1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan agenda utama dalam membangunkan
sesebuah negara dan sistem pendidikan yang baik mampu memberikan pendidikan
kepada semua. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan
dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai disediakan. Pendidikan Khas adalah
pendidikan yang direka cipta dan dirancang serta dilaksanakan diperingkat
rendah dan menengah bagi kanak-kanak istimewa. Selaras dengan usaha dan hasrat
murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah-langkah
untuk memastikan program yang telah dirancang iaitu Integrasi Pendidikan Khas
di sekolah-sekolah kerjaan dilengkapi dengan kemudahan yang mencukpi dan
tenagar kerja guru yang terlatih.
Falsafah Pendidikan Khas ialah satu usaha berterusan
untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2005). Sehubungan
dengan itu juga kerajaan dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) telah
menaiktaraf 405 projek Pendidikan Khas, 176 projek Integrasi Pendidikan Khas
diperluaskan dan antara lain menaiktaraf 59 buah projek Integrasi Pendidikan
Khas (Disleksia).
Bermasalah pembelajaran merupakan murid-murid yang
mempunyai masalah yang nyata dalam penggunaan deria mendengar, bertutur,
membaca, menulis, mengira dan menaakul. Masalah ini adalah berpuncadari sistem
saraf pusat. Pertumbuhan dan perkembangan yang tidak senormal kanak-kanak biasa
kerana kecacatan yang dialami. Ketidakupayaan berbahasa merupakan antara faktor
penyebab yang mana ini memberi kesan kepada konsep kendiri, daya ingatan dan
keupayaan memahami sesuatu. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek, murid-murid pendidikan
khas ini turut tidak dipinggirkan yakni mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan
iaitu bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran pula terdiri daripada
kanak-kanak yang mengalami sindrom down, autism, attention deficit hyperaktif
disorder, terencat akal minimum, dan bermasalah
pembelajaran spesifik (Disleksia).
2.0 DEFINISI DISLEKSIA
Menurut
Vijayalatechumy A/P Subramaniam (2003) dalam kajiannya mengenai disleksia,
melalui penulisan (Newton, Thomson, 1974) menyebut perkataan ‘dyslexia’ berasal
daripada perkataan Greek yang membawa maksud kesukaran menggunakan leksikon
atau perkataan. Seterusnya (Newton, et al, 1979) memperluaskan lagi sebagai
kecelaruan berbahasa di kalangan murid yang mengalami pembelajaran dalam kelas
biasa tetapi gagal untuk memperolehi kemahiran membaca, menulis, atau mengeja
separa dengan kebolehan intelektual yang ada pada mereka.
Seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ iaitu Profesor
Berlin pada tahun 1887, telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond and
Hugges, 1996 :3). Di Malaysia (New Straits Times, 2000 bertarikh 28
Disember:30) perkataan ‘disleksia’ merujuk kepada masalah yang berkaitan dengan
kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Contoh yang diberi ialah
ketidakupayaaan dalam membezakan huruf ‘B’ dengan angka ‘8’, atau menulis huruf
dengan cara terbalik. Siapa yang mempunyai cirri demikain dikatakan menghidap
disleksia (Vijayalatechumy A/P Subramaniam, 2003).
Begitu juga
menurut Persatuan Disleksia Malaysia, disleksia ialah kesukaran
mengenal, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang
cukup dan peluang budaya yang sempurna. Kanak-kanak yang mengalami disleksia
bukan dikategorikan tidak pandai apatah lagi digolongkan dalam golongan orang
kurang upaya (OKU), namun mereka hanya mengalami masalah pembelajaran. Mereka
juga mengalami kecelaruan berbeza dari satu individu dengan individu yang lain,
namun pada kebiasaannya mereka sukar mengeja, memproses fonologi (bunyi) dan
tindak balas visual-verbal.
