PENGHARGAAN
Saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah turut sama membantu dalam menghasilkan kajian tindakan ini
terutamanya
Dr.
Che Nidzam bt. Che’ Ahmad , pensyarah e-learning Universiti Perguruan Sultan
Idris atas usaha beliau dalam memberi tunjuk ajar, teguran, cadangan dalam
menyiapkan kajian tindakan ini.
Encik
Jamri Abunawas, tutor KRS3023 Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah di
Maktab Rendah Sains Mara, Tawau atas nasihat, tunjuk ajar, bimbingan,
Rakan-rakan
UPSI
Rakan-rakan
guru Sekolah Kebangsaan Umas-umas, Tawau
Dan yang paling penting
kepada suami yang tercinta
Hasnan Mat Zin
dan anak-anak tersayang
Fatin Husna, Fairuz Hanan
dan Faris Hilman
terima kasih kerana sentiasa
memahami tugas Umi
TAJUK KAJIAN :
SIKAP
MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN MURID TAHUN 5 SEKOLAH
KEBANGSAAN UMAS-UMAS, TAWAU
NAMA :
KASTURI
BINTI NUSI
NAMA SEKOLAH :
SK.
UMAS-UMAS, PETI SURAT 60911,
91019
TAWAU,
SABAH.
ABSTRAK
Kekurangan
penglibatan murid Tahun 5 dalam mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan
Umas-umas merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian
mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mungkin dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam peperiksaan dan minat murid terhadap Sains. Kajian ini
bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap murid terhadap mata pelajaran Sains
mempengaruhi pencapaian mereka dalam peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap
3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan. Seramai 60 orang murid terlibat sebagai
sampel kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelakar terhadap
konsep kendiri dan Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian
jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga
merupakan peramal kepada pencapaian murid dalam peperiksaan.
PENDAHULUAN
Berlandaskan
kepada cabaran keenam dalam cabaran strategik Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan
Sains Negara dan Misi Pendidikan Sains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganya
menekankan kearah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan Sains
dalam setiap kehidupan. Menurut Harlen (1996), literasi Sains dimiliki oleh
seseorang digambarkan dengan melihat kemampuan dan mengkaji sesuatu secara saintifik
dan melihat sama ada fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya.
Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita.
Itulah yang sering kita dengar apabila memperkatakan tentang sikap. Sikap
seseorang objek boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Mengikut ahli
psiokologi sosial, sikap meliputi 3 komponen utama iaitu afektif, perilaku dan
kognisi (Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi. Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam
diri manusia.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian murid-murid di sekolah. Antara faktor-faktor yang
dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid.
Sikap memainkan peranan yang penting
untuk mencapai
kejayaan
di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam
sesuatu perkara, ramai
orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula,
guru-guru sering menyatakan
bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.
Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu
perkara atau fenomena (Robbins, 1986). Persepsi murid-murid
terhadap sesuatu mata pelajaran akan
membentukkan sikap mereka terhadap
mata pelajaran
tersebut. Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan murid, maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat sikap murid terhadap mata pelajaran Sains dan hubungkaitnya dengan pencapaian mereka dalam mata
pelajaran ini. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami
sikap murid terhadap mata pelajaran
diajarnya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan
oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang
bersesuaian demi mengubah
sikap murid dan seterusnya membawa kepada
pencapaian yang cemerlang.
LATAR BELAKANG MASALAH
Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah
ataupun sekolah menengah. Mempelajari Sains
adalah penting kerana dalam kehidupan harian kita tidak boleh mengelak
daripada aplikasi Sains contohnya semasa aktiviti
memasak di rumah, pergerakan, pencahayaan, hidupan manusia, tumbuhan dan haiwan
dan tidak lain juga pembelajaran alam cakerawala. Di sekolah
juga, banyak mata pelajaran
lain seperti fizik, kimia, matematik, prinsip akaun, geografi yang
juga melibatkan pembelajaran sains. Maka penguasaan Sains dengan baik memberi keuntungan
dalam mempelajari
mata pelajaran tersebut. Memandangkan kepentingan Sains ini, murid haruslah mengamalkan
sikap yang positif terhadap mata pelajaran tersebut.
Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata
pelajaran Sains di kalangan murid
kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan
dengan sikap mereka seperti tidak berminat atau
dengan mengatakan Sains itu susah dan
berasa takut semasa mempelajari Sains
serta persepsi negatif yang lain. Oleh itu, kajian ini
cuba meninjau sejauh manakah sikap murid terhadap
mata pelajaran Sains
ini memberi kesan terhadap pencapaiannya.
