CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 6 Mei 2012

Peranan Guru Dalam Melaksanakan Dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris


KRB 3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU


2.1       PENGENALAN

Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap dan perkembangan. Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang maju tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem pendidikan pada zaman penjajahan ini lebih mengekalkan tumpuan dan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal. Dalam tahun menuju kemerdekaan timbul kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang bertapa pentingnya sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah. Oleh itu langkah-langkah diambil bagi menggubal sistem pendidikan kebangsaan yang sesui untuk negara merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Melihat kepada belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri setiap tahun, pastinya perbelanjaan untuk pendidikan menjadi keutamaan, dan  sering mendapat dana yang besar. Belanjawan bagi pendidikan sering menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat. Yang menjadi persoalan hari ini, sistem pendidikan yang bagaimana yang harus dilaksanakan sebenarnya. Adakah sistem pendidikan yang ada pada hari ini, berjaya atau perlu dirombak secara besar-besaran? Seringkali kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi memperbaiki dan memperhalusi sistem pendidikan negara. Namun, sehingga kini, usaha untuk merealisasikan pandangan-pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya. Beberapa strategi digubal untuk mencapai matlamat dasar pendidikan yang antarnya ialah menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Hubungan antara bahasa dengan sesuatu bangsa memang hal yang penting difahami dengan mendalam agar kewujudan bahasa itu tidak dinilai sekadar sebagai alat komunikasi semata-mata. Apabila bahasa dinilai daripada sudut yang sempit, iaitu sebagai alat komunikasi semata-mata, maka peranan bahasa sebagai roh atau jiwa sesuatu bangsa tidak difahami atau tidak dianggap penting, sehingga orang yang berkaitan dengan pandangan itu tidak menilai pentingnya bahasa milik bangsanya sebagai asas jati diri.


2.2       MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA   
            INGGERIS

Sejak tahun 2003, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan polisi penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik pada hampir semua peringkat persekolahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Pada 25 Januari 2010, satu pekeliling ikhtisas Bil.2/2010 telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd. Dom mengenai perlaksanaan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Antara kandungan surat pekeliling tersebut ialah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan menggantikan dengan dasar MBMMBI.

Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasa MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 setelah mesyuarat memansuhkan PPSMI pada 8 Julai 2009. Selain itu juga penegasan diberikan dalam penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam dari segi penggunaan bahasa pengantar yakni bahasa Melayu dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dari dasar PPSMI ke dasar MBMMBI diberikan secara terperinci.

Menurut kamus dewan edisi ketiga, martabat boleh didefinisikan sebagai kedudukan pada mata masyarakat manakala memartabatkan bermaksud menjadikan sesuatu bermartabat. Kukuh pula menurut kamus dewan ialah teguh (pendirian dan lain-lain) tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dan lain-lain). Manakala memperkukuh boleh ditakrifkan sebagai menjadikan lebih kukuh. ‘Martabat bahasa’ bererti taraf bahasa itu sebagai alat kemajuan bangsa dan negara, iaitu setakat manakah bahasa itu digunakan, bukan sahaja oleh pengguna aslinya, tetapi juga oleh orang lain yang mempunyai bahasa asli (bahasa ibunda’nya) sendiri sebagai alat untuk memajukan dirinya, masyarakat dan negaranya dalam bidang-bidang yang disebut (Sibayan Bonifacio, 1988). Menurut teori atau konsep perancangan bahasa atau ‘language planning’, martabat bahasa atau istilah yang lebih kerap digunakan, ‘taraf bahasa atau language status dapat dirancang melalui pelbagai cara. Cara yang paling biasa digunakan ialah melalui dasar bahasa. Hampir semua negara di dunia ini mempunyai dasar bahasa.


2.2.1    MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu di Malaysia memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ia telah tebukti mampu menjadi bahasa lingua-franca pada masa silam dan berkeupayaan menjadi bahasa ilmu, Sains dan Teknologi pada masa kini dan masa hadapan. Sejak Penyata Razak dan Rahman Talib dirumuskan sehingga ke Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996, ia menjadi wadah penting dalam memperkasa ilmu dan pendidikan dan melahirkan ribuan ahli ekonomi, undang-undang dan para saintis yang menyumbang kearah kemajuan dan pembangunan negara (Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, UIA).

Bahasa Melayu berasa di persimpangan jalan. Dari segi sejarahnya, bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Sebelum merdeka, Malaysa yang ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan (Abdullah Hassan, 1997):

“kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah bahasa peribumi.
                       

Memartabatkan bahasa Melayu meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152, Perlembangaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar
Utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memetik rangkap puisi yang ditulis oleh Nawawee Mohammad dalam majalah pelita bahasa keluaran Ogos 2009,

                                    Bahasa itu umpama jenama,
                                    memaruahkan siapa bangsanya.
                                    Mahal harta mahal lagi bahasa,
                                    tiada nilai membayar harganya.


                                    Sesiapa pun walau apa-apa bangsa,
                                    di sudut mana menghuni dunia,
                                    bahawasanya tetap umpama tunjang,
                                    memartabatkan maruah dan kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memartabatkan bahasa Melayu bertujuan memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujdkan perpaduan dan muhibbah dikalangan rakyat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia (Utusan Malaysia).