3.0
ETIOLOGI
Menurut Dr. Kasmini Kassim, etiologi bagi kanak-kanak
disleksia yakni kanak-kanak ini menghadapi rencatan perkembangan bahasa dan
percakapan yang khusus sebenarnya mengalami kelewatan perkembangan neurologi
dan punca khusus lain tidak dapat dipertikaikan. Kelewatan perkembangan
neurologi sukar hendak diberi penjelasan. Antara kanak-kanak ini ada yang
menunjukkan sejarah trauma kepada otak (trauma serebrum) sama ada semasa atau
sebelum dilahirkan. Kanak-kanak lelaki yang mempunyai kromosom 47 XXY juga
lebih kerap menghadapi masalah bahasa dan percakapan. Sekiranya seseorang itu
mengalami gangguan pendengaran yang teruk pada kedua-dua belah telinga semasa
perkembangan bahasa bermula, ia akan menjejaskan persepsi percakapan dan
seterusnya perkembangan bahasa dan percakapan.
Radin Mas (IPG Melaka) melalui kajian yang telah
dijalankan oleh Singleton (1999) iaitu kajian yang berbentuk ‘digit span tasks’
ke atas kanak-kanak yang mengalami disleksia dengan kumpulan kanak-kanak normal
yang merangkumi aktiviti mengulangi siri nombor yang diberi secara hafalan ke
hadapan atau ke belakang. Selain itu juga kajian David (2003) ke atas 184 orang
kanak-kanak disleksia juga menunjukkan ciri-ciri persamaan dengan kenyataan
Singleton (1999) dan Riddick Wolfie, serta Lumsdon (2002) iaitu pelupa, gagal
mengikuti satu siri arahan yang diberi, kesukaran untuk mengingati nama rakan, rima
lagu, sifir dan apa-apa informasi.
Sofia (2002) menyatakan bahawa disleksia dapat
disembuhkan dengan bantuan rawatan BOLD (2000). Hasil daripada kajian pakar
perubatan mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif
(Zabidi, 2000). Manakala kajian Musa Abd Wahab (2002) telah merumuskan bahawa hasil
kajian yang dijalankan terhadap 153 orang murid pemulihan di Zon Pudu Wilayah
Persekutuan mendapati 36.3% daripadanya mempunyai masalah disleksia pada tahap
yang serius. Sementara individu murid yang mengalami masalah disleksia pada
tahap yang sederhana dan ringan pula adalah 30.2% dan 33.5%. Kajian ini hanya
memberi tumpuan khusus terhadap masalah 3M dalam kalangan murid pemulihan. Hynd
dan Cohen (1983) pula memetik hasil kajian yang dilakukan oleh Critchley pada
tahun 1978 yang mendapati bahawa masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak
lelaki adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Kajian beliau
terhadap 1633 kes yang dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran disleksia mendapati
1367 daripadanya adalah kanak- kanak lelaki dan 266 sahaja adalah perempuan.
Ini menunjukkan peratusan murid lelaki melebihi 80% berbanding dengan murid
perempuan.
4.0 JENIS-JENIS
DISLEKSIA
Melalui
analisa yang dilakukan Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu
:
4.1 Disleksia visual (penglihatan)
·
Kesukaran
utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi
perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan.
Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah
secara terbalik.
4.2 Disleksia auditori (pendengaran)
·
Kesukaran
untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan
dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi
percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk
membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.
4.3
Disleksia
visual-auditori
·
Kesukaran
mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses
tulisan secara visual dan audio.
5.0 PUNCA-PUNCA KECACATAN
Menurut Mercer 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan
Spaafford dan Grosser, 1996 menggariskan beberapa punca disleksia. Untuk
memastikan stuktur dan fungsi otak, para penyelidik telah menggunakan teknologi
imejan terkini seperti CAT skan (computerised
resonance tomopgrafic) dan MRI (magnetic
resonance imaging). Kedua-dua peralatan imejan ini digunakan untuk
memperolehi imej atau gambar otak dengan lebih terperinci. Tujaun menggunakan
peralatan ini ialh menentukan fungsi otak dikalangan mereka yang mempunyai
masalah pembelajaran taupun tidak. Bagaimanapun keputusan kajian ini tidak
konsisten dan seorang pendidik harus berhati-hati membuat kesimpulan tentang
struktur dan fungsi otak dengan masalah pembelajaran.
Rajah-rajah di bawah menunjukkan beberapa gambaran
tentang otak manusia.