Kajian lepas menunjukkan dua pendapat iaitu satu kelompok menyatakan sikap murid terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi
dengan pencapaiannya. Misalnya kajian yang dibuat oleh Jordan (1940) telah
menggunakan teknik soal selidik yang
dimajukan oleh Thurstone dan Chave (1929) untuk menguji sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan
231 pelajar (berumur 11-15
tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap murid terhadap mata pelajaran itu. Demikian juga dengan kajian Rallison (1941), yang dibuat di
kalangan pelajar-pelajar berumur
11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah mendapati bahawa sikap dan minat murid mempunyai hubung-kait
yang kuat dengan pencapaian mereka
dalam mata pelajaran pendidikan
Jasmani, bahasa
Inggeris, dan sejara. Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities
(VMA) dijelaskan faktor sikap dan minat
saling mempengaruhi
pencapaian murid-murid tersebut.
Fitt (1957) yang membuat kajian di Auckland,
New Zealand juga mendapati
hubungan antara sikap murid terhadap mata
pelajaran adalah mempunyai kaitan yang positif dengan
pencapaian
setelah
beliau menggunakan
soalselidik di kalangan
1244 orang murid di bandar itu. Lebih lanjut lagi
beliau menunjukkan perubahan umur murid dari rendah ke peringkat
menengah mempengaruhi
perubahan sikap murid terhadap persekolahan mereka.
Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba
berbagai-bagai teknik.
Tetapi kelompok
lain seperti kajian Jackson dan Lahademe
(1957) yang mengkaji pencapaian pelajar dan sikap mereka di kalangan pelajar gred 6 di enam
buah sekolah di Chicago dengan menggunakan
Ujian IQ Kulmann-Anderson dan
Michigan Student Questionnaire (MSQ)
telah gagal mencari korelasi
yang jelas antara sikap pelajar
dan pencapaiannya. Demikian
juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass terdahulu dari itu gagal mencari korelasi antara sikap pelajar
terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang
pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam
membuat ukuran sikap dan ujian
pencapaian telah menyebabkan kajian
ini gagal mencari jawapan
antara dua pembolehubah berkenaan.
Kesimpulannya, ada kemungkinan
berjaya atau gagalnya mencari
pertalian antara sikap dengan
pencapaian murid berkait
rapat dengan teknik
kajian, dan bagaimana
kajian itu dibuat.
PERNYATAAN
MASALAH
Kajian
yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap mempunyai kesan tertentu terhadap
murid. Sikap berkenaan akan dilihat
dari aspek komitmen iaitu penglibatan murid secara aktif atau
tidak terhadap mata pelajaran Sains, aspek emosi
di
mana perasaan pelajar sama ada ‘favorable’ atau tidak
‘favorable’ terhadap Sains dan aspek berwawasan iaitu pelajar
bersifat inisiatif atau tidak terhadap
matematik. Ketiga-tiga aspek ini
kemudian dihubungkan dengan pencapaian Sains
mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Kajian
ini akhirnya cuba mendapat jawapan
sejauh manakah sikap terhadap pelajaran
boleh dijadikan faktor pencapaian
mereka di sekolah.
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian
ini bertujuan mengenalpasti sikap murid
terhadap mata pelajaran Sains. Melalui beberapa persepsi muridr iaitu komitmen,
emosi dan berwawasan terhadap mata
pelajaran Sains dengan pencapaiannya dalam mata pelajaran
tersebut berdasarkan
peperiksaan akhir tahun 2012. Objektif kajian ini ialah:
I. Mengetahui persepsi murid terhadap mata pelajaran Sains.
II. Mengkaji
perhubungan
antara
sikap
murid
terhadap
mata pelajaran Sains dengan pencapajan
HIPOTESIS
i. Tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara sikap komitmen murid
terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian
ii. Tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara sikap wawasan
murid terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian.
iii. Tidak
terdapat
perhubungan
yang
signifikan
antara
sikap
emosi murid terhadap mata pelajaran Sains
dengan pencapaian .
