CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 21 November 2014

Mengkaji Tropisme Dalam Tumbuhan



TAJUK
-       Mengkaji Tropisme Dalam Tumbuhan

OBJEKTIF KAJIAN
1.    Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan cahaya matahari (fototropisme)
2.    Mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan graviti (gravitropisme)

HIPOTESIS
1.    Gerak balas akar tumbuhan terhadap rangsangan tarikan graviti
2.    Gerak balas pucuk tumbuhan terhadap ransangan cahaya matahari


ALAT RADAS DAN BAHAN
1.      Fototropisme
-          Bekas
-          Kacang hijau
-          Air
-          Kotak
-          Kapas
-          Bekas penutup tin

KAEDAH

1.        Anak-anak benih kacang hijau direndam seketika.
2.        Anak-anak benih kacang hijau dicambahkan di dalam 3 bekas plastik yang disediakan sehingga 2 – 3 cm panjang
3.        Bekas A adalah sebagai bekas kawalan bagi kajian terhadap gerakbalas terhadap rangsangan
4.        Bekas B akan dimasukkan ke dalam kotak yang mempunyai lubang
5.        Bekas B disediakan bagi melihat gerak balas pucuk terhadap cahaya matahari.
6.        Bekas C yang mempunyai biji kacang hijau yang bercambah akan dicondongkan.
7.        Bekas C disediakan bagi melihat gerak balas tumbuhan terhadap graviti.
8.        Anak benih disiram dan dibiarkan selama beberapa hari.
9.        Pemerhatian dilakukan setiap hari dan direkodkan dalam jadual.


BAHAN
KEPUTUSAN
,Bekas A
-        Akar bergerak ke bawah
-       Pucuk bergerak lurus ke atas
Bekas B
-       Pucuk anak benih dalam kotak didapati membengkok ke arah lubang kecil
-       Ini menunjukkkan bahawa pucuk anak benih telah menunjukkan fototropisme positif.
Bekas c
-       Pucuk tetap menghala ke atas walaupun bekas dicondongkan.
-       Eksperimen ini juga menunjukkan gerak balas akar terhadap air lebih kuat daripada gerak balas terhadap graviti
Jadual 4.1 Pemerhatian terhadap perubahan benih kacang hijau

PERBINCANGAN

1.    Pembolehubah yang ditetapkan adalah jenis biji benih dan kehadiran air. Manakala pembolehubah dimanipulasi dalam eksperimen yang dijalankan ilah kehadiran cahaya matahari dan tarikan graviti.

2.    Eksperimen kawalan yang digunakan di dalam kajian ini ialah biarkan satu lagi bahagian kacang dalam keadaan tumbuh secara normal tanpa sebarang rangsangan gerak balas. Dalam eksperimen ini saya menggunakan bekas A sebagai eksperimen kawalan

3.    Pembengkokan pucuk ke arah cahaya adalah disebabkan berkaitan dengan hormon auksin. Tumbuhan melakukan gerak balas tropisme dengan mengeluarkan horman. Hormon tumbuhan merupakan bahan organik  yang menggalakkan pertumbuhan atau menjalankan fungsi fsiologi lain dalam tumbuahan. Auksin ialah hormon yang memainkan peranan penting dalam fototropisme dan gravitropisme. Auksin bertanggungjawab terhadap pemanjangan sel. Peranan hormon auksin dalam fototropisme bagi pucuk ialah hujung pucuk tumbuhan hijau menghasikan auksin dan apabila cahaya dibekalkan dari satu arah, lebih banyak auksin akan berkumpul di bahagian pucuk yang tidak menerima cahaya. Akibatnya, sel-sel yang terdapat di bahagian yang mempunyai banyak hormon auksin akan memanjang lebih cepat daripada se-sel yang terdedah kepada cahaya. Pergerakan auksin adalah secara lateral lalu terkumpul di hujung koleoptil yang tidak disinari cahaya diikuti gerakan berpolar ke arah pangkal pucuk yang mana menyebabkan pemanjangan lebih cepat berlaku. Oleh yang demikian, koleoptil kacang membengkok ke arah cahaya.

4.    Manakala pembengkokan akar kepada air pula adalah disebabkan oleh terdapatnya hormon auksin pada koleoriza yakni hujung akar. Apabila cahaya dibekalkan dari satu arah, lebih banyak auksin akan dikumpul dibahagian akar yang tidak menerima


KESIMPULAN DAN CADANGAN

Gerakan bahagian-bahagian tumbuhan dipengaruhi oleh rangsangan-rangsangan seperti cahaya, graviti, air, bahan kimia dan benda luar yang bersentuhan dengan tumbuhan. Gerakan tumbuhan mana-mana bahagian pokok terhadap sesuatu rangsangan dikenali sebagai gerakan tropik atau gerak balas tropisme.

Dalam eksperimen yang dijalankan jelas menunjukkan adanya rangsangan tropisme dalam tumbuhan apabila anak benih kacang hijau yang dicambahkan bertindak balas dengan cahaya matahari sebagai fototropisme dan bertindak balas terhadap graviti atau gravitropisme.

0 ulasan: