAWASAN
Sederhana
15
25
Tinggi
45
75
EMOSI
Sederhana
41
68.3
Tinggi
19
31.7
PENCAPAIAN
Rendah
6
10
Sederhana
47
78.3
Tinggi
7
11.7

Jadual 2 : Skor pencapaian
Kelas
Bil Calon
GRED A
GRED B
GRED C
GRED D
GRED E
Menguasai
GPMP
Daftar
Ambil
TH
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
AMANAH
28
28
0
1
3.57
6
21.4
21
75
0
0
0
0
28
100
2.71
BESTARI
32
32
0
0
0
0
0
26
81.3
6
18.8
0
0
26
81.3
3.19
JUMLAH
60
60
0
1
3.57
6
21.4
47
78.3
6
10
0
0
54
90
5.9


Jadual 3 : Skor sikap dan pencapaian

Sikap Murid
Nilai
Pencapaian
Jumlah


Rendah
Sederhana
Tinggi

Komitmen
Sederhana
10
6
4
20

Tinggi
8
21
11
40

Wawasan
Sederhana
7
4
4
15

Tinggi
7
28
10
45

Emosi
Sederhana
10
14
17
41

Tinggi
4
9
6
19




Dalam analisis yang dibuat, sikap komitmen murid yang tinggi juga cenderung ke arah pencapaian yang tinggi iaitu 40 orang yang bersikap komitmen tinggi, 11 antaranya memperolehi pencapaian yang tinggi. Manakala dari 21 orang yang bersikap komitmen sederhana, kebanyakannya bertabur di pencapaian yang rendah iaitu seramai 8 orang. Sikap wawasan juga menunjukkan dapatan yang serupa dengan sikap komitmen. Bilangan besar murid yang mempunyai sikap wawasan yang tinggi , boleh dilihat di sekitar pencapaian sederhana dan tinggi dengan terdapatnya 28 orang dan 10 orang. Keadaan yang sebaliknya berlaku pada sikap emosi, di mana kebanyakan pelajar mempunyai sikap emosi sederhana. Antara mereka ini, 10 orang telah mempunyai pencapaian yang rendah, 14 orang dengan pencapaian sederhana dan terdapat 17 orang mempunyai pencapaian yang tinggi. Fenomena sikap emosi ini menerangkan perasaan pelajar terhadap Sains kurang merangsangkan dalam meningkatkan pencapaian Sains mereka.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, kajian telah menunjukkan bahawa sikap komintmen pelajar terhadap mata pelajaran Sains  mempunyai hubungan kait dengan pencapaian Sains mereka.  Manakala  sikap  wawasan  dan  emosi  tidak  mempunyai  pertalian dalam pencapaian Sains. Analisis data menunjukkan korelasi antara sikap pelajar dan  pencapaian  adalah  lemah.  Jika  ditinjau  dari  setiap  komponen  sikap  tersebut, komitmen dan wawasan yang tinggi memberi rangsangan dalam pencapaian akademik yang   baik,   walaupun   tidak   dapat   dinafikan   bahawa   terdapat   juga   pelajar   yang memperolehi skor Sains yang rendah.

Dari ketiga-tiga sikap ini, sikap emosi adalah sukar diramalkan. Manusia adalah unik dan mempunyal sifat peribadi yang amat berbeza. Dari kajian ini, keputusan emosi yang diperolehi adalah selalu bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh sikap komitmen dan wawasan. Perasaan afektif ini haruslah diberi prihatin supaya dapat mengimbangi pembentukan sikap individu dan pemantapannya. Kejayaan dan kegagalan murid dalam sesuatu mata pelajaran bergantung kepada berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam kajian ini hanya sikap komitmen pelajar menunjukkan korelasi dengan pencapaian mereka, faktor sikap yang lain tetap menjadi perhatian. Dalam dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang dengan kemampuan murid  untuk mendapatkan skor yang baik dalam mata pelajaran berkenaan. Maka sebagai pembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada sikap murid terhadap mata pelajaran yang diajarnya.


Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian Sains di kalangan murid:

1.    Guru memeringkatkan bahan pengajaran-pembelajaran supaya mendahului dengan topik yang senang, diikuti dengan topik yang kompleks. Tindakan ini menyediakan pelajar supaya tidak berasa kecewa dan terdesak apabila menghadapi masalah konsep Sains.

2.    Guru memberi contoh-contoh Sains yang berhubung dengan kehidupan harian supaya pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya dan aplikasinya dalam kehidupan harian.

3.    Memupuk minat belajar Sains di kalangan pelajar dengan cara simulasi. Ini kerana minat merupakan sebahagian pembentukan sikap pelajar terhadap sesuatu fenomena.

4.    Menyediakan bahan pengajaran yang bukan hanya dapat membantu memupuk minat mereka terhadap mata pelajaran Sains, malah ia dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam.

5.    Guru perlu meningkatkan pembelajaran yang kondusif dalam pembelajaran sains agar dapat meningkatkap emosi murid-murid untuk menerima apa yang diajar dalam Sains.

6.    Guru perlu lebih peka jika murid mempunyai masalah dalam tugasan Sains. Ia bagi membantu meningkatkan konsep kendiri murid.

Sebagai kesimpulan, dapatan dari kajian ini memberikan suatu pengambaran pengajaran-pembelajaran di kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains. Walaupun hubungan antara sikap dan pencapaian mereka adalah lemah, kita tidak boleh mengabaikan faktor sikap ini. Malah kita perlu melakukan kajian yang lebih mendalam tentang sikap murid supaya menyediakan suatu instrumen yang mantap untuk menilai sikap terhadap pencapaian pelajar. Sikap yang positif juga mungkin wujud berasaskan kesedaran murid berhubung kerjaya professional yang berkaitan dengan Sains seperti perubatan dan kejuruteraan yang dikukuhkan lagi dengan era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Di samping itu, pendidik Sains, serta individu yang bertanggungjawab dalam  penggubalan kurikulum pendidikan Sains perlu memikirkan program, corak   pengajaran dan intervensi yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam Sains iaitu  mempelajari Sains luar daripada lingkungan sekolah dan juga untuk memperoleh  pekerjaan, dengan pemupukan  perasaan menghargai Sains dalam kehidupan seharian, usaha ke arah pemupukan literasi Sains dapat diteruskan malah direalisasikan.

RUJUKAN.
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga ( Disember 2008). Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Janting Ak Ringkai & Jamin Nantang (2006). Jilid 1: Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006. Daripada Grid Ke JSPG , m/s 102-110. Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Ismail Kailani, Khairuzaman Ismail. Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Kompilasi Kajian Tindakan (2007). Pejabat Pelajaran Gabungan Sandakan

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai Johor :UTM.

Mohd Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2006). Kaedah
Mengajar Sains. Bentong Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang .(1997). Pedagogi Sains 2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd..
Saifuddin Azwar (1995). Sikap Manusia (Edisi Kedua). Yogyakarta : Pustaka Pelajar.
Soon Seng Thah (2006). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Trend, Metadologi & Prospek.  Seminar Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
http://www.slideshare.net/must2ra86/mini-kajian-tindakan-penceritaan-dan-permainan-2835242  http://mptkl.tripod.com/rnd/tajuk00_1.htm