2.2.2    MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS

Memperkasakan bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Tujuan utama memperkasa bahasa Inggeris adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing diperingkat nasional dan global.

Sebagai bahasa kedua, bahasa Inggeris adalah satu mata pelajaran wajib diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Walau bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris secara formal diserapkan dalam sukatan pelajaran seawall pendidikan prasekolah. Perkembangan pesat negara kea rah negara maju berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan bahasa Inggeris sangat releven sekirangan kita ingin bersaing di pentas global (Julaihi Bujang,2010)

Dengan kualiti guru yang terlatih, kurikulum yang terkini, makmal bahasa yang bermutu, kaedah penyampaian yang berkesan, pengenalan subjek English Literature, ia boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Disamping melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia.


2.3       PERANAN GURU MENJAYAKAN DASAR MBMMBI

Setiap orang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga sebagai pembimbing dan pembentuk peribadi yang luhur dan unggul. Guru bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu tetapi juga mendidik pelajar supaya mempunyai peribadi yang mulia disamping menjadi penasihat dan pembimbing pelajar mengenai hal-hal bersangkutan dengan sahsiah, nilai budaya dan nilai murni. Cabaran sentiasa ada, perlu dihadapi dan ditangani. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, ‘pendayung tidak dikayuh, masakan perahu akan sampai ke seberang’. Ibarat itu amat sinonim untuk meyelesaikan segala permasalahan baik di sekolah mahupun di rumah ( Sakinah Salleh, Sept. 2010 )

Warga pendidik perlu menghayati elemen penting dalam menjana pertumbuhan pelajar iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru serta pelajar. Kita wajar memberi fokus pada cabaran memartabatkan bahasa Melayu di sekolah kerana tugas mendaulatkan bahasa Melayu bermula di institusi pendidikan khususnya di sekolah. Tugas mendidik pelajar di sekolah rendah dan  sekolah menengah terletak dibahu golongan pendidik. Oleh itu peranan guru di sekolah perlu berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan setiap dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.


2.3.1    DI SEKOLAH

Dalam pengajaran bahasa, terutamanya Bahasa Melayu, perkembangan kognitif kanak-kanak peringkat prasekolah adalah sangat penting. Guru-guru yang berpengalaman seharusnya mengetahui dan memahami tingkat kemahiran bahasa setiap kanak-kanak yang diajar kerana peranan guru sangat penting dalam meningkatkan kemahiran berbahasa melalui pertuturan. Seperti mana yang terkandung dalam strategi kementerian pendidikan iaitu pengukuhan asas berbahasa pradengar, prabunyi, pembaca dan pratulis dalam modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Oleh itu pengajaran bahasa mestilah merentas kurikulum dan dilaksanakan dengan penuh berhemah dan berhikmah.

Kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bukan sahaja dalam mata pelajaran bahasa Melayu tetapi juga mata pelajaran lain seperti Sains, Kajian tempatan, dan sebagainya. Dalam konteks ini, kelemahan yang dikenalpasti ialah aspek fonologi berkaitan dengan penyebutan, seperti penggunaan dialek, manakala morfologi pula mempunyai kaitan dengan penggunaan kosa kata, seperti penggunaan kata yang tidak tepat atau dialek. Sintaksis pula berkaitan dengan penyusunan dan kata dan membina ayat seperti pengaruh dialek dan struktur bahasa lain dalam ayat. Dalam erti kata lain pelajar dan guru mengalami masalah dalam menggunakan bahasa Melayu baku sepenuhnya.

Kesannya pelajar tidak dapat model guru bahasa yang baik kerana pengaruh dialek, dan bahasa tidak rasmi yang terbawa-bawa semasa menyampaikan pengajaran. Selain itu, jika perkara ini berlarutan, ia boleh menyebabkan murid sukar menterjemah dan membina ayat yang sesuai mengikut kehendak soalan dalam peperiksaan awam. Guru sering mencampur adukkan penggunaan bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa Melayu. Pelajar akan keliru dengan situasi ini, lebih-lebih lagi diperingkat sekolah rendah. Peranan guru dalam menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul dan sesuai adalah menjadi tanggungjawab guru. Peranan penting yang perlu diketahui oleh setiap guru juga adalah menguasai cara dan gaya pembelajaran pelajarnya. Cara dan gaya pembelajaran pelajar ketika belajar Bahasa Melayu juga banyak mempengaruhi minat dan kesediaan pelajar belajar. Setiap guru Bahasa Melayu perlu mengetahui dan memahami bahawa setiap pelajar di dalam kelas adalah pelbagai dan mempunyai cara dan gaya belajar yang berbagai-bagai.

Kem Membaca 1 Malaysia merupakan antara program yang dirancang oleh kementerian dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris. Antara pengisian program ini ialah program ‘Read’ 2011 yang serentak dilancarkan diseluruh negara pada 2 November 2011. Objektif program ini ialah memupuk dan menyemai dalam diri setiap pelajar cintakan buku.

Peranan utama yang perlu dikuasai oleh guru-guru dalam dasar ini adalah pengetahuan terhadap isi kandungan setiap subjek yang diajar. Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan yang perlu difokuskan ialah kesediaan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang isi kandungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya. Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi bagi subjek yang mereka ajar. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu subjek yang diajar, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan subjek yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.

            Selain itu setiap guru juga memerlukan pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa. Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.

