CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 3 April 2017

Indahnya Ke Kinabalu

Bulan Mac 2017 penuh dengan cerita buat kita .. dalam kepayahan menuju hari -hari esok Allah masih beri kita ruang untuk bersama-sama.. segalanya atas izin dan kehendak Allah jua.
.
Bukan ke mana hala tuju percutian kita yang menjadi sebab kegembiraan.. tetapi kebersamaan itu lebih penting. Menghargai kenangan yang ada itu lebih penting untuk digembirakan.
.
Ke Kinabalu kali ini kenangannya berbeza.. kerana anak-anak mencapai tahap keseronokan yang maksimum.. mungkin tempat itu sudah pun dilawati .. tetapi keseronokan tetap jelas terpancar diwajah mereka.. dan umi bahagia melihat kalian ..
.
Semoga untuk hari-hari yang mendatang jua juga Allah beri kita rahmat dan keberkatan dalam membina kekeluargaan ..
.
Payah atau mudah .. semuanya atas penerimaan kita ..

Isnin, 7 Mac 2016

Husna My Hafizah

Tahniah kakak sebab dapat nombor 2 untuk hafazan kali ini.. walaupun umi tak dapat lihat kakak bertanding kali ini.. tapi doa umi sentiasa bersama kakak..

Sayu dan bedebarnya hati umi untuk tunggu kakak habis bertanding dan tidak kisah pun nombor berapa yang kakak dapat..

Syukur rezeki kakak dapat tempat kedua..
Teruskan menghafaz ya nak.. bukan untuk dinilai siapa kita di dunia.. tapi semoga al-quran yang menjadi nadi kakak itu menjadi pelindung dan doa untuk kita menuju syurga Allah..

Semoga kakak jadi contoh yang baik untuk adik-adik

Ahad, 22 November 2015

KEK KARAMEL PELANGI

Serius umi baru baru  belajar  buat kek karamel pelangi ni.. walaupun resepi lama sudah disalin dalam buku.. kali ni percubaan pertama yang sngat mengembirakan..

Resepi n step2 buat kuih ni umi ambil dari kawan umi Cik Sue.. Suhaiza Jusoh.. kalau pasal masakan kuih muih ni kita kasih markah penuh.. di fbnya siap boleh bepuluh2 ribu sharing lagi.. hahahah gempak tak gempak..

Apa pun syukran ibu adam sebab share resepi.. kita layan la gambar versi umi yang buat..

Selasa, 2 Jun 2015

A Day To Remember

Konvokesyen UPSI Ke 17 Sidang Pertama


Ku panjatkan rasa syukur yang sangat tidak dapat diungkap dengan kata-kata melainkan terluah dengan rasa dan airmata..

Kenangan yang akan abadi..
Kenangan yang punya kisah tersendiri..
Kenangan yang berjalan mengikut aturan Allah SWT..

Mac 2011 hingga Mac 2015

Bukan mudah..
Sepertinya kata seorang insan yang dekat.. hargai kerana terlalu banyak keringat yang mengalir.. dan serius ada airmata yang mengalir.. bangga dengan kamu 😭😭





2 Jun 2015 

Akhirnya bunga-bunga gembira itu aku pegang.. Terhadiah untuk diri yang sentiasa ku angankan..
Hadiah untuk anak-anak yang sentiasa menjadi kekuatan untuk bertahan.. 
Terima kasih buat insan-insan yang tersayang, terima kasih untuk selalu ada.. bersama mengejar sebuah kejayaan datangnya sebuah ujian..





Syukur alhamdulillah..
Allah beri peluang untuk sabar, tabah dan sentiasa bertahan..
Semoga dihujung perjalanan nanti Allah hadiahkan dengan kejayaan yang lebih indah dan kekal untuk selamanya..



Misi diteruskan ..



Rabu, 8 April 2015

HIDUP HARUS BAGAIMANA


Beginilah kehidupan, kita punya kaki dan tangan namun terkadang berjalan sepertinya tanpa kaki dan tangan. Kekuatan terkadang terlalu rapuh untuk bertahan. Entah apa dan harus bagaimana beginilah kehidupan. 





