CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 25 Februari 2012

Mesyuarat D Hotel Bah...wawwawa

Lama sudah mau masukkan n3 ni....tapi x sempat2......kojer makin berlambak2.......kertas main minta di tanda, laporan x siap2........lagipun ..........bila dah tertunggak.......mesti payah mau disiapkan.....kan cigu-cigu........

Tahun ni.....mesyuarat agung Kelab Warga Sekolah kali di hotel baik punya.....kuikui..............Hotel Shervinton , Tawau.........(tul ka ejaan ni).........biasanya buat akhir tahun. Kali nie buat awal tahun.......coz mungkin akhir tahun dah ramai yang gi bercuti dan balik kampung halaman.....

Mesyuarat didahului dengan bacaan doa oleh Sheikh Mohd Nasuha......agenda tentunya banyak agenda yang akan diperkatakan......antaranya pembubaran ajk KWS........



 
Walaunagaimanapun......AJK KWS dikekalkan atas permintaan Guru Besar dan dipersetujui ramai.........sambung perkhidmatan la nampaknya ya..... sambil2 dengar mensyuarat perut pun berbunyi-bunyi.....terbayang pizza di hadapan mata.........hahahahah


tapi yang keliru tu apasal ada RPT MATH tahun 6 ni ........sendiri mau ingat..............sambil menyelam cari mutiara.......sambil mesyuarat buat RPH.........tapi tu hari Isnin ya....sebab mesyuarat hari sabtu.........aaaaaaaa

 
Asyik betul kakak berdua ni, lantik jangan tak lantik...........dengar jangan tak dengar nanti salah plak...


jangan lupa berposing.........sambil menunggu makanan




uiiii.........senyum s/u ka nie






senyummmmmmmmmm


Jumaat, 24 Februari 2012

ROTI CANAI.....



Aktiviti mingguan bersama anak-anak ialah menebar roti canai...... budak-budak ni apa lagi bila Umminya yang agak-agak rajin ( ....   :o malas la tu... ) ni mula membongkar dapur....... mula la mnegucapkan ribuan terima kasih mereka.......seperti biasa...".terima kasih Ummi kerana buatkan kami roti canai" .......... hihihihihi



Tak sempat-sempat lagi mereka.....dah habis.....terpaksa lah penebar ni mempercepatkan tebarannya dan meletakkan di atas kuali leper ini......

Bila dah masak ni la rupa ala-ala kadar roti canai.......rupa x penting yang boleh dimakan...... apa pun kena dimurnikan lagi........tapi bila kerajinan ni akan datang...bila lagi kertas-kertas mula meminta belas untuk diconteng, pen minta dipegang, data-data minta di jenguk2 .....wawawawa...... Tabahlah menjalani semua ujian Allah yang hanya sedikit untuk ujian di dunia......dan banyakkan lah kerja kepada Allah untuk akhirat ........nasihat untuk diri dan yang sama dengannya.... :)


Selasa, 21 Februari 2012

oH bREAd mAKER

Hureeyyyy..... syukur alhamdulillah.....akhirnya berguna juga bread maker yang ku idam-idamkan ni. Walaupun hanya berjenama Empress keluaran Cosway tapi berbaloi untuk kegunaan aku dan keluarga. Lamah sudah dikumpul kupon, mana tau mau beli barang kat cosway.....akhirnya Cosway mengeluarkan bread maker yang boleh ditukar dengan kupon.....berbaloi berkat mengumpul kupon hasil berbelanja di Cosway.




Ini lah percubaan pertama membuat roti.......sungguh berjaya, hanya masukkan sahaja sukatan yang diarahkan......tunggu beberapa jam....hasilnya !!!!!! wah tinggal tunggu makan, x la memerlukan kerahan tenaga menguli doh.............heheheheh (gaya malas la tu)


hihihi... jangan pandang latar, pandang roti jak ya...hahahha
Roti coklat manis kat atas ni la antara resepi yang terkandung dalam buku panduan bread maker tu.....tak sabar2 anak-anak untuk makan.......... "terima kasih umi kerana buatkan kami roti" kata kakak..... terharu umi .... :(


roti bentuk suka hati kiukiuii


roti yang menggunakan program basic........
Apa pun tersangat gembira, terima kasih buat anak dan suami........ sayang kamu...

