CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 21 November 2014

Mengkaji Pertumbuhan dan Perkembangan Haiwan



TAJUK
-       Mengkaji Pertumbuhan dan Perkembangan Haiwan

  
OBJEKTIF KAJIAN
-       Memerhati dan membuat analisa pertumbuhan dan perubahan morfologi haiwan.


HIPOTESIS
-       Kitar hidup bagi katak bermula daripada peringkat telur sehingga peringkat dewasa


ALAT RADAS DAN BAHAN
-       Bekas
-       Air
-       Telur katak
-       Jadual pemerhatian



KAEDAH

1.    Telur katak diambil.
2.    Telur diletakkan dikawasan yang sesuai bagi melihat perkembangannya.
3.    Pemerhatian direkodkan bagi melihat perubahan morfologi haiwan kajian dari masa ke semasa.
4.    Kesimpulan dibuat dan direkodkan.

 

KEPUTUSAN

MINGGU
PEMERHATIAN

Minggu 1
Peringkat Telur
-       Mendapatkan sampel telur katak
-       Katak bertelur dalam kuantiti yang banyak
-       Ini adalah semula jadi untuk kemandirian hidup spesisnya
-       Telur masih berkumpul dengan yang lain dan dilindungi oleh selaput jeli atau agar-agar
-       Sel telur akan membahagi. Selakan membentuk organ dan insang

Minggu 3
Peringkat Berudu
-       Selepas 21 hari ia akan bertukar menjadi berudu dan akan meninggalkan cengkerang agar-agarnya
-       Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air.
-       Ia akan makan tumbuhan kecil.
-       Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air

Minggu 5
Peringkat Berubah
-       Berudu mula berubah.
-       Kaki belakang mula terbentuk dan diikuti kaki hadapan
-       Kaki hadapan terbentuk dibahagian belakang kepala yang bonjol.
-       Ekor mula mengecil
-       Paru-paru mula berkembang dan membolehkan katak dihdup di permukaan air

Minggu 7
Hampir menjadi katak
-       Berudu akan mula kelihatan seperti katak.
-       Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang.
-       Ekor mengecil dan kaki membesar
-       Fungsi paru-paru semakin kuat

Minggu 10
-       Ia akan berkembang dengan lengkap.
-       Ekor telah hilang mula keluar dari air.
-       Banyak menghabiskan masa di permukaan bekas dan memakan berudu yang lebih kecil.
-       Katak akan menjadi dewasa dan dibebaskan agar dapat mencari makanan sendiri.

Jadul 3.1 Perubahan Morfologi Katak

PERBINCANGAN
1.    Pada awalnya, katak betina dewasa akan bertelur, kemudian telur tersebut akan menetas setelah 10 hari. Setelah menetas, telur katak tersebut menetas menjadi Berudu.berudu hidup di air Setelah berumur 2 hari, Berudu mempunyai insang luar yang berbulu untuk bernapas. Setelah berumur 3 minggu insang berudu akan tertutup oleh kulit. Menjelang umur 8 minggu, kaki belakang berudu akan terbentuk kemudian membesar ketika kaki depan mulai muncul. Umur 12 minggu, kaki depannya mulai berbentuk, ingsang tak berfungsi lagi ekornya menjadi pendek serta bernapas dengan paru-paru.maka bentuk dari muka akan lebih jelas Setelah pertumbuhan anggota badannya sempurna, katak tersebut akan berubah menjadi katak dewasa dan kembali berkembang biak. Katak bertelur di dalam air.  Telur bertelur dalam kuantiti yang banyak. Telur katak akan dilindungi oleh selaput jeli atau agar-agar. Walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini. Selepas 3 minggu tempoh perkembangan. Ia akan bertukar menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang dipanggil alga. Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan.  Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat. Lama–kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit.  Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru–paru semakin menjalankan fungsinya. Selepas 10 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Katak kecil ini akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

2.    Katak mengalami metamorfosis sempurna. Ini kerana metamorfosis sempurna memperlihatkan bentuk tubuh selalu berbeza pada setiap tahap. Contoh haiwan lain  yang bermetamorfosis sempurna adalah kupu-kupu. Metamorfosis adalah suatu perubahan individu mahluk hidup dari telur sampai menjadi dewasa yang sempurna dengan mengalami perubahan bentuk morfologi dan anatomi. Metamorfosis tidak sempurna adalah metamorfosis yang melalui tahap telur yang menetas menjadi limfa, kemudian tumbuh dan berkembang menjadi imago (dewasa) contohnya seperti belalang dan cengkerik

3.    Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan katak sama ada dipengaruhi oleh faktor dalaman mahupun luaran. Faktor luaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perubahan morfologi katak ialah persekitaran, makanan dan air. Manakala dalaman pula dipengaruhi oleh gen dan hormon. Gen adalah penentu semua tuktur dan fungsi yang berkaitan dengan bentuk tubuh, warna kulit, pertumbuhan dan perkembangan manakala hormon pula merangsang pertumbuhan katak bermula proses metamorfosis. Perubahan ini meliputi berkurangnya ekor dan perubahan insang dalam dan berubahnya struktur kulit. Enzim yang terdapat pada hati juga mengalami perubahan, hal ini disebabkan adanya perubahan habitat. Berudu bersifat ammonotelik yaitu mensekresikan amonia, sedangkan katak dewasa bersifat ureotelic yaitu mensekresikan urea. Semasa metamorfosis, hati mensintesis enzim untuk siklus urea agar dapat membentuk atau menghasilkan urea dari CO2 dan amonia.


KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kitar hidup haiwan merupakan unit masa biologi yang menunjukkan perkembangan yang berlaku pada telur binatang betina pada sperma jantan yang mewujudkan perubahan. Kitar hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang berlaku  sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu daripada baru lahir, telur, dan membesar. Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa kitar hidup katak terdiri daripada telur berudu, anak katak dan katak. Pada setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang berlainan dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku. Ada juga binatang tertentu yang berbeza bentuk dan warna semasa kecil dan ada yang hanya berubah daripada segi saiz. Namun apa yang dapat  dipastikan ialah walaupun semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing   tetapi ia tidak sama antara satu sama  lain.


RUJUKAN

Chang S.L et al.(2011). Buku Teks Sains Tingkatan 1. Shah Alam : Karangkraf Network Sdn.
Bhd

Che Ahamad D. et al.(2012). Buku Teks Sains Tingkatan 2. Kuching: E-Mal Distributors

Fatimah M. et al.(2012). Modul Pendidikan Jarak Jauh UPSI: TRB 3013 Pengantar Biologi.
Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris.

Gan W.Y, Manoharan S. Azmah R.(2011). Buku Teks Biologi Tingkatan 4. Petaling Jaya :
Bakaprep Sdn.Bhd

Tho L.H, Hasnah A.S..(2012). Buku Teks Sais Tingkatan 3. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd

Wong T.Z, Teh L.H, Hasimah A.(2012). Buku Teks Tingkatan 5. Johor Bahru : IMS Book
Trading Sdn. Bhd

Ricki Lewis.(1998). Life Third Editions. United States : McGraw-Hill Companies

Mengkaji Tropisme Dalam Tumbuhan



TAJUK
-       Mengkaji Tropisme Dalam Tumbuhan

OBJEKTIF KAJIAN
1.    Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan cahaya matahari (fototropisme)
2.    Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan graviti (gravitropisme)

HIPOTESIS
1.    Gerak balas akar tumbuhan terhadap rangsangan tarikan graviti
2.    Gerak balas pucuk tumbuhan terhadap ransangan cahaya matahari


ALAT RADAS DAN BAHAN
1.      Fototropisme
-          Bekas
-          Kacang hijau
-          Air
-          Kotak
-          Kapas
-          Bekas penutup tin

KAEDAH

1.        Anak-anak benih kacang hijau direndam seketika.
2.        Anak-anak benih kacang hijau dicambahkan di dalam 3 bekas plastik yang disediakan sehingga 2 – 3 cm panjang
3.        Bekas A adalah sebagai bekas kawalan bagi kajian terhadap gerakbalas terhadap rangsangan
4.        Bekas B akan dimasukkan ke dalam kotak yang mempunyai lubang
5.        Bekas B disediakan bagi melihat gerak balas pucuk terhadap cahaya matahari.
6.        Bekas C yang mempunyai biji kacang hijau yang bercambah akan dicondongkan.
7.        Bekas C disediakan bagi melihat gerak balas tumbuhan terhadap graviti.
8.        Anak benih disiram dan dibiarkan selama beberapa hari.
9.        Pemerhatian dilakukan setiap hari dan direkodkan dalam jadual.