Setiap guru perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi bagi subjek yang mereka ajar. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu subjek yang diajar, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan subjek yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.


2.3.2    DI LUAR SEKOLAH

Peranan guru dalam ‘Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris” bukan hanya di sekolah, tetapi juga menjadi tanggungjawab guru membimbing pelajar untuk mencapai dasar ini di luar sekolah. Antara aktiviti yang boleh digunakan di luar sekolah ialah penganjuran pertandingan forum dan bahas sama ada forum bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Aktiviti ini bukan sahaja boleh dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran yakni aktiviti ko-kurikulum, tetapi juga boleh dianjurkan peringkat zon, daerah ataupun peringkat negeri. Kefasihan berbahasa pelajar-pelajar tidak hanya dipupuk dan dicungkil melalui pengajaran dan pembelajaran nahu secara formal di sekolah tetapi juga melalui kegiatan tidak formal di luar sekolah

Pendekatan didik libur iaitu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Manakala dari aspek pengajaran bahasa Inggeris Modul Langguage Arts diperkenalkan yang memberi  penekanan tentang aspresiasi bahasa melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan penyediaan bahan batu mengajar. Pendekatan didik libur ini bukan sahaja boleh dijalankan diwaktu persekolahan malah di luar waktu sesi pengajaran dan pembelajaran agar minat dan penglibatan murid sentiasa dipupuk setiap masa.

Di samping itu juga seseorang guru perlu mengetahui tentang ciri-ciri setiap pelajarnya. Guru yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya (Zamri 2011, Wood 2002). Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru bukan fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut.
                 
                Kemampuan pelajar mempelajari setiap subjek yang diajar terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga ada kaitan dengannya dengan tahap sosioemosi pelajar. Dalam hal ini, guru-guru perlu kreatif dalam merancang aktiviti di dalam dan luar sekolah. Guru juga perlu mengambil kira bahawa tahap sosioemosi pelajar boleh mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.


2.3.3    DIKALANGAN MASYARAKAT

Setiap warga pendidik perlu memahami bahawa tanggungjawab atau tugas yang dipikul adalah berat. Oleh itu, mereka harus mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat. Permuafakatan boleh diwujudkan dalam pelbagai bentuk supaya tiada halangan boleh membantutkan mereka menjalankan tugas seharian sebagai pendidik. Oleh itu setiap warga pendidik perlu menyediakan diri dan minda mereka untuk bekerja dalam satu pasukan bukannya bergerak secara individu.

Dalam hal ini pentadbir dan pendidik perlu menggunakan sumber yang ada di sekeliling untuk memartabatkan pendidikan. Sebagai seorang guru yang berusaha membentuk anak didiknya menjadi modal insan yang diinginkan, guru perlu sentiasa berkomunikasi dan berkolaborasi sama ada dengan ibubapa atay  masyarakat setempat untuk mengetahui apa pendekatan yang sesuai yang boleh membantu mereka melaksanakan dasar-dasar pendidikan antaranya dasar MBMMBI.

 
2 .3.4   RAKAN SEJAWAT

Dalam melaksanakan dasar MBMMBI dikalangan rakan sejawat  guru, pelbagai jenis karya sastera bahasa Melayu dan bahasa Inggeris boleh dihasilkan sebagai bahan pembelajaran. Karya-karya ini boleh digunapakai sebagai bahan pembelajaran pelajar  semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Wellek dan Warrem (1988:20-21) menyatakan, bahasa sebagai alat penyampaian sastera mempunyai nilai yang tersendiri berbanding dengan bahasa saintifik dan ucapan sehari-hari. Oleh peranan guru untuk sentiasa menghasilkan bahan-bahan pengajaran yang boleh digunakan bersama-sama untuk kemajuan sekolah khususnya dan pendidikan amnya.

                Peranan guru seterusnya dalam menjayakan dasar tersebut adalah setiap guru harus mempunyai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan, setiap guru sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar subjek yang diajar dalam kelas. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan. Setiap panitia guru harus bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan pedagogi yang bersesuaian di sekolah masing-masing.
                 Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Misalnya sewaktu mengajar, guru perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, adalah penting memperkenalkan perkara yang mudah-mudah kepada kanak-kanak terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak.

Antara peranan lain yang boleh dilakukan oleh rakan sejawat ialah pencerapan. Aspek pencerapan  ini sangat penting dalam memantapkan kemahiran pedagogi seorang guru. Guru-guru boleh sering bertukar peranan contohnya ketua panitia yang mencerap rakan guru opsyennya ataupun pihak pentadbir contohnya guru besar dan penolong kanan yang akan mencerap guru dibawah seliaan dan jagaan mereka. Peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam penggunaan bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu yang berkesan adalah sangat penting bagi menjamin kebolehpasaran murid di masa akan datang

 
2.3.5    PROFESION KEGURUAN

Peranan guru itu seterusnya adalah mempunyai pengetahuan kurikulum. Pengetahuan kurikulum bermaksud guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu memahami, mengetahui dan menguasai bagaimana kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu dibina dan direka bentuk menjadi satu kurikulum yang sesuai untuk tahap kognitif pelajar. Antara elemen dalam pengetahuan kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu ialah kesinambungan kurikulum: Hal ini bermaksud setiap kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dibina perlu saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menengah rendah ada kesinambungan dengan kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menengah atas. Tajuk tatabahasa misalnya, jika di peringkat sekolah rendah, penekanannya diberikan kepada tatabahasa yang mudah, pembinaan ayat-ayat yang mudah, maka sebaliknya di peringkat menengah rendah dan atas, sudah pasti tatabahasa yang digunakan jauh lebih sukar berbanding tatabahasa pelajar sekolah rendah. Begitu juga dengan pembinaan ayat dan sebagainya. Hal ini penting diketahui dan dikuasai setiap guru agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dibuat dapat disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa seperti keperluan kemahiran abad ke-21.

