CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 8 Disember 2012

KRM3023 ASAS UKURAN - REFLEKSI UNIT PELAJARAN




REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
Sejarah asas ukuran

1.      Ringkasan Isi Kandungan Unit

Ukuran merangkumi 4 topik penting iaitu ukuran panjang, masa dan waktu, isipadu cecair dan timbangan berat. Masyarakat zaman purba juga mempunyai sistem ukuran tetapi hanya melibatkan pukaran bahan makanan, rekaan kediaman dan pakaian. Sistem yang seragam telah diketahui sekira 4 SM dikalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir, Lembah Indus dan Elam di Parsi. Sistem yang digunakan lebih menjurus kepada matra jasad manusia dan berbeza mengikut tempat dan keadaan seseorang. Jam matahari, jam pasir, bulan dan planet-plenat telah digunakan sebagai salah satu cara mengukur masa. Terdapat pelbagai artifak yang dijumpaiseperti Stonehenge di England sekitar 4000 tahun dahulu. Zaman dahulu juga ukuran panjang belum lagi menggunakan unit ukuran piawai seperti yang digunakan kini. Manusia hanya menggunakan batu, kaki dan tangan untuk menyatakan ukuran panjang. Keperluan dunia dalam bidang pembangunan dan kajian sains memaksa satu sistem ukuran yang standard diselaraskan diseluruh dunia hampir 300 tahun dahulu. Begitu juga dengan sejarah pencipaan unit timbangan. Sukatan yang digunakan ialah cupak, kati, tahil, gantan dan mayam. Penggunaan peralatan dacing dan pikul antara sejarah awal unit timbangan berat.  Manakala dalam mengukur isipadu  adalah dengan menggunakan bekas yang standard seperti gelen. Sistem metrik antarabangsa yang kini digunakan ialah (SI Unit) yang dipelopori oleh pemimpin revolusi Perancis dan seterus dimajukan sekitar akhir abad ke-18.


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
SI Unit
Sistem Metrik Antarabangsa
2.
Unit ukuran
Kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal dan digunakan sebagai faktor menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
3.
Standard
Sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai) sesuatu yang lain (seperti berat, isipadu)
4.
Matra jasad manusia
Penggunaan kaki, lengan, jari , depa
5.
Metre
Unit ukuran panjang yang berasal dari perkataan Yunani ”metron” yang bermaksud satu ukuran.


  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
  2.  
Sejarah ini perlu diperkenalkan kepada murid-murid terlebih dahulu sebelum memperkenalkan kepada mereka sistem metrik antarabangsa. Ini kerana murid perlu mempunyai pengalaman hands-on yakni secara praktikal berkaitan dengan ukuran dan mengaitkan pengalaman sedia ada murid dalam kehidupan sehari-hari. Mereka perlu mahir membanding, mengecam dan menganggar kuantiti yang diperlukan sebelum boleh menggunakan unit piawai yang sebenar. Unit ini juga memberi pengalaman kepada murid bahawa mengukur sesuatu benda, dan masa bukan hanya terhad kepada penggunaan satu bahan sahaja, namun boleh diperlbagaikan dengan beberapa bahan ukuran yang lain, namun ditegaskan mempunyai kelemahan berbanding dengan unit metrik yang telah digunapakai diperingkat antarabangsa.



















REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
Masa dan Waktu

1.   Ringkasan Isi Kandungan Unit

Konsep masa dan waktu merupakan antara konsep yang sukar dikuasai oleh murid-murid. Dalam unit ini menjelaskan beberapa kaedah dan aktiviti yang boleh dijalankan bagimembimbig murid mengenal, menyatakan perhubungan antara unit masa dan waktu. Masa boleh didefinisikan sebagai tempoh sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku, manakala waktu merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Pengajaran masa dan waktu melibatkan proses mengenal istilah iaitu saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, abad dan alaf disamping dapat membaca waktu berdasarkan kalender. Murid perlu menguasai perhubungan setiap istilah dalam masa dan waktu kerana ia melibatkan penukaran unit-unit. Penekanan juga diberikan kepada operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan masa yang merangkumi kemahiran penyelesaian masalah. Murid juga dibimbing dan diajar mengenal dan membaca kalender dan muka jam. Kegagalan murid memahami konsep ini akan menyebabkan mereka gagal memahami apakah sebenarnya masa dan waktu itu. Operasi asas dalam unit masa dan waktu akan menjadi lebih mudah apabila murid-murid telah mahir melakukan penukaran unit. Aktiviti ini diajar mengikut sukatan dan tahap murid bagi mengelakkan miskonsepsi dalam unit masa dan waktu disamping dapat membantu murid menyelesaikan soalan mengikut pengalaman sedia ada mereka.


