CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 21 November 2014

Mengkaji Ptoses Osmosis



TAJUK
-          Mengkaji Proses Osmosis

OBJEKTIF KAJIAN
-         Menentukan arah gerakan molekul air merentasi membran telur.

HIPOTESIS
Telur yang tidak direndam dengan cuka tidak akan mengalami osmosis kerana adanya kulit luar telur yang menghalang proses osmosis berlaku manakala telur yang telah direndam dengan cuka akan mengalami osmosis kerana kulit telur bereraksi dengan gula.


ALAT RADAS DAN BAHAN
1.      Bekas
2.      Sebiji  telur
3.      Cuka
4.      Gula
5.      Air
6.      Pita ukur
7.      Penimbang

                                                          KAEDAH
1.    Berat dan ukur lilit telur direkod.
2.    Telur direndam ke dalam sebuah bekas yang mengandungi cuka selama 24 jam Cuka yang baru digantikan sekiranya kulit telur belum tertanggal sepenuhnya dalam masa 24 jam.
3.    Telur dikendalikan dengan berhati-hati kerana membran telur mudah pecah.
4.    Membran  telur dibilas perlahan-lahan menggunakan air.
5.    Membran telur kemudian di masukkan ke dalam bekas yang mengandungi gua selama 1 hari.
6.    Pemerhatian dicatatkan (Rujuk laporan pemerhatian)
7.    Membran telur kemudian dibilas dan dimasukkkan semula ke dalam bekas yang mengandungi air.
8.    Pemerhatian dicatatkan selepas 1 hari.


Rajah 1.2  Tindak balas telur terhadap larutan cuka

Pemerhatian :  
1.    Apabila telur dimasukkan ke dalam larutan cuka, jelas menunjukkan gelembung-gelumbung udara pada permukaan kulit telur.
2.    Kulit telur kelihatan terhakis.


Pemerhatian :  
1.    Apabila telur dimasukkan ke dalam larutan cuka selama 1 hari, keseluruhan kulit telur telah hilang dan meninggalkan membran telur
2.    Keadaan telur pejal dan kunit telur telahpun bersatu dengan putih telur.


 
Pemerhatian :  
1.    Apabila telur dimasukkan ke dalam gula, tindak balas yang diperhatikan ialah gula mencair.
2.    Membran telur mengecut dan warna coklat oren kelihatan.



Pemerhatian :  
1.    Apabila telur dimasukkan ke dalam larutan air, membran telur kembali tegang.
2.    Warna oren kekuningan kelihatan.
3.    Berat akhir dan ukur lilit direkodkan

KEPUTUSAN
BAHAN
PEMERHATIAN
Tiada
-       Bercengkerang
Cuka
-       Gelembung-gelembung udara mengelilingi telur
-       Telur terapung
-       Lapisan cengkerang menipis dan beransur hilang
Gula
-       Separuh dari gula bertukar menjadi cecair
-       Membran telur mengecut
-       Lembut
Air
-       Terdapat gelembung-gelembung halus
-       Berat dan saiz bertambah
-       Kenyal

KEPUTUSAN
SEBELUM
SELEPAS
Jisim
60 g
75 g
Ukur Lilit
14.7 cm
15.5 cm
Keadaan Kulit
Keras, sempurna
Lembut,
Warna
Coklat
Kuning telur
                                                               
Jadual 1.1 Perubahan awal dan akhir telur

PERBINCANGAN
1.    Cuka merupakan bahan kimia yang disebut sebagai asid asetik. Kulit telur pula mengandungi kalsium karbonat. Apabila kalsium karbonat bertindak balas dengan cuka, karbon dioksida akan terbentuk (gelembung buih dalam larutan dan permukaan telur).

2.    Apabila telur dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi gula, molekul air daripada telur akan bergerak kepada larutan gula. Larutan gula akan cair dan membran telur akan mengecut. Molekul air daripada telur bergerak masuk ke dalam telur secara osmosis. Semua proses ini menerangkan proses osmosis. Osmosis merupakan pergerakan molekul air melalui membran spra telap ke kawasan pelarut berkepekatan tinggi (kepekatan air rendah) dari kawasan pelarut berkepekatan rendah (kepekatan air tinggi). Pergerakan molekul air ini akan berterusan sehingga kedua-dua kawasan mencapai keseimbangan.

3.    Molekul air yang kecil dan berkepekatan tinggi dapat merentasi membran telur. Kalsium karbonat mempunyai liang seni membolehkan molekul kecil seperti air bergerak melaluinya. Telur akan menegang semula dan kenyal. Berat telur juga bertambah.



KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pergerakan air ke dalam dan ke luar sel dikenali sebagai osmosis. Proses ini boleh menyebabkan sel membengkak atau mengecut bergantung kepada jumlah air di sekeliling sel. Molekul air bergerak daripada kawasan yang mempunyai molekul air yang lebih sedikit sehingga keseimbangan (equilibrium) tercapai. Kadar osmosis dipengaruhi oleh kuantiti bahan larut, kelajuan pergerakan dan ruang rongga permukaan membran yang terbuka. Tekanan osmosis wujud daripada bahan yang larut di dalam sebatian atau larutan.
Begitu juga proses yang berlaku ke atas telur apabila diletakkan ke dalam gula, air berpindah keluar dari telur dan mengurangkan berat sedia ada telur. Namun, apabila telur dimasukkkan ke dalam larutan air, perkara sebaliknya berlaku. Oleh yang demikian objektif kajian ke atas telur bagi mengkaji arah pergerakan molekul air merentasi membran telur tercapai.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tau mengapa gula mencair apabila telur dimasukkan ke dalam gula?