Jadual padat terkadang memaksa diri untuk melepaskan segala apa yang diingin diri, bukan untuk siapa-siapa untuk diri. Masa selalu melalaikan.. bukan.. kesibukan sehingga terleka dengan masa yang sangat singkat dan cemburu. Untuk apa semua itu dunia atau akhirat. Jika akhirat alhamdulillah, jika dunia harus bagaimana ia tidak melekakan. 



Terkadang pekerjaan murni boleh menitiskan air mata, entah kenapa dan mengapa.. namun kerana keadaan yang memaksa, ya.. memaksa untuk terluka. Semoga Allah jaga kita, bukan untuk siapa-siapa untuk kita dan masa depan.


Rabu, 25 Februari 2015

Husna

Hari ni 26 Februari 2015.. tahun pertama penyertaan kakak husna untuk pertandingan luar dari sekolah.

Kakak dapat wakil sekolah kategori hafazan.. alhamdulillah.. kakak sedih sebab tak dapat jawab semua soalan..

Tapi tak pa nak.. yang paling penting kakak dapat hafal surah surah yang umi sendiri tak hafal.. Semoga jadi contoh terbaik untuk adik-adik.

Semoga hafalan kakak dapat menjadi doa untuk umi dan abah meraih syurga Allah.

Semoga kakak diberi limpahan kasih sayang Allah.. semoga terus istiqamah.

Syukran untuk ustaz hasbullah sudi pilih kakak..

Isnin, 23 Februari 2015

BISKUT FAMOUS AMOS

Alhamdulillah menjadi jugak ni biskut versi famous amos .. setelah berminggu -minggu di paksa buat biskut oleh 3 FhH.. husna hanan hilman.. 

Alhmadulillah juga umi ada kenangan ngan korang untuk korang ingat.. baking together.. nanti kita cari peralatan yang comel supaya senang korang guna.

Umi ambil dari dapur kak Azie.. thanks kak ... nyaman sungguh..

Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen

aziejaya.blogspot.com

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.


Sabtu, 21 Februari 2015

Bukan Mudah Untuk Melangkah

Save the date.. memory in frame.. 4 years
.
Bila mak mak macam aku dah tua baru sambung study
.
4 tahun bukan masa yang singkat dilalui.. namun semua yang berlaku dengan izin Allah..
Airmata dan tawa berganti rasa.. serius hanya orang yang melaluinya yang akan rasa.. satu nikmat Tuhan yang dikecapi hanya berbekalkan kekuatan yang ada.. itulah cabaran untuk ibu ibu mak mak dan isteri orang diluar sana.. yang sedang sambung belajar.. 5 bintang untuk korang..
Mengagihkan masa .. wajib
Mengatur jadual .. wajib
Memikirkan masa bersama keluarga .. wajib
Begitulah hidup.. Kata orang.. jika dia berjalan dengan baik .. alhamdulillah bersyukurlah.. namun jika sebaliknya .. nikmatinya ia juga tak akan kekal lama.
Manisnya ujian Allah
Sepertinya sedang memejam mata
Sepertinya kehilangan nyawa beharga
.
Allah ujian hebat yang Engkau ciptakan
Engkau sebaik baik penentu qada' dan qadar hambaMu..
.
Allah .. hanya kepadaMu aku berharap
Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan..
.
Beri aku kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang..
.
#UPSIMath #KampusMRSM #2011-2015