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Masa
Merujuk kepada tempoh sesuatu kejadian atau masa peristiwa berlaku
2.
Waktu
Merujuk kepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku.
3.
Tempoh masa
Masa yang dilalui dari masa itu bermula sehingga masa berakhir
4.
Sistem 24 jam
Sistem yang digunakan diperingkat antarabangsa
5.
Kalender
Informasi berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada satu hari tertentu.


  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Menjadi peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk anak muridnya memahami serta menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan masa dan waktu. Miskonsepi yang sering dihadapi oleh murid saya adalah berkenaan mencari tempoh masa menggunakan kalendar. Unit pengajaran ini secara tidak langsung dapat membantu saya dan rakan-rakan dalam mencari aktiviti dan kaedah yang sesuai untuk murid-murid di sekolah disamping mengelakkan kesilapan dalam penyampaian kemahiran. Kefahaman seseorang guru dalam sesuatu topik dan kemahiran adalah amat penting kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penyampai kurikulum, pelaksana dan penilai, malah bertindak sebagai pemudahcara dalam penyampaian sesuatu kemahiran mahupun tajuk yang diajar.





















REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
Ukuran Panjang

1.    Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam tajuk ukuran panjang. Dalam pengajaran ukuran panjang, murid akan dibimbing terlebih dahulu membuat perbandingan secara pengamatan iaitu dengan menjalankan aktiviti perbandingan secara langsung dengan mengenal panjang-pendek, tinggi-rendah, jauh-dekat, dalam-cetek dan seterusnya menggunakan unit sembarangan berbentuk benda maujud seperti klip kertas, penyepit baju dan sebagainya. Setelah kemahiran perbandingan dilakukan sama ada secara langsung ataupun tidak, murid juga dibimbing membuat pengukuran menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan. Apabila murid faham mengenai perbandingan dan unit sembarangan ini, murid seterusnya diperkenalkan dengan unit ukuran yang sebenar iaitu kilometer (km), meter (m), sentimeter (cm), dan milimeter (mm). Penguasaan kemahiran unit ukuran panjang adalah dengan membaca, mengenal, membuat anggaran, membuat perbandingan, melukis dan mengukur jarak. Murid juga akan dibimbing menjalankan dan menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan empat operasi penting iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi setelah mampu menguasai dan menghafal rumus pertukaran unit ukuran panjang. Menguasai empat operasi asas matematik juga perlu diperaktikkan dengan soalan-soalan penyelesaian masalah untuk memberi


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Lebih
Melampaui had yang sepatutnya, bertambah sedikit (daripada nagka yang dinyatakan.
2.
Perbandingan
Menyamai, imbangan, persamaan
3.
Dekat
Tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir.
4.
Kurang
Tidak atau belum sampai kepada angka (ukuran, takat dan lain-lain)
5.
Hampir
Dekat, rapat, kurang sedikit daripada (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya)


  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Penguasaan sesuatu kemahiran dalam unit ukuran panjang adalah amat penting kerana murid  mudah menyelesaikan sesuatu soalan dengan adanya kemahiran dalam tajuk yang diajar. Seandainya murid tidak memahami dan menghafal rumus ukuran panjang tentunya jawapan yang diberikan oleh murid tidak tepat walaupun mereka telah menguasai empat operasi asas matematik. Adalah penting bagi seseorang guru untuk memastikan setiap anak didiknya menguasai penukaran unit ukuran panjang memandang unit ini mempunyai lebih daripada satu perkaitan yakni rumus berbanding tajuk isipadu cecair dan timbangan berat. Pengalaman sedia ada murid dalam kehidupan disekeliling perlu dikaitkan murid agar mereka mendapat gambaran yang sebenar mengenai ukuran yang dijalankan dan bukan hanya mengetahui konsep sahaja namun belajar melalui pengalaman mereka.

























REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
Timbangan Berat

1.    Ringkasan Isi Kandungan Unit

Timbangan berat merupakan satu nilai. Ia merupakan antara unit yang diberi tumpuan di dalam peringkat sekolah rendah. Konsep timbangan berat objek yakni ringan, berat, lebih berat daripada, lebih ringan daripada diperkenalkan kepada pelajar melalui aktiviti perbandingan dan penyusunan benda mengikut berat sesuatu objek. Unit ini mempunyai dua unit piawai iaitu gram dan kilogram setelah penguasaan kemahiran menganggar, membuat perbandingan antara objek, mengukur menggunakan unit sembarangan dan unit rujukan.simbol bagi gram ialah ”g” manakala kilogram ialah ”kg”. Perkaitan antara unit piawai kilogram dan gram ialah 1 kg = 1000 g. Penukaran unit gram dan kilogram perlu dikuasai oleh murid sebelum kemahiran empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Kemahiran timbangan berat ini juga mempunyai perkaitan dengan tajuk nombor bulat, nombor pecahan dan nombor perpuluhan. Ini kerana berkemungkinan hasil tambah, hasil tolak, hasil darab dan hasil bahagi memerlukan penukaran unit. Murid juga perlu mahir dalam membaca jarum dan melukis di skala pemberat. Kaedah yang boleh digunakan ialah hampir sama dengan pengajaran pembacaan skala ukuran panjang.