CUPCAKE @ MUFFIN HANAN

Assalamualaikum....pagi ahad yang mendung....kena pulak selesema ngan batuk ala2 sederhana. Boleh kah batuk sederhana? hihihih kira baru nak stat la tu x teruk sangat lagi...Anggap ja ujian Allah dibulan posa bagi menghapuskan dosa yang ditambah dalam sedar dan tidak sedar...almaklumla kita ni manusia biasa tidak lepas dari melakukan kesilapan...semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba2Nya...amin Ya Rabb....
Masa birthday Hanan, nak belajar buat muffin....so memborong la bahan2 dekat Home Bakery Studio....nak cari cup yang kecil supaya nampak cumil macam Hanan.....hihihihi....so ambil acuan cupcake. Sebab tu nama kek cumil ni ada dua. sekejap cupcake...kejap lagi nama dia jadi muffin....suka hati ja Turi menukar nama....minta maaf kat korang yeee..... Turi ni bukan pandai masak pun, ditambah dengan kesibukan bekerja dan sukar nak cari bahan dalam resepi tu....huhuhu huruf "M"pun makin membesar.....tapi tu bukan asalan kan...harap2 ni la titik tolak menjadi rajin.



Ni pun berkat selalu jenguk2 kat blog2 yang fuyoooo....sedap giler menu....Azlita MasamManis, HaSue, Izzah Muffin.............makin bekobar2 la......tima kasih la sifu2 semua.....Bila nampak jak makanan sedap tambah pulak ngan gambar yang kreatif..........cair la mata Turi..........Tahniah atas ketekunan kalian.........


Apa pun yang paling penting anak2 gembira melihat cupcake muffin ni........terima kasih yang tak terhingga diucap berulang2 oleh si Kakak Husna........almaklum jarang2 uminya dapat menghasilkan kuih muih ni.........yang penting anak2 gembira dah memadai kan.......




Untuk resepi ni tak letak la list bahan2....sebab pakar macam Izzah nanti marah sebab Turi beli yang dah tepung mix tinggal tambah ngan telur, minyak jagung, susu segar dan telur. Gaul bahan siap untuk masukkan dalam cup dan mula la bakor. Bila dah siap hias la ngan benda2 yang comel untuk kanak2....
Hanan gembira, Husna gembira, Umi pun gembira...Umi akan berusaha untuk membelajari lebih banyak resepi






Isnin, 20 Februari 2012

KUIH BRONGGKO

KUIH BRONGGKO 
 
Kitorang rancang buat jamuan dekat sekolah,  Best la jugak, masing-masing bawa bekal masing, menu masing-masing.

Ni la antara resepi permintaan seorang rakan dari Kelantan minta buat kuih bronggko. Dia asal kelantan sama macam Somi Turi......Ni antara kuih kegemarannya bila dah mengajar di Sabah.



Ni la rupa sebenar kuih ni. Resepi sebenarnya dari pisang. Pisang yang paling sesuai ialah pisang goreng, tapi bukan yang pisang dah goreng ya jangan silap pula. Orang luar panggil pisang kebatu. Tapi pisang ni bukan banyak batu pun. Tak susah pun kena buat, yang penting ada bahan dan rajin...... Turi pun belajar benda ni dari nenek Turi. Dia suka betul buat bila dah ada pisang yang dah tak boleh nak di goreng tu. nenek pun buat la bronggko. Cucu nya ni tukang makan.....hahahahah


Jom kita layan kaedah menyediakan kuih tradisi ni....

Bahan :
2 Sikat pisang
2 biji kelapa, ambil santan (santan dah siap pun ok gak)
Gula
Telur
Daun pisang secukupnya (layukan dahulu)

Kaedah :
1. Sediakan daun yg sudah dilayukan.
2.  Buangkan biji  pisang tu ( Bukan biji apa entah yg d tengah tu)
3. Bland la pisang, santan,  gula , telur 
     (gula n santan tu biar lemak dan ikut citarasa manis masing2)
4. Masukkan dalam daun dan kukus sehingga masak.
Posted by Picasa

cuti OH cuti...

Percutian yang pertama kami bersama-sama anak-anak, walaupun perjalanan jauh dan ditemani sang hujan....berbaloi la jugak demi menggembirakan anak-anak. 

Kemana tu tidak penting......round sandakan ja.......bersama Che Azmah n suami Hasbullah (kira bulan madu la korang ni) serta Fadli dan isteri yang sedang mengandung anak pertama. Kira kami ni jak bawa 3 orang anak......kacau daun betul kan. Sorang lagi pasangan tak dapat join last-last minit.....coz isteri yang sedang mengandung anak ketiga sakit plak......emmmm.....maka dijadikan cerita jadilah 3 buah keluarga...

Perjalanan ke Lahad Datu  memakan masa 2 hingga 2 setengah jam bergantung kepada pemanduan .....maka perjalanan budak-budak ni diisi dengan bermain  dalam kereta.....







Perjalanan ke Sandakan dari Lahad Datu pulak uiii jauh tu.....2 - 3 jam jugak. Dah la jalan banyak yang rosak...so Encik Somi, Encik Fadli, dan Encik Bullah  terpaksa kena bersabar la ya memandu kereta.........

Persinggahan kitaorang..... pertama sekali tentunya mencari tempat berteduh......tak sempat la pulak nak ambil gambar kerana ponat ..... agak sempit la tu yang beranak pinak macam Puan Kasturi ni....so kena tukar bilik yang besar sikit.....boleh jugak la budak-budak tu ada ruang bermain.....

Petang tak tau mau p mana, last-last g rumah kak Aisyah yang khabarnya sedang menghidapi kanser usus tahap ketiga....emmmmm.....Moga Allah menyembuhkan sakit yang dideritaiiii




Walaupun sakit masih terasa, mana taknya baru sahaja selesai menjalani chemotraphy kali pertama......namun masih mampu tersenyum dan melayan mesra kami yang bertandang.....tak sangka la jugak, sebab kakak ni rajin bersukan......tapi ujian Allah diberi kepada siapa2 sahaja yang dikehendaki.....Moga Allah mempermudahkan ujiannya dan menambahkan iman dan takwa serta menyembuhkannya.... amin Ya Rabb.....


Kak Aisyah berjaket merah....




















Kalau orang gi Sandakan mesti melawat tempat ni punya ........so kami pun mengisi percutian dengan melawat ke Sandakan Crocodile Adventure Land....masuk bayar RM7 (dewasa), kanak-kanak tak ingat  pulak RM4 kot.... banyak juga binatang yang menarik......sapa paling gembira tentunya c Kakak dan adik2nya......almaklum tak pernah lihat binatang2 ni betul2 depan mata......so keriuhan yang amat susah untuk dikawal ....... banyak la insiden......

Joooom lummmmmmmbaaaaa






ikan keli
c Tako



Tidak sah kalu gi sandakan tapi tak gi Sepilok...... tapi wwaaaaa kecian ngan budak2 ni x berkesempatan melihat Orang Utan..... kelewatan la pulak.... nampak gambar pun jadi la...... pasti memanjang langkah ke entah apa dah namanya tu

 






Menuju HornBill Tower, Sandakan
isi perut setelah penat dari Sandakan ke Lahad Datu





hureeeeyyyyyy  di Pantai Felda Sahabat, Lahad Datu


mana kereta Uncle Bullah nie......
Pemandangan terakhir percutian di Bumi Allah