TAJUK
- Mengkaji Proses Osmosis
OBJEKTIF KAJIAN
- Menentukan arah gerakan molekul air merentasi
membran telur.
HIPOTESIS
Telur yang tidak direndam dengan cuka tidak akan
mengalami osmosis kerana adanya kulit luar telur yang menghalang proses osmosis
berlaku manakala telur yang telah direndam dengan cuka akan mengalami osmosis
kerana kulit telur bereraksi dengan gula.
ALAT RADAS DAN BAHAN
1. Bekas
2. Sebiji telur
3. Cuka
4. Gula
5. Air
6. Pita ukur
7. Penimbang
KAEDAH
1.
Berat dan
ukur lilit telur direkod.
2.
Telur
direndam ke dalam sebuah bekas yang mengandungi cuka selama 24 jam Cuka yang
baru digantikan sekiranya kulit telur belum tertanggal sepenuhnya dalam masa 24
jam.
3.
Telur
dikendalikan dengan berhati-hati kerana membran telur mudah pecah.
4.
Membran telur dibilas perlahan-lahan menggunakan air.
5.
Membran telur
kemudian di masukkan ke dalam bekas yang mengandungi gua selama 1 hari.
6.
Pemerhatian
dicatatkan (Rujuk laporan pemerhatian)
7.
Membran telur
kemudian dibilas dan dimasukkkan semula ke dalam bekas yang mengandungi air.
8.
Pemerhatian
dicatatkan selepas 1 hari.
Rajah 1.2 Tindak balas telur terhadap larutan cuka
Pemerhatian :
1.
Apabila
telur dimasukkan ke dalam larutan cuka, jelas menunjukkan gelembung-gelumbung
udara pada permukaan kulit telur.
2.
Kulit
telur kelihatan terhakis.
Pemerhatian :
1.
Apabila
telur dimasukkan ke dalam larutan cuka selama 1 hari, keseluruhan kulit telur
telah hilang dan meninggalkan membran telur
2.
Keadaan
telur pejal dan kunit telur telahpun bersatu dengan putih telur.
Pemerhatian :
1.
Apabila
telur dimasukkan ke dalam gula, tindak balas yang diperhatikan ialah gula
mencair.
2.
Membran
telur mengecut dan warna coklat oren kelihatan.
Pemerhatian :
1.
Apabila
telur dimasukkan ke dalam larutan air, membran telur kembali tegang.
2.
Warna oren
kekuningan kelihatan.
3.
Berat
akhir dan ukur lilit direkodkan
KEPUTUSAN
BAHAN
|
PEMERHATIAN
|
Tiada
|
-
Bercengkerang
|
Cuka
|
-
Gelembung-gelembung
udara mengelilingi telur
-
Telur terapung
-
Lapisan cengkerang
menipis dan beransur hilang
|
Gula
|
-
Separuh dari gula
bertukar menjadi cecair
-
Membran telur mengecut
-
Lembut
|
Air
|
-
Terdapat
gelembung-gelembung halus
-
Berat dan saiz
bertambah
-
Kenyal
|
KEPUTUSAN
|
SEBELUM
|
SELEPAS
|
Jisim
|
60 g
|
75 g
|
Ukur Lilit
|
14.7 cm
|
15.5 cm
|
Keadaan Kulit
|
Keras, sempurna
|
Lembut,
|
Warna
|
Coklat
|
Kuning
telur
|
Jadual 1.1 Perubahan awal dan
akhir telur
PERBINCANGAN
1.
Cuka merupakan bahan
kimia yang disebut sebagai asid asetik. Kulit telur pula mengandungi kalsium
karbonat. Apabila kalsium karbonat bertindak balas dengan cuka, karbon dioksida
akan terbentuk (gelembung buih dalam larutan dan permukaan telur).
2. Apabila telur dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi
gula, molekul air daripada telur akan bergerak kepada larutan gula. Larutan gula
akan cair dan membran telur akan mengecut. Molekul air daripada telur bergerak
masuk ke dalam telur secara osmosis. Semua proses ini menerangkan proses
osmosis. Osmosis merupakan pergerakan molekul air melalui membran spra telap ke
kawasan pelarut berkepekatan tinggi (kepekatan air rendah) dari kawasan pelarut
berkepekatan rendah (kepekatan air tinggi). Pergerakan molekul air ini akan
berterusan sehingga kedua-dua kawasan mencapai keseimbangan.
3. Molekul air yang kecil dan berkepekatan tinggi dapat
merentasi membran telur. Kalsium karbonat mempunyai liang seni membolehkan
molekul kecil seperti air bergerak melaluinya. Telur akan menegang semula dan
kenyal. Berat telur juga bertambah.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pergerakan air ke dalam dan ke luar sel dikenali sebagai osmosis. Proses
ini boleh menyebabkan sel membengkak atau mengecut bergantung kepada jumlah air
di sekeliling sel. Molekul air bergerak daripada kawasan yang mempunyai molekul
air yang lebih sedikit sehingga keseimbangan (equilibrium) tercapai. Kadar osmosis dipengaruhi oleh kuantiti
bahan larut, kelajuan pergerakan dan ruang rongga permukaan membran yang
terbuka. Tekanan osmosis wujud daripada bahan yang larut di dalam sebatian atau
larutan.
Begitu juga proses yang berlaku ke atas telur apabila diletakkan ke dalam
gula, air berpindah keluar dari telur dan mengurangkan berat sedia ada telur.
Namun, apabila telur dimasukkkan ke dalam larutan air, perkara sebaliknya
berlaku. Oleh yang demikian objektif kajian ke atas telur bagi mengkaji arah
pergerakan molekul air merentasi membran telur tercapai.
3 ulasan:
Nak tau mengapa gula mencair apabila telur dimasukkan ke dalam gula?
Terbaikk 😊👍
Adakah hipotesis diterima?
Catat Ulasan