  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Jisim
Ukuran jumlah jirim dalam suatu objek, tidak boleh dirasa, pegang dan dilihat.
2.
Berat
Tindakan graviti ke atas jisim
3.
Unit bukan piawai berat
Sebarang ukuran abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biji getah, klip kertas, pemadam
4.
Unit lmperial
Diterima diperingkat antarabangsa contohnya auns dan pound
5.
Unit metrik
Unit diperingkat antarabangsa iaitu kilogram dan gram




  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Pengajaran unit timbangan berat mudah dikuasai oleh murid berbanding unit ukuran panjang kerana hanya melibatkan unit gram  dan kilogram sahaja. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru, murid sukar menguasai kemahiran membaca dan menulis skala pada alat kilogram dan gram. Oleh yang demikian, penekanan dan pemahaman yang jelas perlu diberikan kepada murid bagi penguasaan keseluruhan kemahiran yang terdapat dalam unit timbangan berat terutamanya membaca pecahan diskala pemberat disambing kemahiran membaca dan melukis jarum pada skala pemberat. Penerangan dan contoh aktiviti yang ditunjukkan dalam modul ini sedikit sebanyak membantu saya dalam mempelbagaikan aktiviti dan kaedah pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
























REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
Isipadu Cecair

1.    Ringkasan Isi Kandungan Unit

Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Sebelum adanya Sistem Metrik SI adalah sukar untuk manusia menyukar jumlah cecair kerana tidak ada bekas yang standard. Unit piawai bagi isipadu cecair ialah liter (l) dan mililiter (ml) yang mana 1 liter bersamaan dengan 1000 mililiter. Menganggar ialah kemahiran yang perlu diberi tumpuan sebelum menekankan kemahiran menyukat dan membaca kandungan cecair yang terdapat dalam alat penyukat. Isipadu cecair berkemungkinan adalah sama walaupun mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza. Seawal Tahap 1 yakni di Tahun 2, murid-murid telah diajar mengenal unit milimeter dan liter dan pada peringkat inilah kemahiran-kemahiran isipadu cecair perlu ditekankan sedari awal agar tidak berlaku miskonsepsi pada kemahiran yang seterusnya. Berbagai benda maujud yang berada di sekeliling yang boleh dijadikan sebagai unit sebarangan sebelum murid diperkenalkan dengan unit piawai. Pengunaan istilah lebih besar daripada, lebih kecil daripada juga diperkenalkan kepada murid-murid. Kaedah bacaan pada alat penyukat perlu diberi perhatian iaitu membawa ukuran berdasarkan bawah meniskus atau lengkung

  1. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Penjelasan
1.
Isipadu cecair
Jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Isipadu tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah
2.
Kapasiti
Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas (muatan bekas)
3.
Meniskus
Permukaan cecair (dalam bekas) yang kelihatan berlekuk (cembung dan cengkung) akibat tindakan daya pada permukaan.
4.
Unit rujukan
Alat penyukat yang digunakan khusus untuk menyukat isipadu cecair
5.
Sama banyak
Jumlah atau kuantiti sesuatu sama banyak atau nilai dengan yang lain


  1. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Pengalaman mengajar unit isipadu cecair tidaklah sesukar mengajar unit masa dan waktu. Ini kerana ia hanya melibatkan 1 perkaitan sahaja iaitu 1 l = 1000 ml berbanding dengan unit masa dan waktu yang melibatkan banyak perkaitan yang perlu dikuasai oleh murid. Saya melihat bahawa murid kurang diberikan benda maujud mengenai unit ukuran ini yakni guru-guru boleh membantu murid memahami perkaitan unit ini dengan menggunakan benda maujud iaitu bikar. Terdapat bacaan pada alat penyukat tersebut untuk membantu murid membaca skala dalam situasi dan peralatan yang sebenar. Walaupun murid boleh menyatakan perkaitan unit isipadu cecair, tetapi jika tidak mampu membaca pecahan yang terdapat pada alat penyukat akan menyukarkan mereka menyelesaikan soalan-soalan penyelesaian masalah.


0 ulasan: