1.0
PENGENALAN
Dalam
“International Dictionary of Educatian”, penyelesaian
masalah adalah suatu istilah di dalam teori pembelajaran Gagne yang
menunjukkan kemahiran intelek yang tertinggi kategorinya. Menurut Szetela dan
Cynthia, 1992), dari sudut pendidikan matematik, penyelesaian masalah adalah
proses menangani situasi baru, membina hubungan antara fakta, mengenal pasti
matlamat dan mencuba semua strategi yang mungkin ke aras pencapaian matlamat
(Hamzan dan Fatimah, 2007).
Secara umumnya dengan konsep yang
lebih mudah kita menganggap penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses,
kaedah, langkah atau cara yang diambil oleh seseorang untuk mengatasi masalah
yang dihadapi. Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penyelesaian masalah adalah satu cubaan mencari
atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), pula menerangkan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi
usaha-usaha mecari jalan atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum
ditemui.
Pendekatan strategi heuristik membantu
untuk menyempitkan lagi alternatif penyelesaian untuk mendapatkan hanya satu
penyelesaian yang terbaik. Dalam situasi ini kita dikatakan menggunakan
strategi heuristik apabila kita memilih salah satu sahaja daripada alternatif
penyelesaian masalah bagi mengatasi masalah.
2.0
AKTIVITI
PENGAJARAN
2.1
Tajuk 1: heuristik analogi
Cara analogi digunakan
untuk menyelesaikan masalah matematik yang mempunyai cara penyelesaian serupa
dengan masalah matematik yang telah dipelajari dahulu. Semasa menyelesaikan
masalah matematik yang baru itu, guru boleh menarik perhatian murid-murid
tentang pengalaman lama yang sedia ada supaya mereka boleh menggunakan cara
penyelesaian yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah baru.
AKTIVITI PENGAJARAN HEAURISTIK
ANALOGI
Mata pelajaran :
Matematik
Bidang pelajaran :
Timbangan Berat
Objektif pembelajaran : Memahami hubungan diantara unit dalam jisim
Hasil pembelajaran :
Diakhir proses pengajaran dan
pembelajaran
murid-murid
dapat
A. Menguasai isi kandungan pelajaran
i.
Menyelesaikan masalah penukaran unit timbangan
berat.
B.
Membina
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
i.
Menghuraikan konsep menukar unit
C.
Mengamalkan
sikap saintifik dan nilai murni
i.
Murid
mendengar dengan teliti
ii.
Melibatkan
diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru
iii.
Menerima
pandangan rakan kumpulan dalam menjalankan aktiviti.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
·
1 kg
bersamaan denga 1000 g
Bahan,
peralatan dan bahan sumber:
·
Papan cerita, lembaran kerja kumpulan, lembaran
kerja individu
Nilai :
·
Terapkan
sifat kerjasama dan bantu membantu dalam kumpulan
Pengetahuan Sedia Ada :
ü Murid-murid
telah didedahkan dengan konsep menukar unit kilometer (km) kepada meter (m)
ü Murid-murid juga telah belajar menukar dalam
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Fasa Persediaan (Pemerhatian dan Analisis)
1.
Sebelum memulakan pengajaran, guru memberi salam
kepada murid-murid dan bertanya khabar dan kesediaan murid untuk belajar
2.
Guru menunjukkan papan cerita kepada murid, murid
mendengar cerita guru dengan teliti.
3.
Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita
yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.
4.
Guru menyoal apakah unit penukaran yang digunakan
dalam papan cerita yang ditunjukkan?
a.
Unit ukuran panjang melibatkan meter dan kilometer.
b.
1 kilometer (km) bersamaan 1000 meter (m)
5.
Guru memberi respon kepada jawapan murid
Fasa Imaginasi (Penjanaan Idea dan Sintesis Idea)
1.
Berdasarkan kepada papan cerita di atas, guru
memberi lagi satu papan cerita yang berbeza.
2.
Guru menunjukkan papan cerita kepada murid, murid
mendengar cerita guru dengan teliti.
3.
Guru bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita
yang diberikan. Murid memberi respon kepada jawapan guru.
4.
Guru menyoal apakah unit penukaran yang digunakan
dalam papan cerita yang ditunjukkan?
a.
Unit timbangan dan berat melibatkan kilogram dan
gram
b.
1 kilogram (kg) bersamaan 1000 gram (g)
5.
Guru memberi respon kepada jawapan murid
Fasa Perkembangan (Penambahbaikan dan menilai)
1.
Guru menyediakan beberapa keping gambar yang
berlainan berat.
2.
Guru membacakan arahan aktiviti kepada setiap
kumpulan
3.
Setiap kumpulan dikehendaki mencari berat barang berdasarkan
kepada kad berat yang diperlukan. Murid perlu mengaitkan penggunaan kemahiran
lepas untuk menyelesaikan masalah tersebut.
4.
Ketua kumpulan akan memastikan kumpulan mereka
mempunyai nilai yang cukup. Mereka tidak dibenarkan menyimpan kad gambar yang
lebih untuk memastikan kumpulan lain boleh melengkapkan bacaan mereka
5.
Kumpulan yang dapat menyiapkan 5 bacaan dengan
tepat dan pantas dikira pemenang.
BIL
|
BACAAN TIMBANGAN
|
KAD GAMBAR
|
BACAAN kg
|
1
|
100g
|
|
|
2
|
250g
|
|
|
3
|
540g
|
|
|
4
|
770g
|
|
770g ÷ 1000 = 0.77kg
|
5
|
1000g
|
|
|
6. Guru
mengulas dan memberi peneguhan kepada pencapaian yang diberikan oleh murid
Fasa Tindakan (Perlaksanaan Amalan Berterusan
1. Guru
mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid
2. Ketua
kumpulan memantau hasil kerja rakan kumpulannya
3. Guru
dan murid membincangkan hasil kerja murid
Pentaksiran
1.
