TAJUK
- Mengkaji Pertumbuhan dan Perkembangan Haiwan
OBJEKTIF KAJIAN
- Memerhati dan membuat analisa pertumbuhan dan
perubahan morfologi haiwan.
HIPOTESIS
- Kitar hidup bagi katak bermula daripada
peringkat telur sehingga peringkat dewasa
ALAT RADAS DAN BAHAN
- Bekas
- Air
- Telur katak
-
Jadual pemerhatian
KAEDAH
1.
Telur katak
diambil.
2.
Telur
diletakkan dikawasan yang sesuai bagi melihat perkembangannya.
3.
Pemerhatian
direkodkan bagi melihat perubahan morfologi haiwan kajian dari masa ke semasa.
4.
Kesimpulan
dibuat dan direkodkan.
KEPUTUSAN
MINGGU
|
PEMERHATIAN
|
|
Minggu 1
Peringkat Telur
|
-
Mendapatkan
sampel telur katak
-
Katak
bertelur dalam kuantiti yang banyak
-
Ini adalah
semula jadi untuk kemandirian hidup spesisnya
-
Telur masih
berkumpul dengan yang lain dan dilindungi oleh selaput jeli atau agar-agar
-
Sel telur
akan membahagi. Selakan membentuk organ dan insang
|
|
Minggu 3
Peringkat Berudu
|
-
Selepas 21 hari ia akan
bertukar menjadi berudu dan akan meninggalkan cengkerang agar-agarnya
-
Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air.
-
Ia akan
makan tumbuhan kecil.
-
Berudu
mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air
|
|
Minggu 5
Peringkat Berubah
|
-
Berudu mula
berubah.
-
Kaki
belakang mula terbentuk dan diikuti kaki hadapan
-
Kaki
hadapan terbentuk dibahagian belakang kepala yang bonjol.
-
Ekor mula
mengecil
-
Paru-paru
mula berkembang dan membolehkan katak dihdup di permukaan air
|
|
Minggu 7
Hampir menjadi katak
|
-
Berudu akan
mula kelihatan seperti katak.
-
Mulutnya
mula melebar dan rahangnya mula hilang.
-
Ekor
mengecil dan kaki membesar
-
Fungsi
paru-paru semakin kuat
|
|
Minggu 10
|
-
Ia akan
berkembang dengan lengkap.
-
Ekor telah
hilang mula keluar dari air.
-
Banyak
menghabiskan masa di permukaan bekas dan memakan berudu yang lebih kecil.
-
Katak akan
menjadi dewasa dan dibebaskan agar dapat mencari makanan sendiri.
|
Jadul 3.1
Perubahan Morfologi Katak
PERBINCANGAN
1.
Pada
awalnya, katak betina dewasa akan bertelur, kemudian telur tersebut akan
menetas setelah 10 hari. Setelah menetas, telur katak tersebut menetas menjadi
Berudu.berudu hidup di air Setelah berumur 2 hari, Berudu mempunyai insang luar
yang berbulu untuk bernapas. Setelah berumur 3 minggu insang berudu akan
tertutup oleh kulit. Menjelang umur 8 minggu, kaki belakang berudu akan
terbentuk kemudian membesar ketika kaki depan mulai muncul. Umur 12 minggu,
kaki depannya mulai berbentuk, ingsang tak berfungsi lagi ekornya menjadi pendek
serta bernapas dengan paru-paru.maka bentuk dari muka akan lebih jelas Setelah
pertumbuhan anggota badannya sempurna, katak tersebut akan berubah menjadi
katak dewasa dan kembali berkembang biak. Katak
bertelur di dalam air. Telur bertelur dalam kuantiti yang
banyak. Telur katak akan dilindungi oleh selaput jeli atau agar-agar.
Walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak tidak semua telur akan menetas
kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini. Selepas 3 minggu tempoh
perkembangan. Ia akan bertukar menjadi berudu. Berudu akan membesar
sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3
minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang dipanggil alga. Berudu
mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Selepas 5 minggu, berudu
mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki
hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang
bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk
membolehkan katak hidup di darat. Lama–kelamaan, berudu akan mula kelihatan
seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan
rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru–paru semakin
menjalankan fungsinya. Selepas 10 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap,
katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari
air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam
air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Katak
kecil ini akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina
akan bertelur dan proses ini berulang kembali.
2. Katak
mengalami metamorfosis sempurna. Ini kerana metamorfosis sempurna memperlihatkan bentuk tubuh selalu berbeza
pada setiap tahap. Contoh haiwan lain yang bermetamorfosis sempurna adalah kupu-kupu.
Metamorfosis
adalah suatu perubahan individu mahluk hidup dari telur sampai menjadi dewasa
yang sempurna dengan mengalami perubahan bentuk morfologi dan anatomi. Metamorfosis tidak sempurna
adalah metamorfosis yang melalui tahap telur yang menetas menjadi limfa,
kemudian tumbuh dan berkembang menjadi imago (dewasa) contohnya seperti
belalang dan cengkerik
3.
Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan katak sama ada dipengaruhi oleh
faktor dalaman mahupun luaran. Faktor luaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perubahan morfologi katak ialah persekitaran, makanan dan air. Manakala dalaman
pula dipengaruhi oleh gen dan hormon. Gen adalah penentu semua tuktur dan
fungsi yang berkaitan dengan bentuk tubuh, warna kulit, pertumbuhan dan
perkembangan manakala hormon pula merangsang pertumbuhan katak bermula proses
metamorfosis. Perubahan ini meliputi berkurangnya ekor dan perubahan insang dalam dan
berubahnya struktur kulit.
Enzim
yang terdapat pada hati juga mengalami perubahan, hal ini disebabkan adanya
perubahan habitat. Berudu bersifat ammonotelik yaitu mensekresikan amonia,
sedangkan katak dewasa bersifat ureotelic yaitu mensekresikan urea. Semasa metamorfosis,
hati mensintesis enzim untuk siklus urea agar dapat membentuk atau menghasilkan
urea dari CO2 dan amonia.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kitar hidup haiwan merupakan unit
masa biologi yang menunjukkan perkembangan yang berlaku pada telur binatang
betina pada sperma jantan yang mewujudkan perubahan. Kitar hidup haiwan
merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang berlaku
sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu daripada baru lahir,
telur, dan membesar. Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa
kitar hidup katak terdiri daripada telur berudu, anak katak dan katak. Pada
setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang berlainan
dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku. Ada juga binatang tertentu
yang berbeza bentuk dan warna semasa kecil dan ada yang hanya berubah daripada
segi saiz. Namun apa yang dapat dipastikan ialah walaupun
semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing tetapi ia
tidak sama antara satu sama lain.
RUJUKAN
Chang S.L et al.(2011). Buku Teks Sains
Tingkatan 1. Shah Alam : Karangkraf Network Sdn.
Bhd
Che Ahamad D. et al.(2012). Buku Teks Sains
Tingkatan 2. Kuching: E-Mal Distributors
Fatimah M. et al.(2012). Modul
Pendidikan Jarak Jauh UPSI: TRB 3013 Pengantar Biologi.
Tanjung Malim
: Universiti Perguruan Sultan Idris.
Gan W.Y, Manoharan S. Azmah R.(2011).
Buku Teks Biologi Tingkatan 4. Petaling
Jaya :
Bakaprep
Sdn.Bhd
Tho L.H, Hasnah A.S..(2012). Buku Teks Sais Tingkatan 3. Petaling
Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd
Wong T.Z, Teh L.H, Hasimah A.(2012). Buku Teks Tingkatan 5. Johor Bahru : IMS
Book
Trading Sdn.
Bhd
Ricki Lewis.(1998). Life Third Editions. United States :
McGraw-Hill Companies
0 ulasan:
Catat Ulasan