Pencapaian murid
dalam sesuatu mata pelajaran
adalah bergantung kepada sikap
pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran itu. Sikap yang positif terhadap mata pelajaran memberi
rangsangan kepada seseorang
dalam pembelajaran
mata pelajaran tersebut. Kajian ini dapat membantu guru mengenalpasti sikap pembelajaran murid dan seterusnya dapat
merancang strategi pengajaran
yang bersesuaian dengan pembelajaran murid-murid dengan mengubah sikap negatif
mereka kepada sikap yang positif.
KEKANGAN
KAJIAN
Kajian
ini membuat andaian bahawa pencapaian akademik murid yang baik adalah disebabkan oleh sikap mereka. Kajian ini
juga mengawal faktor luar yang boleh mempengaruhi
pencapaian seseorang seperti baka, taraf sosial ekonomi, latar belakang
keluarga dan faktor guru.
DEFINISI
ISTILAH
Pengertian sikap terlalu luas dan berbagai-bagai
tetapi untuk kajian ini pengertian yang diberikan oleh Katz (1966), Menurut beliau, sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu di dalam
memberi nilai terhadap
simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan
atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.
Pencapaian
pula diperingkat sekolah rendah merujuk kepada skor atau gred yang diperolehi
dalam peperiksaan dinilai dengan A, B, C, D dan E. pencapaian gred A adalah
sangat baik, B baik, C lulus, D lemah dan E sangat lemah iaitu D dan E adalah
gagal.
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan untuk melihat persepsi murid terhadap beberapa
aspek pembelajaran Sains mereka. Aspek-aspek tersebut akan
dilihat dari segi komitmen, perasaan
dan berwawasan. Pencapaian murid dalam mata pelajaran
Sains diukur berdasarkan
gred yang diperolehi oleh murid dalam
peperiksaan akhir tahun Tahun
5 bagi tahun 2012.
Responden
kajian
ialah
murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan
Umas-umas Tawau, Sabah yang telah menduduki
peperiksaan akhir tahun pada tahun 2012. Murid yang
terlibat dalam kajian ini seramai 60 orang yang dipilih secara
rawak dari berbagai kaum dan jantina.
Soal selidik yang digunakan dibina
berdasarkan soal selidik
Aiken (1997) dan diubahsuai selepas melaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat dalam
kajian sebenar. Kajian rintis telah dibuat bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahannya adalah
baik.
ANALISI DATA
Pencapaian Sains murid adalah merujuk kepada gred yang diperolehi dalam peperiksaan akhir tahun 2012.
Semua data-data yang diperolehi
akan dianalisis. Analisis deskriptif seperti jumlah dan peratus akan digunakan.
KEPUTUSAN
Data-data telah dikumpul dari 60 orang responden yang dipilih dari kelas Tahun 5
di Sekolah Kebangsaan Umas-umas di Tawau, Sabah. Skor yang diperolehi telah diubahsuai dan
dibahagikan kepada 3 komponen sikap
iaitu komitmen, emosi dan berwawasan yang masing-masing
mempunyai
3 nilai iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
Pengumpulan data telah
dijalankan dengan lancar di mana murid-murid
yang menjawab soal selidik telah memberi
kerjasama.
KEPUTUSAN DESKRIPTIF
Jadual
1 menunjukkan data kekerapan untuk 3
komponen sikap yang dikaji. Pada
keseluruhannya sikap murid adalah berada
di tahap sederhana dan tinggi. Secara terperinci sikap komitmen dan wawasan
murid lebih bercenderung pada tahap yang tinggi iaitu 66.7% dan 75% daripada
responden berada di kategori ini.
Ini bermakna ramai murid mempunyai sikap yang ingin berusaha dan menyedari
kepentingan Sains terhadap masa
depan mereka. Walau bagaimanapun,
keadaan yang sebaliknya dilihat pada sikap emosi pelajar. Dalam komponen ini terdapatnya 68.3% responden
mempunyai emosi yang sederhana berbanding dengan hanya 31.7% sahaja beremosi
tinggi terhadap Sains.
Ketiga-tiga sikap ini boleh dikatakan sejajar
dengan pencapaiannya dengan memandang kepada kekerapan data pencapaian
responden, di mana taburan yang
banyak juga berada di tahap sederhana
dan
tinggi dengan
keputusan bahawa 6 orang mempunyai pencapaian Sains yang rendah,
47 orang mencapai tahap sederhana dan seramai
7 orang mempunyai pencapaian yang tinggi.