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak mencabar keupayaan dan kebolehan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk mengajar dengan baik dan berkesan. Keadaan ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu bersedia dan lebih terkehadapan dalam banyak perkara agar proses pengajarannya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.

Guru perlu mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa proses pengajaran dan pembelajaran selain mengikuti latihan pedagogi bahasa walaupun bukan bidang mereka. Ia juga boleh dilakukan dengan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk tujuan urusan rasmi tetapi juga aktiviti seharian. Penguatkuasaan boleh dilakukan di sekolah berkenaan penggunaan dialek. Guru juga perlu sentiasa mengambil berat dalam peraturan berbahasa Melayu seperti kesalahan penggunaan ejaan, kata majmuk dan sebagainya. Guru-guru digalakkan menghadiri kursus profesionlisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dar dalam dan luar negara.

Dunia pendidikan dan keguruan menuntut guru agar sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan baharu supaya profesion tersebut tidak tersisih daripada arus perdana. Tanggungjawab berat terpaksa dipikul oleh guru yang juga berhadapan dengan era perubahan yang mencabar dan memerlukan daya kepimpinan dan ketrampilan. Peranan guru sebagai pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran bekesan menuntut agar semua guru memperbaiki diri dan meningkatkan  kualiti melalui pelbagai kaedah antaranya ialah melalui kursus, bengkel, taklimat dan perkongsian ilmu dikalangan rakan guru. Pemantapan kaedah pedagogi merupakan antara latihan yang paling penting untuk semua guru tidak mengira peringkat umur dan pangkat. Setiap guru perlu menanamkan sikap terbuka dan sentiasa berusaha dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Sikap ini harus disertakan dengan semangat yang tinggi agar setiap objektif yang ingin dicapai dalam dalam dasar ini terlaksana.
 
 
PENUTUP

Hasrat murni kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu memperkukuh bahasa Inggeris tidak wajar dijadikan slogan kosong demi memenuhi tuntutan politik semasa dan kemudian dibiarkan mati tanpa kebuluran. Dasar ini penting dari segi pengukuhan jati diri dan identiti nasional dalam negara yang sedang membina gagasan idealnya.

Harus ada kecekalan dan tekad tinggi untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, intelektual dan bahasa tamadun supaya ia mampu membentuk kemajuan Malaysia dalam acuan kita sendiri. Dalam masa yang sama harus dirancang dengan bersungguh-sungguh supaya proses pemerkasaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran secara komprehensif dan bijaksana. Kalau ia berjaya kita memiliki dua kekuatan iaitu tidak meminggirkan bahasa Melayu dan dalam masa yang sama menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk respon kepada cabaran globalisasi kini (Sidek Baba, 2010)

Melihat ke hadapan, dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini.



BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Juliawati Ibrahim. (2006). Gaya pengajaran guru bahasa Daerah Hulu Langat: Satu kajian tinjauan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

Kamus dewan. Edisi ketiga. (2002). Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur

Muhiddin Yusin.(2010). Ucap Utama Kolokium Kebangsaan Memartabatkan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan : Memartabatkan Bahasa Melayu di Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka. UMS Sabah

Pelita Bahasa (Ogos, 2009). Penterjemahan Mengembangkan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Dawana halaman 38, 55

Ong Sze Chong. (2008). Hubungan gaya pembelajaran dengan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik mata pelajaran bahas adalam kalangan pelajar tingkatan 4. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

Sidek Baba. (2010) Kolokium Kebangsaan : Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Intelektual. Universiti Islam Antarabangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka. UMS Sabah

Suria Janib. Pelita Bahasa : Pustaka Bahasa : Cabaran Getir Guru. Jilid 19 Bilangan 11(November ,2007). Selangor

Wellek, Rene dan Austin Warren (1988). Teori Kesusasteraan. Terjemahan Wong seng Tong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar cemerlang. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pelajar cemerlang. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TUGASAN 1

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


Selamat membaca....klik



Integrasi dan Perpaduan Kaum Melalui dasar Pendidikan


HNS2013
KENEGARAAN
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu.
Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut.
Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.


DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002).
           Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62)
           Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).

SEJARAH PENDIDIKAN
Negara Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan tersendiri. Rentetan sejarah yang ada dan perubahan yang berlaku dalam arena politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan pada masa lampau, telah membawa kepada perubahan dalam perlaksanaan dasar dan corak pendidikan negara Malaysia serta menjadi landasan untuk perubahan pada masa akan datang. Berdasarkan kepada perkembangan sejarah yang berlaku, pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan British, semasa kedatangan British dan selepas kemerdekaan.