Pandangan Sisi Kawasan
Pemprosesan Bahasa Dalam Hemisfera Kiri Otak
Pandangan Atas Kawasan
Pemprosesan Bahasa Dalam Kedua-Dua Hemisfera Otak
Yang Normal.
Perbandingan Isyarat Saraf Diantara Manusia Normal Dan Mereka Yang
Mempunyai Disleksia.
5.1 Cara kerja otak yang berbeza
Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai deficit atau kekurangan yang disebabkan
oleh kurang fungsian (dysfunction)
otak. Bukan sahaja bermakna kanak-kanak itu mengalami kecederaan atau kerosakan
dibahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada
kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia (Rourke, 1991). Punca disleksia
dipercayai akibat cara kerja yakni otak yang berbeza daripada keadaan yang
normal (Rajah 1). Melalui imbasan yang dijalankan ke atas mereka yang mengalami
disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat contohnya ketika
membaca adalah bebeza daripada kebiasaannya. Faktor ini mungkin disebabkan oleh
kecacatan yang berlaku semasa beada dalam kandungan mahupun kemalangan.
kecacatan yang berlaku semasa beada dalam kandungan mahupun kemalangan.
Rajah 1
Disleksia
perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi otak. Disleksia
dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya ingat (memori)
dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca. Gangguan perkembangan hanya terjadi pada bahagian otak
yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang
menghubungkan antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, walau
perkembangan di pusat bahasa terganggu, otak individu disleksia mampu membuat
kompensasi dengan perkembangan pada pusat lainnya.
5.2
Faktor Keturunan ( Genetic / Hereditary Influence)
Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap
disleksia mempunyai latar belakang keluarga juga turut menghidap sindrom yang
sama dalam erti kata lain faktor keturunan ataupun genetik. Kajian yang dijalankan membuktikan, disleksia
disebabkan oleh kromoson 15, 1 dan 16 boleh diperturunkan secara turun temurun
yakni daripada genetik ibu bapa. Menurut kajian Decker dan Defries (1980, 1981),
kajian yang dilakukan terhadap 125 keluarga murid yang mempunyai masalah
pembelajaran dan 125 murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran mendapati
kadar yang baik terhadap kanak – kanak masalah membaca terdiri daripada
keluarga kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran. Seperti yang sudah diutarakan di atas, disleksia
disebabkan oleh kelainan genetik. Berbagai genetik sudah
ditemui merupakan penyebab disleksia. Daripada kajian-kajian mendapati bahawa
seorang kembar monozigot atau kembar seiras menghadapi masalah membaca,
kembarnya juga menghadapi masalah yang sama.
5.3
Pemakanan
Pemakanan adalah penting untuk pertumbuhan
yang normal. Pemakanan yang cukup dan seimbang mestilah dapat membekalkan
kalori yang mencukupi, di samping bahan-bahan makanan yang tertentu seperti
protein, vitamin, zat galian(mineral) dan sebagainya. Bekalan kalori yang cukup
bergantung pada fasa pertumbuhan kanak kanak. Sekiranya pemakanan tidak
mencukupi semasa peringkat kanak-kanak sedang membesar dengan pesat,
pertumbuhan akan terencat (Bernet,2005). Contohnya,kanak kanak pada tahun
pertama dan remaja yang sedang mengalami pertumbuhan pada kadar yang pesat
mesti mendapat bekalan kalori yang mencukupi ada fasa pertumbuhan yang lain.
Tanpa bekalan kalori yang mencukupi pada fasa pertumbuhan cepat ini, proses
pertumbuhan akan terganggu. Daripada
jumlah 105 kanak-kanak yang diukur antropometri, hanya terdapat separuh
daripada golongan tersebut mempunyai masalah pemakanan di awalnya.
Namun demikian, orang ramai harus
berhati-hati dengan pengambilan pelbagai jenis vitamin yang dikatakan boleh
mengurangkan masalah pembelajaran. Melalui Akademi Pediatrik Amerika (The America Academy of Pediatricks)
telah mengumumkan terapi vitamin tidak wajar dijadikan rawatan bagi masalah
pembelajaran. Hingga kini tidak ada bukti kukuh dan konsisten bahawa sesuatu
ubat-ubatan atau makanan atau minuman dapat mengurangkan masalah pembelajaran
(Abdulla Yusof, Safani Bani, 2006).
Selain itu juga faktor penting dalam
pemakanan lebih merujuk kepada pemakanan ibu semasa mengandung. Hal ini dapat
dilihat melalui kajian yang dijalankan oleh Gold dan Sherry (1984) mendapati
ibu yang mengambil alkohol semasa mengandung berisiko menyebabkan berlakunya
masalah pembelajaran learning
difficulties kepada anak yang dilahirkan. Ia juga dikuatkan dengan kajian
oleh Shaywitz et al. (1980) menyatakan pendedaha kepada cocaine akan menyebabkan kepada perkembangan neuro receptors dan transmitters serta menyebabkan ketidakfungsian terhadap central nervous systems.
5.4
Biologi
Selain itu juga sejarah kanak-kanak disleksia adalah dilahirkan dalam keadaan
tidak cukup bulan. Ini memungkinkan faktor biologi ini menjadi punca
ketidaksempurnaan perkembangan seorang
kanak-kanak kerana kekurangan bekalan oksigen semasa dilahirkan. Sebahagian
daripada kerosakan otak yang berlaku akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami
masalah belajar yakni disleksia. Terdapat andaian bahawa Biochemical Abnormalities juga disebabkan oleh sel-sel. Kekurangan
dalam pengeluaran neurotransmitters
seperti serotin, neropinephrine,
acetylcholine dan bahan kimia yang lain diandaikan juga antara penyebab
kesukaran di dalam neural impulse
transmission dan kesan pembelajaran serta masalah tingkah laku.
5.5
Kematangan
Bahagian tertentu dalam sistem saraf kanak-kanak boleh
mempengaruhi kematangan mereka. Menurut kajian yang dijalankan kanak-kanak
perempuan mempunyai tahap kematangan yang lebih cepat berbanding kanak-kanak
lelaki. Faktor ini boleh menyebabkan berlakunya disleksia pada kanak-kanak
tersebut.
6.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF,
SOSIAL
Drake (1989)
menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya:
kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak
lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan
tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat
setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad
(pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia
perkembangan ialah kanak-kanak yang
membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda
darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan
khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira.
Perkembangan kognitif menurut Rosana (1998), kanak-kanak disleksia dapat
dikesan melalui 8 ciri utama iaitu melalui tulisan kosa kata yang tidak
seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam
menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya,
kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaran di dalam
kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.
Dari segi perkembangan fizikal
pula, murid-murid yang mengalami masalah disleksia tidak mempunyai sebarang
kecacatan anggota dan tahap kecerdasan mereka juga adalah normal. Mereka boleh
berbual dan bergaul seperti murid lain. Ini menyebabkan tiada sebarang tindakan
diambil bagi membantu kanak-kanak
tersebut dalam pelajaran. Akibatnya, murid-murid ini berkemungkinan
besar disalah labelkan sebagai sama ada murid pemulihan atau bermasalah
pembelajaran yang umum sahaja (Sofiah Ali, 2000; Zabidi Husin, 2000). Perkembangan
fizikal mereka juga dilihat, tidak berminat dalam pelajaran dan selalu
dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih
tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai
daya pengamatan.pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul
di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
Ciri-ciri perkembangan
kanak-kanak disleksia ini juga boleh dilihat dari peringkat pra-sekolah,
peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah. Pada Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah, didapati
kanak-kanak ini mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami
arahan, suka mengganti perkataan dan hiperaktif, mempunyai kemahiran motor
kasar dan motor halus yang lemah, sering terlupa nama benda-benda atau
pelajaran yang dipelajari, tidak melalui proses merangkak semasa bayi dan suka
mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri. Pada peringkat sekolah rendah pula, iaitu seawal dari umur 6 hingga 9 tahun, masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak disleksia ini adalah kemahiran membaca, menulis dan mengeja
yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor, menggunakan jari
untuk mengira dan membaca, sering kali keliru dengan kiri dan kanan dan
mempunyai gaya tulisan cermin atau terbalik.
Apabila umur meningkat kepada 9
hingga 12 tahun pula, masalah lainya akan timbul, yakni kanak-kanak ini akan
melakukan kesilapan ketika membaca, mengeja dan lemah dalam
kefahaman, masa yang lama diambail untuk menyiapkan tugasan atau latihan yang
diberikan dan kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks. Selain
itu juga mereka sangat sukar mengikuti arahan lisan yang panjang dan kelihatan tidak
terurus semasa berada dirumah atau sekolah. Mereka juga mempunyai keyakinan
yang kurang dan menghadapi masalah
tekanan jiwa. Apabila meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pula,
mungkin masalah ini akan timbul seperti kesukaran menulis karangan, keliru
dengan nombor-nombor dan arahan oral,
dan kesukaran mempelajari bahasa lain. Kanak-kank ini juga tidak
mempunyai ramai kawan dan mempunyai perwatakan senyap dan kurang kemahiran dalam bersosial.
Menurut Rubiah
Kulop (1997) dalam satu kajian tentang Guru Khas Pemulihan, masalah disleksia
yang wujud dalam kalangan kanak-kanak pemulihan dapat dilihat melalui tiga
aspek. Pertama, kanak-kanak ini lemah dari segi perkembangan mental dan
kadang-kadang mengalami kecacatan lain seperti gangguan kesihatan, pengalaman
yang terhad serta gangguan emosi. Kedua, kanak-kanak tersebut selalu ponteng
sekolah dan mempunyai latar belakang masalah kemiskinan, dan yang ketiga,
kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam kemahiran bacaan dan penulisan
sehingga mengakibatkan pencapaian yang rendah dalam pelajaran (Rajesvari
Ramasamy, 2008).
(Vijayaletchumy
A/P Subramaniam, 2003)
7.0 KESAN-KESAN
UTAMA KANAK-KANAK DISLEKSIA TERHADAP PEMBELAJARAN
Kanak-kanak yang menghidapi disleksia memberi kesan
kepada proses pembelajaran mereka terutamanya di sekolah. Kesan-kesan utama ini
bukan sahaja menggangu keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru,
namun yang paling menyedihkan ialah mereka tidak dapat melalui proses
pembelajaran yang lebih berkesan seperti kanak-kanak normal yang lain.
Kesan-kesan utama yang dapat dilihat ialah :
7.1 Membaca
Kebolehan membaca adalah sangat penting bagi membolehkan
murid mempelajari apa yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah dan dapat
menerima ilmu pengetahuan yang disampaikan bukan sahaja di sekolah, malah
pembelajaran yang berlaku di sekeliling mereka. Kesukaran membaca menyebabkan
murid tidak dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri dan tidak
berkeyakinan tentang kebolehan sendiri. Rasa rendah diri ini menjadikan mereka
tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan yang lain.
7.2
Mengeja
Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan
yang lebih negatif daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja merupakan
faktor kepada kegagalan murid untuk membaca. Kelemahan mengeja akan menghadkan
kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam
kelas. Kelemahan ini juga akan menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang
rendah dalam ujian dan peperiksaan.
7.3 Menulis
Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid
untuk menyampaikan pengetahuannya secara lisan dan bertulis.
Kesukaran-kesukaran oleh murid disleksia akan memberi kesan negatif terhadap
penguasaan kemahiran menulis mereka.
Antara kesan yang dapat dilihat tulisan kanak-kanak ini terbalik iaitu b
menjadi d, q menjadi p, 6 menjadi 9 dan sebagainya.
7.4
Tulisan
Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh
membaca, kepantasan menulis, dan kematangan menulis. Kelemahan dalam mana-mana
aspek ini akan menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah dalam
pembelajarannya.
7.5 Nombor
Kesukaran yang dihadapi dalam numerasi adalah sama dengan
kesukaran yang dihadapi dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca
teks, menulis bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor.
7.6
Bahasa
Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan
pengetahuan, menggunakan perkataan, menamakan benda, mengingat suku kata bagi
perkataan yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan
kesan negatifnya juga merentas kurikulum.
7.7 Emosi/Tingkah Laku
Pencapaian prestasi yang rendah menyebabkan murid rendah
diri dan kecewa. Ini boleh menyebabkan masalah tingkah laku yang lebih teruk,
diikuti dengan pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya. Selain itu,
masalah tingkah laku menyebabkan murid menghadapi masalah sosial seperti tidak
boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.