BAHAN
KEPUTUSAN
,Bekas A
-        Akar bergerak ke bawah
-       Pucuk bergerak lurus ke atas
Bekas B
-       Pucuk anak benih dalam kotak didapati membengkok ke arah lubang kecil
-       Ini menunjukkkan bahawa pucuk anak benih telah menunjukkan fototropisme positif.
Bekas c
-       Pucuk tetap menghala ke atas walaupun bekas dicondongkan.
-       Eksperimen ini juga menunjukkan gerak balas akar terhadap air lebih kuat daripada gerak balas terhadap graviti
Jadual 4.1 Pemerhatian terhadap perubahan benih kacang hijau

PERBINCANGAN

1.    Pembolehubah yang ditetapkan adalah jenis biji benih dan kehadiran air. Manakala pembolehubah dimanipulasi dalam eksperimen yang dijalankan ilah kehadiran cahaya matahari dan tarikan graviti.

2.    Eksperimen kawalan yang digunakan di dalam kajian ini ialah biarkan satu lagi bahagian kacang dalam keadaan tumbuh secara normal tanpa sebarang rangsangan gerak balas. Dalam eksperimen ini saya menggunakan bekas A sebagai eksperimen kawalan

3.    Pembengkokan pucuk ke arah cahaya adalah disebabkan berkaitan dengan hormon auksin. Tumbuhan melakukan gerak balas tropisme dengan mengeluarkan horman. Hormon tumbuhan merupakan bahan organik  yang menggalakkan pertumbuhan atau menjalankan fungsi fsiologi lain dalam tumbuahan. Auksin ialah hormon yang memainkan peranan penting dalam fototropisme dan gravitropisme. Auksin bertanggungjawab terhadap pemanjangan sel. Peranan hormon auksin dalam fototropisme bagi pucuk ialah hujung pucuk tumbuhan hijau menghasikan auksin dan apabila cahaya dibekalkan dari satu arah, lebih banyak auksin akan berkumpul di bahagian pucuk yang tidak menerima cahaya. Akibatnya, sel-sel yang terdapat di bahagian yang mempunyai banyak hormon auksin akan memanjang lebih cepat daripada se-sel yang terdedah kepada cahaya. Pergerakan auksin adalah secara lateral lalu terkumpul di hujung koleoptil yang tidak disinari cahaya diikuti gerakan berpolar ke arah pangkal pucuk yang mana menyebabkan pemanjangan lebih cepat berlaku. Oleh yang demikian, koleoptil kacang membengkok ke arah cahaya.

4.    Manakala pembengkokan akar kepada air pula adalah disebabkan oleh terdapatnya hormon auksin pada koleoriza yakni hujung akar. Apabila cahaya dibekalkan dari satu arah, lebih banyak auksin akan dikumpul dibahagian akar yang tidak menerima


KESIMPULAN DAN CADANGAN

Gerakan bahagian-bahagian tumbuhan dipengaruhi oleh rangsangan-rangsangan seperti cahaya, graviti, air, bahan kimia dan benda luar yang bersentuhan dengan tumbuhan. Gerakan tumbuhan mana-mana bahagian pokok terhadap sesuatu rangsangan dikenali sebagai gerakan tropik atau gerak balas tropisme.

Dalam eksperimen yang dijalankan jelas menunjukkan adanya rangsangan tropisme dalam tumbuhan apabila anak benih kacang hijau yang dicambahkan bertindak balas dengan cahaya matahari sebagai fototropisme dan bertindak balas terhadap graviti atau gravitropisme.