Sejarah Pendidikan Sebelum Kemerdekaan
Sistem pendidikan  sebelum kemerdekaan lebih bersifat keagamaan iaitu berasaskan sistem pondok atau madrasah. Ianya berkembang pesat sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65). Sekolah jenis ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bermoral tinggi, namun terdapat kelemahan pada perlaksanaannya iaitu tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar disetiap sekolah dan berasaskan kepada identiti kaum masing-masing. Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandrin (Kuo Yu) dan bahasa Tamil untuk Sekolah Tamil. Manakala Sekolah Inggeris hanya ditubuhkan di kawasan bandar yang mana sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65).

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan
Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan mempunyai kurikulum yang berbeza-beza serta lokasi sekolah juga terpisah mengikut kaum masing-masing. Sekolah-sekolah berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu, contohnya Sekolah Cina mendapat bantuan dari golongan peniaga Cina. Disamping itu juga sekolah Cina ini diberi pilihan sama ada mendapat bantuan Negara Cina ataupun bantuan dari kerjaaan tempatan.
Sistem pendidikan pada zaman ini meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan dikalangan semua kaum. Walaubagaimana pun, kependudukan Jepun telah banyak mengubah dan memberi kesan serta menjejaskan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. Sekolah dan kolej terpaksa dibaiki dan diperkemaskan kerana mengalami kerosakan dan siap selepas tahun 1946.


Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan
Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan negara adalah berasaskan kepada laporan yang dikeluarkan iaitu Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Yu (1951) dan diikuti oleh Ordinan Pelajaran pada tahun 1952. Laporan Barnes disediakan bagi mengkaji dan menyiasat kedudukan pendidikan orang-orang Melayu pada masa itu. Antara syor yang diutarakan adalah penubuhan sekolah dwibahasan yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu juga Sekolah Vernakular akan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan. Laporan Fenn-Yu pula bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes kerana dikatakan Laporan Barnes ingin menghapuskan bahasa dan kebudayaan masyarakat Cina.
Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan kemelut tersebut, kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa dan laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Hasrat Ordinan Pelajaran (1952) bagi membentuk satu corak sistem persekolahan yang menghapuskan Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan pada ketika itu. Apa yang jelas ialah sistem pendidikan pada zaman tersebut lebih dipengaruhi oleh corak sosio-ekonomi yang dicetuskan oleh kaum masing-masing. Aspirasi dan fikiran yang berlainan dikalangan masyarakat menyukarkan pencapaian sesuatu matlamat (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 68).

DASAR PENDIDIKAN
Pada zaman penjajahan, sistem pendidikan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Ianya berkembang mengikut identiti, taat setia dan keturunan mereka kepada negara asal. Ini memberi satu tekanan kepada pembangunan rakyat tempatan pada ketika itu. Bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah, beberapa langkah telah diambil dan menggubal satu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap perkembangan. Pembentukan Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama merupakan tahap awal kepada terbentuknya Dasar Pendidikan di negara ini. Parti Perikatan yang mencapai kemenangan dalam pilihanraya pada tahun 1995 di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato’ Tun Abdul Razak Hussien telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan penyata ini termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957). Penyata Razak ini mempunyai tujuan utama iaitu untuk menyatupadukan kaum di Malaysia yang mana pada waktu itu terpisah oleh bahasa dan budaya yang berbeza-beza. Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah :
  •  Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama. 
  • Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. 
  •   Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah dan menengah
  •  Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
  • Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaun dapat dikurangkan. 
  •   Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.

Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum termasuk parti politik kesan daripada Penyata Razak. Orang Melayu tidak berpuas hati dan syahk wasangka terhadap kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Manakala Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahawa kemajuan Sekolah Tamil akan terencat. Akibat terlalu banyak penentangan terhadap Penyata Razak maka satu jawatankuasa pula ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Hasil semakan dan kajian semula yang dijalankan terhadap Laporan Razak, maka terhasillah Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.
Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan menyokong hampir kesemua dasar yang dicadangkan oleh Laporan Razak, dan terhadap beberapa usul tambahan. Dalam mencapai matlamat menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib mengsyorkan supaya pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan secara percuma, dan membolehkan kanak-kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem pendidikan. Semua sekolah yang menerima bantuann kerajaan ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan ini perlbagai kaum dapat memelihara bahasa dan budaya masing-masing.
Manakala untuk mewujudkan dan mengeratkan perpaduan kaum, peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Melalui laporan Razak dan Laporan Rahman Talib ini terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran ini dibentuk bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia melalaui sistem Pendidikan. Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu keseragaman sistem persekolahan, penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan bercorak kebangsaan.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam laporan itu menyatakan tujuan jawatankuasa ini :
            “Mengkaji semula matlamat dan kesannya sisitem pendidikan termasuk kurikulumnya, dalam rangka Dasar Pendidikan Kebangsaan yang wujud, dengan tujuan memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu berdisiplin dan terlatih” (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 100).
Laporan jawatankuasa ini adalah sama seperti laporan-laporan yang terdahulu iaitu untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Menjadikan pendidikan sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan di negara ini. Oleh tiu aspek bahasa telah menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat kerajaan. Dalam laporan ini, matlamat pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat (Mohd Yazid Yusoff et al.,2002: 4-5). Melalui laporan Jawatankuasa Kabinet juga, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1983. Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi dan jasmani (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101).
Menjelang tahun 1995, kerajaan telah meluluskan Akta Pendidikan 1996. Akta ini menggantikan Akta Pendiidkan 1961, tetapi masih menyokong matlamat menyatupadukan kepelbagaian kaum di Malaysia menerusi pendidikan. Akta ini menampilkan beberapa perubahan besar terhadap dasar pendidikan negara dan dianggap sebagai dasar yang sangat liberal. Ia dianggap membayangkan perubahan sikap masyarakat Melayu dan memenuhi beberapa impian masyarakat Cina(Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Akta ini juga memberi penekanan kepada peningkatan pendidikan prasekolah, pendidikan swasta, pendidikan keguruan, pendidikan teknikal dan pendidikan khas. Dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaaan adalah abahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Gurnam Kaur Sidhu et al., 2005: 75).
Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu yang pertama ialah perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Kedua adalah perpaduan rakyat dan yang ketiga pendidikan sepanjang hayat ke arah membina masyarakat yang aman dan makmur. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid tahap 2 di sekolah-sekolah rendah terlibat dan menyertai aktiviti unit beruniform, persatuan dan sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti sebegini boleh memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi.
Perkembangan kurikulum pendidikan juga mengikut arus dan kesesuaian semasa. Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dilaksanakan di prasekolah menggantikan kurikulum lama. Manakala di peringkat sekolah rendah pula, diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mana mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahun 1.
Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari segi rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara (Buku Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011: 2).
Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula daripada saat negara bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari ini. Antara fokus utama dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya jelas menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini. Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak dan keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali berubah, namun ia tidak lari daripada misinya yang asal iaitu membangunkan sesebuah negara di mana rakyatnya berbilang kaum, bersatu padu untuk memacu negara ke arah kegemilangan dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang semakin mencabar.

CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKAN
Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.
Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet.
Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum.
Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana.
Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.
Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasar-dasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

KEBERHASILAN INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
Bidang Pendidikan
Keberhasilan integrasi dan perpaduan dalam bidang pendidikan di Malaysia boleh dinilai dalam beberapa aspek utama iaitu :
1.      Matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
2.      Matlamat mewujudkan sekolah pelbagai kaum
3.      Matlamat menyatukan pelbagai kaum melalui aktiviti ko-kurikulum
Dalam kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, ianya masih lagi belum mencapai matlamat yang diinginkan. Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini kerana mereka bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi kelonggaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan penggunaan Bahasa Melayu. Oleh itu, sehingga sekarang kerajaan melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan masih belum mencapai matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua sekolah di negara ini. Kegagalan kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah merumitkan lagi usaha untuk mencapai integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini adalah kerana, semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini. (Riduan Tee, 2010: 69)
Manakala hasrat dan matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah integrasi iaitu pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah atau beberapa buah sekolah pelbagai kaum dalam satu kawasan juga masih lagi belum dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari masyarakat Cina kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka (Modul Kenegaraan, 2010: 184). Pada masa ini bukan sahaja sekolah rendah dan sekolah menengah berasaskan bangsa dan kaum, tetapi juga pusat-pusat pengajian tinggi tempatan ditubuhkan berasaskan kepada kaum. Dalam konteks pengajian tinggi di Malaysia, terdapat 20 buat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 32 buah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penubuhan IPTS ini ada yang berasaskan kaum dan parti politik seperti penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR). Universiti ini dimiliki oleh Malaysian Chinese Association (MCA) dan hampir seratus peratus (100%) daripada pelajarnya adalah kaum Cina.
Satu kajian yang dijalankan oleh  sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajar mereka yang berbangsa Melayu, Cina dan India mendapati kebanyakkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Para pelajjar masih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam semua hal berbanding bergaul dengan kaum-kaum lain. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus. Polarisasi ini amat membimbangkan dan menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan antara kaum di Malaysia (Riduan Tee, 2010: 74). Daripada hasil kajian ini dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di sekolah yang berasaskan kaum tertentu lebih suka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat pengajian yang mempunyai kaum yang sama dengan kaumnya. Hal ini boleh membantutkan usaha kerajaan mencapai perpaduan di negara ini.
Walau bagaimanapun, usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan menampakkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.
Secara keseluruhannya hasrat dan matlamat kerajaan untuk mengintegrasi dan menyatupadukan kaum melalui dasar pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi belum lagi mencapai matlamat sepenuhnya walaupun terdapat hasil yang boleh dibanggakan. Ini kerana setiap dasar yang dilaksanakan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang tidak melihat dasar pendidikan tersebut dari sudut politik. Mereka sering berprasangka buruk sebelum menilai dan melihat dasar tersebut secara terperinci. Mereka juga sering mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan nasional. Namun demikian usaha kerajaan untuk menyatupadukan pelbagai kaum melalui dasar pendidikan dapat dilihat hasil positifnya dalam bidang ko-kurikulum. Pelajar pelbagai kaum yang terlibat secara aktif akan menjadi lebih matang dan bertoleransi dengan kaum lain hasil daripada kerjasama yang mereka lalui.

Bidang Politik
Dalam bidang politik pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan generasi yang akan memimpin negara menjadi sebuah negara maju dan mempunyai semangat patriotik. Ianya adalah satu penubuhan parti politik yang tidak bersifat perkauman dan ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Sifat perjuangannya pula adalah meletakkan kepentingan umum lebih daripada kepentingan kaumnya sendiri. Namun pada hari ini di Malaysia, kepelbagaian kaum yang ada menyebabkan masyarakat masing-masing menubuhkan persatuan dan parti politik yang berasaskan kepada kaum masing-masing. Contohnya kaum Melayu memperjuangkan hak orang-orang Melayu melalui pasrti United Malaysian National Organisation (UMNO), orang Cina melalui parti Malaysian Chinese Assosiation (MCA), dan kaum India melalui parti Malaysian Indian Congress (MIC). Alasan parti-parti politik ini ditubuhkan mengikut kaum adalah untuk mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum lain. Keadaan ini sebenarnya akan lebih menimbulkan konflik dan pertikaian daripada penyelesaian tentang sesuati isu yang dibangkitkan.
Keadaan politik di negara Malaysia hari ini adalah kerana kegagalan dasar pendidikan yang dilaksanakan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara untuk menghormati dan memahami kaum lain. Hal ini bukan hanya berpunca daripada kelemahan yang terdapat dalam dasar pendidikan tersebut tetapi ianya juga berpunca daripada sikap kaum itu sendiri yang ego dan mementingkan kaum serta gagal untuk menerima perubahan yang terdapat dalam dasar pendidikan. Sebagai contohnya, perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan sekolah integrasi yang ditentang hebat oleh pelbagai kaum tanpa memikirkan kebaikan dan tujuan murni kerajaan untuk melahirkan generasi yang memahami dan peka terhadap kaum lain. Generasi yang ingin dihasilkan melalui dasar pendidikan yang dirancang akan mampu memahami dan menghormati kaum lain dan seterusnya memerintah negara Malaysia dengan adil tanpa menindas dan menafikan hak-hak kaum lain.
Dalam senario politik semasa juga dapat dilihat bahawa krisis nilai, akhlak atau etika di kalangan pemimpin menyumbang  ke arah perpecahan. Dasar pendidikan pada peringkat awal gagal untuk memberikan penekanan kepada peri pentingnya penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia untuk membentuk generasi yang seimbang dari segi luaran dan dalaman. Oleh itu lahirlah generasi pemimpin yang tidak mampu untuk menghadapi tekanan dengan profesional. Maka terbentuklah aliran politik yang negatif iaitu saling mencari keburuk pihak lawan dan bukannya menampilkan kewibawaan diri sendiri. Corak politik yang sebegini akan menyumbang kepada perpecahan dan pertelingkahan dikalangan ahli-ahli politik dan para penyokongnya, seterusnya akan menghalang berlakunya perpaduan kaum di Malaysia. Oleh yang demikian langkah dan tindakan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang seimbang amat tepat. Namun negara masih lagi belum dapat melihat hasilnya pada hari ini.
Politik yang berasaskan kaum ini seringkali menimbulkan ancaman yang besar terhadap kesejahteraan negara. Ianya berlaku apabila ahli politik yang cetek ilmu pengetahuan tentang sejarah di Malaysia mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu dan status kedudukan orang-orang Melayu. Isu-isu ini bagaikan mencurahkan minyak ke dalam bara api. Ia boleh membangkitkan api kemarahan orang-orang Melayu dan boleh mencetuskan pertumpahan darah di negara ini. Oleh itu, mata pelajaran sejarah perlu diajar diperingkat sekolah rendah lagi dan perlu dijadikan mata pelajaran teras supaya isu-isu berkaitan Raja-raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dapat difahami oleh semua kaum di negara ini.
Dalam bidang politik ini, kelemahan dasar pendidikan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara yang bersifat patriotik menyebabkan wujudnya parti-parti politik yang bersifat perkauman. Perjuangan mereka lebih mementingkan pembelaan kaum masing-masing melebihi kepentingan negara. Manakala krisis nilai dan akhlak yang membelenggu personaliti ahli-ahli politik masa kini juga mengakibatkan berlakunya perselisihan kaum yang menyumbang kepada perpecahan.

Bidang Ekonomi
Dasar Pendidikan Negara juga dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang termasuklah bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda perpaduan. Di samping itu juga, melalui pendidikan pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak  matlamat dan hasrat kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi.
            Jurang ekonomi yang besar akan menyukarkan agenda perpaduan dan integrasi kaum. Di negara ini, kaum Cina mendominasi bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan rasa iri hati kaum lain terhadap kaum Cina. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan melalui dasar pendidikan telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang ekonomi. Justeru itu, pada masa kini telah muncul individu-individu daripada pelbagai kaum yang berjaya menyaingi kaum cina dalam bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan. Persaingan yang sihat ini akan mengurangkan rasa cemburu dan iri hati kaum lain terhadap kaum Cina.
            Pada masa kini juga, jenis pekerjaan tidak lagi menggambarkan identiti sesuatu kaum di Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan yang mereka inginkan, sama ada dalam sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Keadaan ini adalah hasil daripada dasar kerajaan yang telah berjaya memberi pendidikan kepada semua kaum. Dalam sektor awam, jawatan guru contohnya, terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya. Melalui percampuran pelbagai kaum dalam bidang yang sama akan memudahkan lagi matlamat kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum di negara ini. Golongan ini lebih mudah memahami dan menghormati budaya dan adat resam kaum lain.
            Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa, dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah berjaya melahirkan golongan yang terpelajar dan berilmu daripada pelbagai kaum. Golongan terpelajar ini telah merubah corak kehidupan dan ekonomi di negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan.