8.0 LANGKAH PENCEGAHAN
Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 melalui
perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada semua
warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk mendapat pendidikan di institusi yang
disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Peluang
diberikan kepada semua rakyat dalam lingkungan umur agar mendapat pendidikan
secara percuma. Dasar Persekolahan Wajib merupakan antara rentetan dasar-dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dimurnikan melalui Dasar Pendidikan
Untuk Semua, serta Dasar Pendemokrasian Pendidikan yang telah dilancarkan
sebelum ini. Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) seksyen
41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh dididik
dan mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang
lain-boleh diterima bersekolah. Selain
itu,terdapat pelbagai tahap pendidikan yang disediakan oleh kerajaan kepada
murid murid bekeperluan khas di Malaysia antaranya
I.
prasekolah,
II.
sekolah harian biasa rendah dan menengah
III.
sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan
menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif.
IV.
pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang
bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Pendidikan Khas semakin diberi perhatian sejak
penggubalan semula Akta Pendidikan 1991 kepada Akta Pendidikan 1996. Melalui
Akta Pendidikan 1996, Seksyen 40: Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas.
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di Sekolah Khas yang ditubuhkan di
bawah perenggan 34 (1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah dan menengah yang
difikirkan oleh Menteri suaimanfaat. Akta Pendidikan 1996, Bab 8, Seksyen 41,
Subseksyen (1)(b) dan Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997 iaitu : Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembeljaran, masa bagi aktiviti
dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan khas.
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk
menangani masalah ini. Jika terdapat masalah disleksia yang dikenal pasti dalam
diri seseorang murid, maka kita boleh salurkan mereka ke program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Di sini, sekolah ataupun kelas khas
diwujudkan bagi mengumpul dan menempatkan murid-murid keperluan khas iaitu
murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Jika tidak, murid-murid
ini akan meneruskan pelajaran mereka sama seperti murid lain. Setiap tahun
mereka akan meningkat dari darjah satu hingga ke sekolah menengah tanpa dapat
menguasai kemahiran 3M. Murid ini akan mengikuti arus perkembangan pendidikan
tanpa dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya mereka
kuasai dalam tempoh tersebut. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengisi masa
lapang. Akhirnya mereka akan merasa hampa, terbiar, menjadi tempat cemuhan
guru, dibuli oleh rakan dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan menimbulkan rasa
rendah diri yang sukar untuk diatasi oleh murid tersebut.
Antara
pendekatan-pendekatan lain yang digunapakai bagi membantu kanak-kanak disleksia
ialah dengan membawa mereka berjumpa dengan psikologi pembelajaran atau
psikologi klinikal bagi mengesan tahap atau peringkat awal kanak-kanak
disleksia ini dan mencari jalan penyelesaian bersesuai dengan tahap disleksia
mereka. Kanak-kanak ini juga akan dibantu dari segi emosi dan kaunseling agar
mereka sedar bahawa mereka berbeza tetapi tetap diterima dan disayangi oleh orang
lain. Keprihatinan dari para guru diperlukan bagi mengesan kemahiran istimewa
atau kebolehan semulajadi yang dimiliki oleh mereka agar kemahiran tersebut
dapat digilap dan digalakkan. Guru juga perlu mengambil langkah agar tidak
selalu memarahi mereka tetapi memberi pendekatan yang bersifat kasih sayang,
contohnya dengan memberi mereka hadiah, galakkan dan konsep ganjaran dilakukan
bagi menarik minat mereka untuk terus belajar.
Bagi ibu bapa pula, apa yang penting ialah sentiasa
bersabar dengan karenah mereka walaupun mereka sering gagal dalam melakukan
sesuatu perkara. Disamping itu juga ibu bapa boleh mengambil insiatif dengan
memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka yang mengalami disleksia
sebelum memasuki alam persekolahan yang pertama iaitu tadika mahupun
prasekolah. Suasana yang harmoni diperlukan oleh kanak-kanak ini bagi membantu
mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Apa yang penting ialah ibu bapa
digalakkan mengikuti persatuan sokongan ibu bapa atau penjaga bagi kanak-kanak
yang mengalami disleksia.
Selain itu juga, langkah pencegahan disleksia bukan hanya melibatkan
kanak-kanak yang telah disahkan menghidapi disleksia tetapi pencegahan pada
peringkat awal yang melibatkan ibu. Pada peringkat atau proses ini ibu bapa
diberikan beberapa panduan dan maklumat pencegahan bagi mengelakkan anak yang
dikandungkan menghidapi masalah pembelajaran seperti disleksia. Berikut
merupakan antara saranan dan pendekatan yang diberikan kepada ibubapa
terutamanya ibu :
1. Pencegahan
pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan
2. Ibu yang
dijangkiti siflis dapat melahirkan anak melalui pembedahan caeseran
3. Ibu-ibu
dinasihatkan mengurangkan pengambilan alcohol terutamanya di peringkat 12-18
minggu mengandung iaitu semasa sel otak sedang terbentuk
4. Sering berjumpa
doctor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan
metabolic, air kencing, dan ujian darah dapat dilakukan untuk mengesan
kewujudan penyakit.
5. Umur ibu sewaktu
mengandung/melahirkan anak biarlah dibawah usia 45 tahun keatas kerana risiko
mendapatkan anak cacat adalah 1:16 kelahiran.
6. Menjarakkan
kelahiran untuk menentukan ibu bapa mampu menyara hidup anak-anak dengan diri
mereka.
7. Selepas kelahiran
kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan
mereka.
8. Keselamatan perlu
dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan tertentu dibahagian
kepala.
9. Permainan yang
bahaya seperti permainan kasut roda yang tidak digalakkan
10. Penggunaan yang
tidak memakai tali pinggang kaledar yang direka khas kepada bayi apabila
membawa mereka bersiar-siar.
9.0 PENUTUP
Penubuhan program disklesia telah dirancang oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru
untuk menjalani kursus disleksia selama empat belas minggu. Program ini telah
dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004 dan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun
Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pertama yang memulakan program ini. Program ini
dilancarkan secara rasmi di peringkat kebangsaan pada 16 Jun 2004 oleh Yang
Berbahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua
Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Murid-murid yang menghidap
disleksia seringkali merasa ketinggalan dalam kelas kerana masyarakat sering
mengaitkan kelancaran membaca dan menulis dengan kepintaran seseorang murid.
Murid-murid disleksia yang mempunyai masalah membaca dan menulis dianggap
murid-murid yang lemah tanpa mengambil kira faktor bahawa murid-murid tersebut
mempunyai kecerdasan otak yang tinggi. Oleh sebab murid-murid disleksia
berfikir dalam bentuk imej, bukan huruf atau angka, maka mereka menghadapi
masalah untuk menyesuaikan cara pembelajaran mereka dengan sistem pembelajaran
yang sedia ada.
Menjadi peranan dan
tanggungjawab guru dan ibu bapa bagi membantu kanak-kanak yang yang
dikategorikan menghidap disleksia. Kegagalan kita sebagai masyarakat yang
paling hampir dengan kanak-kanak ini boleh menghancurkan masa depan mereka
utntuk menjadi seorang yang berguna. Mungkin kanak-kanak disleksia ini mampu
menjadi personaliti yang terkenal. Sebagai contoh personaliti yang terkenal
seperti Albert Einstein, Henry Ford, Alexander Graham Bell, Walt Disney, Cher,
Whoopi Goldberg, General George Patton, Robin Williams' dan Leonardo da Vinci
pada asalnya merupakan individu disleksia. Contoh beberapa personaliti yang
dikemukakan ini menunjukkan bahawa individu disleksia mempunyai kelebihan dalam
1 atau 2 bidang yang tertentu seperti yang disyorkan oleh International Dyslexia
Association (2003).
Kesungguhan
golongan professional berusaha membantu kanak-kanak disleksia. Usaha ini dapat
dilihat melalui tiga orang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM)
menghasilkan perisian baharu berbentuk cakera padat iaitu Phonics Tutor
Software untuk kanak-kanak disleksia visual. Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr.
Vijayaletchumy Subramaniam dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK),
Universiti Putra Malaysia berkata penemuan teknologi itu membantu kanak-kanak
disleksia visual menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M). Beliau
berkata perisian itu menggunakan enam kaedah mengeja berteraskan
Orton-Gillingham Phonogram serta membantu mereka mencungkil kebolehan dalam
aspek berbeza. Produk yang dianggarkan berharga RM250 di pasaran kelak
menekankan aspek bacaan bahasa Melayu berteraskan Teori Levinson yang sesuai
untuk murid disleksia berumur empat hingga sembilan tahun.
Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM),
Sariah Amin menyatakan bahawa kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan
guru serta ibu bapa terhadap disleksia menyebabkan kekeliruan terhadap masalah
yang dihadapi golongan disleksia. Secara kasar ia mungkin dilihat sebagai
individu buta huruf yang perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas tetapi,
sebenarnya mereka memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza. (Kosmo Online,
2011)
RUJUKAN
Abdullah Yusof,
Safani Bani. 2006. HBSE1103 – Pengenalan
Pendidikan Khas. Open University Malaysia (OUM)
Amir Awang, 1991. Modifikasi
Tingkah Laku dan Terapi. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim &
Yusof Boon, 2006. Psikologi Sosial Alam Remaja, PTS Profesional: Selangor
Bulletin Pendidikan Khas. April
2010. Jilid 1,Bil. 1. ISSN 2180-110X.
http://epkhas.ses.usm.my dimuat turun pada 29/04/2010
Bulletin Pendidikan Khas. 2010.
Jilid 2,Bil. 2. ISSN 2180-110X.
http://epkhas.ses.usm.my dimuat turun pada 29/04/2010
Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.
Kuala Lumpur : PTS Professional
K.A Razhiyah. 2005. Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur
: PTS Professional
Rajesvari Ramasamy.
2008. Masalah Disleksia dalam Kalangan
Murid-murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Universiti Sains
Malaysia
Rohaty Mohd Majzub,
Shafie Mohd Nor. 2005. Simptom Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 3 – 19
Shahabuddin Hashim,
Mahani Razali, Ramlah Jantan. Psikologi
Pendidikan. Selangor : PTS Professional
Shareender Kaur
Mukhtar Singh. Mac 2004. Keupayaan
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Dalam Menerapkan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kurang Upaya Di Negeri Johor. Universiti
Teknologi Malaysia
Shuhada Mansor. Beri
semangat anak disleksia. dimuat turun pada 29/03/2012 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berisemangatanakdisleksia/Article/index_html
Vijayaletchumy A/P Subramaniam. 2003. Tesis
Doktor Falsafah : Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu. University Putra Malaysia
10 ulasan:
saya mohon dihalalkan ilmu disleksia yang saya ambil untuk tugasan saya. sesungguhnya perkongsian cerita tuan banyak membantu saya menyelesaikan tugasan saya. semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat tuan sekeluarga, amin..
silakan... :)
Assalam..saya mohon ilmu tuan untuk dikongsikan secara ilmiah...saya mohon dihalalkan ilmu disleksia yang saya ambil untuk tugasan saya. sesungguhnya perkongsian cerita tuan banyak membantu saya menyelesaikan tugasan saya. semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat tuan sekeluarga, amin..
silakan semoga Allah memberikan kebahagian buat saya dan anda juga. Terima kasih doanya
Assalamualaikum...
Prof. Madya Dr Vijayaleychumy (FBMK, UPM) adalah supervisor saya...dan saya juga kini sedang menyiapkan penyelidikan tentang disleksia...
salam. maklumat yang sangat berguna. saya share maklumat ini ya, terima kasih :)
Silakan...semoga dapat membantu
Teruskan usaha...
Assalamualaikum, saya baru menghasilkan app Android (utk tablet dan smartphone) khas utk parents dan guru2 belajar teknik mengajar kanak-kanak disleksia tanpa menggunakan kertas dan pensel. Teknik ini disebut multisensori (pelbagai deria).
SIlalah kunjungi fb page https://www.facebook.com/Interlid untuk maklumat lanjut. atau http://myvitalvits.blogspot.com/2014/01/bantuan-kemahiran-membaca-untuk-kanak.html
Saya ingin jemput ibubapa utk mencuba app ini.
assalammualaikum. satu perkongsian yang baik sekali. :) izinkan saya berkongsi untuk kajian saya. wassalam/
Catat Ulasan