Pentaksiran berdasarkan keupayaan murid menjawab
lembaran kerja.
BIL
|
BACAAN TIMBANGAN
|
KAD GAMBAR
|
BACAAN (kg)
|
1
|
100g
|
|
|
2
|
250g
|
|
|
3
|
540g
|
|
|
4
|
770g
|
|
|
5
|
1000g
|
|
|
AKTIVITI PENGAJARAN HEAURISTIK
GAMBAR RAJAH JALUR
2.2
Tajuk 2 : Heuristik Gambar Rajah Jalur
Heuristik gambar rajah jalur ialah cara yang
digunakan untuk menyatakan maklumat-maklumat atau situasi soalan dengan
gambarajah. Cara ini boleh menolong murid-murid melihat perkaitan di antara
kuantiti yang diberi dengan lebih mudah dan jelas lagi.
Mata pelajaran :
Matematik
Bidang pelajaran :
Ukuran Panjang
Objektif pembelajaran :
Memahami hubungan diantara unit dalam
ukuran panjang
Hasil pembelajaran :
Diakhir proses pengajaran dan
pembelajaran
murid-murid
dapat
B. Menguasai isi kandungan pelajaran
i.
Menyelesaikan
masalah melibatkan ukuran panjang
D.
Membina
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
i.
Menghuraikan
konsep menganggar
E.
Mengamalkan
sikap saintifik dan nilai murni
iv.
Murid
mendengar dengan teliti
v.
Melibatkan
diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru
vi.
Menerima
pandangan rakan kumpulan dalam menjalankan aktiviti.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
·
Penyelesaian
masalah
Bahan,
peralatan dan bahan sumber:
·
Lembaran kerja, botol air, kamus, reben, papan
cerita
Nilai :
·
Terapkan
sifat kerjasama dan bantu membantu dalam kumpulan
Pengetahuan Sedia Ada :
ü Murid-murid
telah didedahkan dengan konsep menganggar
ü Murid-murid juga telah belajar menukar dalam
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Aktiviti Pengajaran
Fasa Persediaan (Pemerhatian dan Analisis)
1. Guru
memberi salam kepada murid dan bertanya akan kesediaan murid sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran
2. Guru
meminta 6 orang murid untuk tampil ke hadapan. Guru 3 pasangan barang yang
berbeza jenis
a. Manakah
yang lebih panjang daripada dan lebih pendek daripada
b. Manakah yang lebih banyak
daripada dan lebih sedikit daripada
b. Manakah
yang lebih berat daripada dan lebih
ringan daripada
3.
Guru
memberi respon kepada jawapan murid dan membantu murid membuat perkaitan dengan
pengetahuan sedia ada.
Fasa Imaginasi (Penjanaan Idea dan
Sintesis Idea)
1. uru
menunjukkan papan cerita kepada murid tentang penyelesaian masalah matematik
melibatkan ukuran panjang.
2. Murid mendengar cerita guru dengan teliti.
3. Guru
bersoal jawab dengan murid melalui papan cerita yang diberikan. Murid memberi
respon kepada jawapan guru.
a. Apa
maklumat yang diberi?
- Ganti
kan dengan jalur kuning
b. Apa
maklumat yang dicari?
- Gantikan
dengan jalur merah
c. Apa
operasi yang sesuai?
4. Guru
membimbing murid menggunakan gambarajah jalur untuk memahami penyelesaian
masalah matematik melibatkan ukuran panjang.
5. Guru
menjelaskan beberapa isi kandungna pelajaran yang perlu difahami oleh murid.
Fasa Perkembangan (Penambahbaikan dan menilai)
1.
Guru mengedarkan bahan kepada kumpulan iaitu kertas
berwarna, lembaran dan gam.
2.
Guru membacakan arahan aktiviti kepada semua murid.
3.
Setiap kumpulan dikehendaki menggunting kertas
berwarna berdasarkan kehendak soalan pada lembaran kerja.
4.
Murid juga dikehendaki menmbuat bentuk lazim bagi
menyemak jawapan mereka
SOALAN
|
GAMBARAJAH JALUR
|
PENYELESAIAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5.
Murid menjalankan aktiviti berdasarkan kehendak
guru.
6.
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti kumpulan
7.
Murid dan guru menyemak jawapan kumpulan dan
memberikan peneguhan
Fasa Tindakan (Perlaksanaan Amalan Berterusan)
4. Guru
menjawap soalan latihan yang terdapat pada buku kerja Matematik Sasbadi
5. Ketua
kumpulan memantau hasil kerja rakan kumpulannya
6. Guru
dan murid membincangkan hasil kerja murid
Pentaksiran
2.
Pentaksiran berdasarkan keupayaan murid menjawab
lembaran kerja.
LEMBARAN
KERJA KUMPULAN
SOALAN
|
GAMBARAJAH JALUR
|
PENYELESAIAN
|
Jalan
Umas ialah 560 m Jalan Brantian ialah
425 m lebih panjang daripada Jalan Umas. Berapakah jumlah jalan-jalan ini?
|
|
|
Hamidah
mempunyai reben berukuran 360 cm. Dia memotong reben ini kepada 4 bahagian yang sama rata.
Berapakah panjang setiap reben
|
|
|
Jarak
diantara Pekan Tawau dan Pekan Kunak ialah 87m. Jika Amir berulang alik
sebanyak 3 kali sehari, berapakah jarak yang dilaluinya?
|
|
|
Aminah
mempunyai ukur lilit pingang 48 cm, manakala Azni ialah 32 cm. Berapakah
beza ukur lilit pinggang mereka?
|
|
|
0 ulasan:
Catat Ulasan