Bidang Sukan dan Kesenian
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga menekankan aspek ko-kurikulum dalam menyatupadukan murid pelbagai kaum. Melalui ko-kurikulum bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui dasar pendidikan inilah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian ditanam dan diperkembangkan.
Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan skuasy,  badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan dasar pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menanam minat terhadap sukan.  Namun begitu, masih ada kelemahan dalam bidang sukan ini. Iaitu masih ada sukan yang dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. Contoh yang jelas adalah sukan bola keranjang dimonopoli oleh kaum berbangsa Cina. Perlawanan bola keranjang peringkat kebangsaan yang disiarkan melalui Astro menunjukkan bahawa hanya kaum Cina yang terlibat, pemain, penonton dan pengadil semuanya berbangsa Cina. Begitu juga  dengan sukan sepak takraw, semua pemain adalah berbangsa Melayu. Oleh itu kerajaan perlu berusaha supaya sukan-sukan sebegini diminati oleh semua golongan dan kaum.
Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya meminati seni dari peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis  dan sebagainya. Insan-insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan membantu membuka minda individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan prasangka baik di kalangan penonton.
Hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan kaum dalam bidang sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya. Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih ghairah memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 utnuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.



Bidang Sosial
Dalam bidang sosial, melalui dasar pendidikan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. Perpaduan dari sudut sosial ini ialah penyatuan kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dengan latar belakang kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza hidup bersama dan slain bertolak ansur utnuk kepentingan dan faedah bersama. Melalui pendidikan, kerajaan menekankan peri pentingnya mempelajari sejarah, kebudayaan dan kepercayaan kaum lain serta menghormatinya. Pengetahuan amat bernilai supaya tidak berlaku kejutan budaya apabila berlakunya pertembungan di antara kaum dan etnik yang berlainan.
            Perpaduan dan integrasi sosial pada hari ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat negara ini yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan luar Bandar. Kawasan taman perumahan contohnya, pelbagai kaum tinggal berjiran, mereka saling bekerjasama untuk menjaga keharmonian kawasan mereka. Manakala pelbagai aktiviti-aktiviti dirancang dan dilaksanakan bersama. Persatuan Rukun Tetangga yang ditubuhkan diharap oleh ahli-ahli pelbagai kaum untuk menjaga keamanan dan keselamatan kawasan tempat tinggal mereka.
Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui perkahwinan. Pada masa kini perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi menjadi perkara baru bahkan kebanyakkannya direstui oelh keluarga kedua-dua pihak. Senario ini banyak berlaku di negeri Sabah yang mana bilangan etniknya berjumlah 42 etnik. Jika pada suatu masa dahulu perkahwinan sebegini boleh menimbulkan persengketaan antara kedua-dua etnik, tetapi pada masa kini ianya sudah menjadi kebiasaan hasil daripada sifat tolak ansur dan menghormati antara satu sama lain. Melalui pendidikan juga, pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia mula difahami dan diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum. Sebagai contoh, budaya bertukar-tukar makanan di kalangan jiran, sambutan perayaan bersama-sama, pemberian duit raya dan sebagainya
Walaupun begitu dari bidang sosial ini, masih lagi berlaku pertelingkahan dan pergaduhan yang menumpahkan darah akibat berlaku pertembungan antara dua atau lebih kaum yang berbeza adat dan budaya. Namun seringkali berita-berita sebegini tidak disiarkan di media massa untuk mengelakkan perbalahan antara kaum menjadi lebih buruk. Faktor utama yang mencetuskan perkara ini ialah faktor sikap dan mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan bersama. Oleh itu dasar kerajaan melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat tepat iaitu menerap nilai-nilai murni seawal usia lagi.

Penutup
Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut.  Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah  menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.



RUJUKAN
Buku Panduan Perlaksanaan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S).(2011). Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia ISBN 978-983-3444-32-8

 Gurnam Kaur Sidhu, Gurcharan Singh Sandhu, Kamaruzaman Moidunny dan Ranjit Kaur Sidhu.(2005). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Kompetensi Umum (Teras dan Profesional). Selangor : Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd.

Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti.

Kamus Dewan Edisi Ke – 3.(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul HNS2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak Jauh.(2011). Unit 10 Isu-isu Dan Cabaran    
Negara. Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris.

Mohamad Rodzi Abd Razak, . (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia : Peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. pp. 90-106. ISSN 2180-0251

Mohd Yazid Yusoof , MOhd Noor Mohd Zain dan Idris Omar. (2002). Kertas Kerja : Persamaan  dan Perbezaan Akta Pelajaran Dengan Akta Pendidikan 1996  melalui         http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0125&pub=DuniaPendidikan &sec=Kertas_Kerja&pg=kk_01.htm              

 Mohd Ridhuan Tee Abdullah.(2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia :  perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61-84. ISSN 1985-6830

Muslim, Nazri and Alias, Jamsari. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

Omar, Rusdi dan  Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010). Dasar luar Malaysia era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. In: Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts, Universiti Utara Malaysia , Sintok , pp. 173-194. ISBN 978-983-44865-3-2

Dasar Pendidikan Kebangsaan  melalui http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN.pdf