Jadual 1: Kekerapan komponen sikap dan pencapaian
ITEM
|
TAHAP
|
KEKERAPAN
|
PERATUS
|
KOMITMEN
|
Sederhana
|
20
|
33.3
|
Tinggi
|
40
|
66.7
|
|
WAWASAN
|
Sederhana
|
15
|
25
|
Tinggi
|
45
|
75
|
|
EMOSI
|
Sederhana
|
41
|
68.3
|
Tinggi
|
19
|
31.7
|
|
PENCAPAIAN
|
Rendah
|
6
|
10
|
Sederhana
|
47
|
78.3
|
|
Tinggi
|
7
|
11.7
|
Jadual
2 : Skor pencapaian
Kelas
|
Bil Calon
|
GRED A
|
GRED B
|
GRED C
|
GRED D
|
GRED E
|
Menguasai
|
GPMP
|
||||||||
Daftar
|
Ambil
|
TH
|
Bil
|
%
|
Bil
|
%
|
Bil
|
%
|
Bil
|
%
|
Bil
|
%
|
Bil
|
%
|
||
AMANAH
|
28
|
28
|
0
|
1
|
3.57
|
6
|
21.4
|
21
|
75
|
0
|
0
|
0
|
0
|
28
|
100
|
2.71
|
BESTARI
|
32
|
32
|
0
|
0
|
0
|
0
|
0
|
26
|
81.3
|
6
|
18.8
|
0
|
0
|
26
|
81.3
|
3.19
|
JUMLAH
|
60
|
60
|
0
|
1
|
3.57
|
6
|
21.4
|
47
|
78.3
|
6
|
10
|
0
|
0
|
54
|
90
|
5.9
|
Jadual
3 : Skor sikap dan pencapaian
Sikap Murid
|
Nilai
|
Pencapaian
|
Jumlah
|
|||
Rendah
|
Sederhana
|
Tinggi
|
||||
Komitmen
|
Sederhana
|
10
|
6
|
4
|
20
|
|
Tinggi
|
8
|
21
|
11
|
40
|
||
Wawasan
|
Sederhana
|
7
|
4
|
4
|
15
|
|
Tinggi
|
7
|
28
|
10
|
45
|
||
Emosi
|
Sederhana
|
10
|
14
|
17
|
41
|
|
Tinggi
|
4
|
9
|
6
|
19
|
Dalam analisis yang dibuat, sikap
komitmen murid yang tinggi juga cenderung
ke arah pencapaian yang tinggi iaitu
40 orang yang bersikap komitmen tinggi, 11 antaranya memperolehi
pencapaian yang tinggi. Manakala dari 21 orang yang
bersikap komitmen sederhana, kebanyakannya bertabur di pencapaian yang rendah iaitu seramai 8 orang. Sikap wawasan juga menunjukkan dapatan yang serupa
dengan sikap komitmen. Bilangan besar murid yang mempunyai sikap wawasan yang tinggi , boleh dilihat di
sekitar pencapaian sederhana dan tinggi dengan terdapatnya 28 orang dan 10
orang. Keadaan yang sebaliknya berlaku pada sikap
emosi, di mana kebanyakan pelajar mempunyai sikap emosi sederhana. Antara mereka
ini, 10 orang telah mempunyai pencapaian yang rendah, 14 orang dengan pencapaian sederhana dan terdapat 17
orang mempunyai pencapaian yang tinggi. Fenomena sikap emosi ini menerangkan perasaan pelajar terhadap Sains kurang merangsangkan dalam meningkatkan pencapaian Sains mereka.
PERBINCANGAN
Secara
keseluruhan, kajian telah menunjukkan
bahawa sikap komintmen pelajar terhadap mata pelajaran Sains mempunyai
hubungan kait dengan pencapaian Sains mereka.
Manakala
sikap
wawasan dan emosi tidak mempunyai pertalian dalam pencapaian Sains. Analisis data menunjukkan korelasi antara sikap pelajar
dan pencapaian adalah lemah. Jika
ditinjau dari setiap
komponen sikap
tersebut, komitmen dan wawasan
yang tinggi memberi rangsangan dalam pencapaian akademik yang baik,
walaupun tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat
juga
pelajar yang memperolehi
skor Sains yang rendah.
Dari ketiga-tiga sikap ini, sikap emosi adalah
sukar diramalkan. Manusia adalah unik dan mempunyal sifat peribadi yang amat berbeza. Dari kajian ini, keputusan emosi yang
diperolehi adalah selalu bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh
sikap komitmen dan wawasan.