Jumaat, 20 Februari 2015

Cerita Aku Tentang Sebuah Ujian

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan SAW.. semoga bertambah kecintaan kita kepada baginda.. bertambah juga ketaatan kita kepada Allah.
Syukur ke hadrat Allah.. kerana Allah beri ruang.. Allah beri kelapangan.. untuk sama kita berkongsi kasih sayang.. berkongsi ilmu.. biar tidak seberapa dari tak punya apa kan..
"Kenapa aku diuji"
Tentunya setiap dari kita punya persoalan ini. Kenapa sering kali aku yang terpaksa berhadapan dengan kepayahan ini. Cuba renung apa ujian hebat yang kalian pernah rasa.. Bagi yg masih besekolah mungkin belum lagi merasa erti sebenar sebuah ujian... Tapi yang akan berumah tangga dan sudah punya anak tangga.. Allah datang ujian yang bertimpa2. Selayaknya mengikut kesanggupan ... Allah lebih mengetahui kesanggupan kita semua
Pernah tak korang di uji sampai nak makan payah.. nak tidor payah.. Ada pula yang terpaksa makan pil... Allah .. sakit sebenarnya ujian itu.. tapi bagaimana kita mengambil pengajaran di setiap ujian yg Allah beri.
Dan paling kita takut apabila Allah uji iman kita
Orang dulu2 sanggup mati demi agama..tapi zaman sekarang sanggup jual agama dari mati.. Nauzubillah.
Rasulullah saw bersabda:
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim.)
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30
Apabila ujian datang bertimpa-timpa, tentu  terdetik juga kata di dalam hati kita, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.
Macam hidup.. kita cari solusi bagaimana cantum semua hari-hari agar tersusun cantik dan sempurna.. tapi kita tewas dengan kata halus sekeliling lalu menang dengan bisik-bisik anasir jahat yang tidak pernah berhenti buar sesat..
Tiap pagi kita akan doa..
"Biarlah hari ini lebih baik dari semalam.."
Belum sampai tengahari, mula berbisik, mengeluh dengan jalan hidup yang dihadap.
Dan kita jatuh dan jatuh lagi
Sakit..
serius sakitnya.. orang lain takkan rasa.. serius
Walau kita dah cerita 100 %.. Kita buntu mencari bahu untuk bersandar.. untuk faham dan mengerti setiap yang kita lalui dan rasa. Tidak semua peduli, tidak semua ambil kisah ini tajuk sakit kita.
Sakit.
Cuba bayangkan, bila kita jatuh tersadung  batu, jatuh pula dikhalayak ramai.. dah la sakit.. malu pulak..
Kau cuba bangun walau 'sakit' .. sebenarnya yang buat kita bangkit dari jatuh bukan siapa2.. bukan kerana malu ..ada satu benda dalam diri yang buat kau kuat..
kuat.. ya kuat..
Kita tidak boleh rasa bertapa sengsaranya orang bila kita sendiri tidak pernah hadap UJI apa yang sedang Allah beri untuknya. Kita tidak boleh bangunkan orang yang luka, jika sendiri tidak pernah jatuh.
Ini lah hidup, soal memberi dan menerima. Percayalah semua pun kita hadap benda sama. Watak dan masa berbeza. Cuma jangan kecewa terlalu lama. Bangun la..
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
"Hidup ini kalau benda kecil pun kita sentap, bneda besar hati kita akan mati"-BSA
Tuhan tetap punya alasan...
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.
Ambil masa.. duduk.. rehat.. pejam mata.. buka hati. Fikir sedalamnya ... jangan lagi ditanya kenapa?? mengapa?? Hidup ini tidak pernah terjawap dengan soalan 'kenapa mengapa' yang ikhlas ditanyakan oleh hati sendiri. Kerana hidup itu perjuangan, tidak akan terhenti selagi mata ini masih terbuka.
Sudah sampai waktu untuk kita bangun dengan dua belah kaki. Sudah tiba waktu untuk kita kata.. kebalkan hati.
Sangat payah.. tetapi kalau cuba.. kita tak rugi apa-apa.. minta doa hari-hari .. kadang yang Allah bagi boleh saja diubah. Tuhan itu Maha Mengasihani.. apa lagi kita makhluk-Nya
Yang lain juga pernah rasa apa itu namanya UJI, beza masa, ketika, tahap saja.. aaa.. yang namanya Allah nak sayang.. makin tinggi ujiNya..
Walau kadang-kadang kita tipu untuk kuat. Berbohong kepada diri sendiri.. salahkah?? Orang tak nampak. Asal orang tahu kita kuat .. cukup! Kalau kita tak kuat, macam mana kita nak bangun?
Lelah dengan setiap yang bermula, tapi kita tak tahu bila berakhir. Kita tak pernah jangka dengan kejutan yang gila-gila. Macam kejutan hari lahir..
Namun paling sakit kejutan ini kita tak hadap dengan senyuman tapi tangisan, yang kita sendiri tidak punya pilihan untuk memilih kotak hadiah mana yang perlu dibuka.. kita hanya punya pilihan untuk lalui atas jalan yang kadang kadang tidak layak untuk gadis kerdil seperti dirimu.
Namun kita tetap jalan. Padahal kita dah terlalu lembik untuk bangun .. tapi tetap bangun kan..
Penatnya jalan hidup ini, buat kita bisik, lebih baik diam dari berkata.. jalan sangat pahit penuh drama dan pura-pura. Hidup seberat apa pun, tetaplah terus jalan. Di luar, ramai mahu lihat kita terjatuh daripada berdiri.. Siapa kita.. siapa pun kita.. bukan siapa2 dimatanya manusia.. kecuali di mata Allah
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati
Ust Pahrol pesan.. tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Bila diuji..
Sekecil apa pun ujian itu..
Ingat Allah sayang..
Ingat Allah sayang
Ingat Allah sayang kamu lebih dari yang lain..
Akhir kalam..
Sandarkan segala perit uji mu pada Allah bukan pada manusia..
Menangis la disetiap sujudmu
Mengadulah.. Allah ada
Pinta la hati yang sabar bukan meminta jalan yang mudah..
Ruj: ust. Pahrol & kiki BSA

Ahad, 4 Januari 2015

HEAURITIK ANALOGI DAN GAMBAR RAJAH JALUR






 
1.0         PENGENALAN
Dalam “International Dictionary of Educatian”, penyelesaian masalah adalah suatu istilah di dalam teori pembelajaran Gagne yang menunjukkan kemahiran intelek yang tertinggi kategorinya. Menurut Szetela dan Cynthia, 1992), dari sudut pendidikan matematik, penyelesaian masalah adalah proses menangani situasi baru, membina hubungan antara fakta, mengenal pasti matlamat dan mencuba semua strategi yang mungkin ke aras pencapaian matlamat (Hamzan dan Fatimah, 2007).
Secara umumnya dengan konsep yang lebih mudah kita menganggap penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penyelesaian masalah adalah satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), pula menerangkan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mecari jalan atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui. 
Pendekatan strategi heuristik membantu untuk menyempitkan lagi alternatif penyelesaian untuk mendapatkan hanya satu penyelesaian yang terbaik. Dalam situasi ini kita dikatakan menggunakan strategi heuristik apabila kita memilih salah satu sahaja daripada alternatif penyelesaian masalah bagi mengatasi masalah.

2.0         AKTIVITI PENGAJARAN

2.1         Tajuk 1: heuristik analogi
Cara analogi digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik yang mempunyai cara penyelesaian serupa dengan masalah matematik yang telah dipelajari dahulu. Semasa menyelesaikan masalah matematik yang baru itu, guru boleh menarik perhatian murid-murid tentang pengalaman lama yang sedia ada supaya mereka boleh menggunakan cara penyelesaian yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah baru.
AKTIVITI PENGAJARAN HEAURISTIK ANALOGI

Mata pelajaran            : Matematik
Bidang pelajaran         : Timbangan Berat
Objektif pembelajaran            : Memahami hubungan diantara unit dalam jisim
Hasil pembelajaran     : Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran 
  murid-murid dapat
A.      Menguasai isi kandungan pelajaran
                                                                                      i.        Menyelesaikan masalah penukaran unit timbangan berat.

B.        Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                                                                    i.          Menghuraikan konsep menukar unit

C.   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                                                                  i.            Murid mendengar dengan teliti
                                                                                 ii.            Melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru
                                                                                iii.            Menerima pandangan rakan kumpulan dalam menjalankan aktiviti.

Konsep/prinsip/hukum/teori:
·         1 kg bersamaan denga 1000 g

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
·         Papan cerita, lembaran kerja kumpulan, lembaran kerja individu

Nilai :
·         Terapkan sifat kerjasama dan bantu membantu dalam kumpulan

Pengetahuan Sedia Ada :
ü  Murid-murid telah didedahkan dengan konsep menukar unit kilometer (km) kepada meter (m)
ü   Murid-murid juga telah belajar menukar dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.


            Fasa Persediaan (Pemerhatian dan Analisis)
1.    Sebelum memulakan pengajaran, guru memberi salam kepada murid-murid dan bertanya khabar dan kesediaan murid untuk belajar
                            



2.    Guru menunjukkan papan cerita kepada murid, murid mendengar cerita guru dengan teliti.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.
4.    Guru menyoal apakah unit penukaran yang digunakan dalam papan cerita yang ditunjukkan?
a.    Unit ukuran panjang melibatkan meter dan kilometer.
b.    1 kilometer (km) bersamaan 1000 meter (m)
5.    Guru memberi respon kepada jawapan murid



            Fasa Imaginasi (Penjanaan Idea dan Sintesis Idea)
1.    Berdasarkan kepada papan cerita di atas, guru memberi lagi satu papan cerita yang berbeza.

2.    Guru menunjukkan papan cerita kepada murid, murid mendengar cerita guru dengan teliti.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.
4.    Guru menyoal apakah unit penukaran yang digunakan dalam papan cerita yang ditunjukkan?
a.    Unit timbangan dan berat melibatkan kilogram dan gram
b.    1 kilogram (kg)  bersamaan 1000 gram (g)
5.    Guru memberi respon kepada jawapan murid



             Fasa Perkembangan (Penambahbaikan dan menilai)
1.    Guru menyediakan beberapa keping gambar yang berlainan berat.
2.    Guru membacakan arahan aktiviti kepada setiap kumpulan
3.    Setiap kumpulan dikehendaki mencari berat barang berdasarkan kepada kad berat yang diperlukan. Murid perlu mengaitkan penggunaan kemahiran lepas untuk menyelesaikan masalah tersebut.
4.    Ketua kumpulan akan memastikan kumpulan mereka mempunyai nilai yang cukup. Mereka tidak dibenarkan menyimpan kad gambar yang lebih untuk memastikan kumpulan lain boleh melengkapkan bacaan mereka
5.    Kumpulan yang dapat menyiapkan 5 bacaan dengan tepat  dan pantas dikira pemenang.
BIL
BACAAN TIMBANGAN
KAD GAMBAR
BACAAN kg
1
100g


2
250g


3
540g


4
770g




770g ÷ 1000 = 0.77kg
5
1000g



6.    Guru mengulas dan memberi peneguhan kepada pencapaian yang diberikan oleh murid

            Fasa Tindakan (Perlaksanaan Amalan Berterusan
1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid
2.      Ketua kumpulan memantau hasil kerja rakan kumpulannya
3.      Guru dan murid membincangkan hasil kerja murid

Pentaksiran
1.    Pentaksiran berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerja.

BIL
BACAAN TIMBANGAN
KAD GAMBAR
BACAAN (kg)
1
100g







2
250g








3
540g







4
770g







5
1000g










AKTIVITI PENGAJARAN HEAURISTIK GAMBAR RAJAH JALUR

2.2         Tajuk 2 : Heuristik Gambar Rajah Jalur
Heuristik gambar rajah jalur ialah cara yang digunakan untuk menyatakan maklumat-maklumat atau situasi soalan dengan gambarajah. Cara ini boleh menolong murid-murid melihat perkaitan di antara kuantiti yang diberi dengan lebih mudah dan jelas lagi.

Mata pelajaran            : Matematik
Bidang pelajaran         : Ukuran Panjang
Objektif pembelajaran            : Memahami hubungan diantara unit dalam ukuran panjang
Hasil pembelajaran     : Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran 
  murid-murid dapat
B.      Menguasai isi kandungan pelajaran
                                                                                      i.        Menyelesaikan masalah melibatkan ukuran panjang

D.       Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                                                                    i.          Menghuraikan konsep menganggar

E.    Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                                                               iv.            Murid mendengar dengan teliti
                                                                                v.            Melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru
                                                                               vi.            Menerima pandangan rakan kumpulan dalam menjalankan aktiviti.

Konsep/prinsip/hukum/teori:
·         Penyelesaian masalah



Bahan, peralatan dan bahan sumber:
·         Lembaran kerja, botol air, kamus, reben, papan cerita

Nilai :
·         Terapkan sifat kerjasama dan bantu membantu dalam kumpulan

Pengetahuan Sedia Ada :
ü  Murid-murid telah didedahkan dengan konsep menganggar
ü   Murid-murid juga telah belajar menukar dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Aktiviti Pengajaran
            Fasa Persediaan (Pemerhatian dan Analisis)
1.    Guru memberi salam kepada murid dan bertanya akan kesediaan murid sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran
2.    Guru meminta 6 orang murid untuk tampil ke hadapan. Guru 3 pasangan barang yang berbeza jenis
a.    Manakah yang lebih panjang daripada dan lebih pendek daripada
                                                                      
b.      Manakah yang lebih banyak daripada dan lebih sedikit daripada
         
b.    Manakah yang lebih berat daripada dan  lebih ringan daripada


3.    Guru memberi respon kepada jawapan murid dan membantu murid membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada.

                        Fasa Imaginasi (Penjanaan Idea dan Sintesis Idea)
1.    uru menunjukkan papan cerita kepada murid tentang penyelesaian masalah matematik melibatkan ukuran panjang.
2.    Murid mendengar cerita guru dengan teliti.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.
a.    Apa maklumat yang diberi?
-       Ganti kan dengan jalur kuning
b.    Apa maklumat yang dicari?
-       Gantikan dengan jalur merah
c.    Apa operasi yang sesuai?

4.    Guru membimbing murid menggunakan gambarajah jalur untuk memahami penyelesaian masalah matematik melibatkan ukuran panjang.
5.    Guru menjelaskan beberapa isi kandungna pelajaran yang perlu difahami oleh murid.


            Fasa Perkembangan (Penambahbaikan dan menilai)
1.    Guru mengedarkan bahan kepada kumpulan iaitu kertas berwarna, lembaran dan gam.
2.    Guru membacakan arahan aktiviti kepada semua murid.
3.    Setiap kumpulan dikehendaki menggunting kertas berwarna berdasarkan kehendak soalan pada lembaran kerja.
4.    Murid juga dikehendaki menmbuat bentuk lazim bagi menyemak jawapan mereka
SOALAN
GAMBARAJAH JALUR
PENYELESAIAN















5.    Murid menjalankan aktiviti berdasarkan kehendak guru.
6.    Guru membimbing murid menjalankan aktiviti kumpulan
7.    Murid dan guru menyemak jawapan kumpulan dan memberikan peneguhan

            Fasa Tindakan (Perlaksanaan Amalan Berterusan)
4.      Guru menjawap soalan latihan yang terdapat pada buku kerja Matematik Sasbadi
5.      Ketua kumpulan memantau hasil kerja rakan kumpulannya
6.      Guru dan murid membincangkan hasil kerja murid


            Pentaksiran
2.    Pentaksiran berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerja.


LEMBARAN KERJA KUMPULAN
SOALAN
GAMBARAJAH JALUR
PENYELESAIAN
Jalan Umas ialah 560 m  Jalan Brantian ialah 425 m lebih panjang daripada Jalan Umas. Berapakah jumlah jalan-jalan ini?









Hamidah mempunyai reben berukuran 360 cm. Dia memotong reben  ini kepada 4 bahagian yang sama rata. Berapakah panjang setiap reben









Jarak diantara Pekan Tawau dan Pekan Kunak ialah 87m. Jika Amir berulang alik sebanyak 3 kali sehari, berapakah jarak yang dilaluinya?









Aminah mempunyai ukur lilit pingang 48 cm, manakala Azni ialah 32 cm. Berapakah beza  ukur lilit pinggang mereka?