Perasaan afektif ini haruslah diberi prihatin supaya dapat
mengimbangi pembentukan
sikap individu dan pemantapannya. Kejayaan dan kegagalan murid dalam
sesuatu mata pelajaran
bergantung kepada
berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam kajian ini hanya sikap komitmen pelajar menunjukkan korelasi
dengan pencapaian mereka,
faktor sikap yang lain tetap menjadi perhatian. Dalam dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang
dengan kemampuan murid untuk
mendapatkan skor yang baik dalam
mata
pelajaran berkenaan. Maka
sebagai pembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada sikap
murid terhadap mata pelajaran yang
diajarnya.
Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu
meningkatkan prestasi pencapaian Sains
di kalangan murid:
1. Guru memeringkatkan bahan pengajaran-pembelajaran
supaya mendahului
dengan topik yang senang,
diikuti dengan topik yang kompleks.
Tindakan ini menyediakan pelajar
supaya tidak berasa kecewa dan terdesak apabila menghadapi masalah konsep Sains.
2. Guru memberi contoh-contoh
Sains yang berhubung dengan
kehidupan harian supaya
pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya
dan aplikasinya dalam kehidupan harian.
3. Memupuk minat belajar
Sains di kalangan pelajar
dengan cara simulasi. Ini kerana minat merupakan sebahagian pembentukan sikap pelajar terhadap sesuatu
fenomena.
4. Menyediakan
bahan pengajaran yang bukan hanya dapat membantu memupuk minat mereka terhadap
mata pelajaran Sains, malah ia dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam
peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam.
5. Guru
perlu meningkatkan pembelajaran yang kondusif dalam pembelajaran sains agar
dapat meningkatkap emosi murid-murid untuk menerima apa yang diajar dalam
Sains.
6. Guru
perlu lebih peka jika murid mempunyai masalah dalam tugasan Sains. Ia bagi
membantu meningkatkan konsep kendiri murid.
Sebagai kesimpulan, dapatan dari kajian
ini memberikan suatu pengambaran
pengajaran-pembelajaran di kalangan murid
terhadap mata pelajaran Sains. Walaupun
hubungan antara sikap dan pencapaian mereka
adalah lemah, kita tidak boleh mengabaikan faktor sikap ini. Malah kita
perlu melakukan kajian yang lebih mendalam tentang sikap murid supaya menyediakan suatu instrumen yang mantap
untuk menilai sikap terhadap
pencapaian pelajar. Sikap yang positif juga mungkin wujud berasaskan kesedaran
murid berhubung kerjaya professional yang berkaitan dengan Sains seperti perubatan
dan kejuruteraan yang dikukuhkan lagi dengan era teknologi maklumat dan dunia
tanpa sempadan. Di samping itu, pendidik Sains, serta individu yang bertanggungjawab dalam penggubalan
kurikulum pendidikan Sains perlu memikirkan
program, corak pengajaran dan intervensi yang dapat meningkatkan
motivasi pelajar dalam Sains iaitu mempelajari
Sains luar daripada lingkungan sekolah dan juga untuk memperoleh pekerjaan, dengan pemupukan perasaan menghargai Sains dalam kehidupan
seharian, usaha ke arah pemupukan literasi
Sains dapat diteruskan malah direalisasikan.
RUJUKAN.
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi
Ketiga (
Disember 2008). Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Janting Ak Ringkai & Jamin Nantang (2006). Jilid 1: Jurnal
Penyelidikan Tindakan Tahun 2006. Daripada
Grid Ke JSPG , m/s 102-110. Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Ismail Kailani,
Khairuzaman Ismail. Mengenal Pasti
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran
Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Fakulti
Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 – 30
September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Kompilasi Kajian Tindakan (2007). Pejabat Pelajaran Gabungan
Sandakan
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan
Pendidikan Skudai Johor :UTM.
Mohd Ali Samsudin, Syarifah
Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2006). Kaedah
Mengajar Sains. Bentong Pahang: PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Poh Swee Hiang .(1997). Pedagogi Sains
2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd..
Saifuddin Azwar (1995). Sikap
Manusia (Edisi Kedua). Yogyakarta
: Pustaka Pelajar.
Soon Seng Thah (2006). Kajian
Tindakan Dalam Pendidikan : Trend, Metadologi & Prospek. Seminar Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran
Negeri Pulau Pinang
0 ulasan:
Catat Ulasan