CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 8 Disember 2012

KRM3013 AKTIVITI ASAS NOMBOR




1.    TEMA      :          
1.1.  Perpuluhan


2.    TAJUK   :
2.1.  Darab Perpuluhan


3.    HASIL PEMBELAJARAN       :
3.1.  Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

a)    Menguasai isi kandungan pelajaran
-     Mendarab unit panjang melibatkan penukaran unit:
                        a)         Nombor 1  dan 2 digit
                        b)          10, 100. 1000

b)    Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
-          Menyelesaikan  soalan  penyelesaian  masalah  melibatkan operasi asas dalam ukuran panjang

c)    Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
-          Berani mencuba
-          Melibatkan diri dalam aktiviti bersoal jawab
-          Seronok melakukan aktiviti


4.    LANGKAH-LANGKAH :

AKTIVITI 1 : (+25 minit )
a)    Penerangan menjelaskan tajuk yang diajar pada hari ini.

b)    Guru memaparkan slaid powerpoint kepada murid di hadapan kelas. Disamping itu murid boleh juga melihat paparan tersebut  di komputer murid-murid yang telah dilinkkan.



c)    Murid memberi perhatian terhadap penerangan yang disampaikan oleh guru.

d)    Guru menjelaskan kepada murid berberapa perkara penting yang perlu dikuasai dalam tajuk perpuluhan.
 

e)    Guru menjelaskan salah satu kaedah penyelesaian darab perpuluhan boleh diselesaikan menggunakan jadual kekisi.

f)     Guru membimbing murid membina kotak kekisi bagi memudahkan murid menyelesaikan soalan darab melibatkan perpuluhan.
 

g)    Guru meminta bantuan doktor muda dalam setiap kumpulan untuk membantu pesakit yakni rakan-rakan yang belum berkemahiran membina jadual kekisi.

h)    Guru menunjukkan  contoh menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor perpuluhan.


i)      Guru memberi beberapa contoh soalan.

j)      Murid diminta menyelesaikan soalan berpandukan kotak kekisi yang ditunjukkan.

k)    Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran operasi darab perpuluhan

l)      Guru juga membimbing murid menyelesaikan soalan yang melibatkan digit 10, 100, dan 1000. Guru menegaskan pengetahuan sedia ada yang telah dipelajari oleh murid mengenai kemahiran ini.




AKTIVITI 2 :  (+15 minit )

a)    Guru mengarahkan murid agar berada dalam kumpulan masing-masing untuk menjalankan aktiviti kumpulan.

b)    Setiap kumpulan terdiri dari 4 orang ahli.


c)    Paparan slaid aktiviti  ditunjukkan. Murid boleh juga melihat paparan tersebut  di komputer murid-murid yang telah dilinkkan.


d)    Guru menjelaskan kepada murid bagaimana aktiviti dijalankan. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti mengikut kumpulan.

e)    Setiap ahli akan memilih nombor soalan dan menyelesaikan mengikut masa yang diperuntukkan.

f)     Murid yang tidak dapat menjawab soalan akan hilang markah, dan soalan akan dibuka untuk rakan kumpulan yang lain.

g)    Slaid berikut akan ditunjukkan bagi murid yang dapat menjawab dengan betul

h)   
Manakala paparan berikut akan muncul bagi murid yang salah menjawab soalan yang diberikan.

i)      Markah terkumpul bagi setiap murid akan diumumkan oleh guru.

j)      Guru akan memberi kesimpulan tajuk yang diajar pada hari tersebut.

k)    Murid bersoal jawab dengan guru.

l)      Guru seterusnya memberi lembaran kerja bagi menguji kefahaman murid tentang tajuk yang dipelajari pada hari tersebut secara individu (Rujuk Lampiran 3)


5.    BAHAN PENGAJARAN          :

                                                 i.        Microsof Powerpoint menggunakan audio dan visual gambar bergerak. (RUJUK LAMPIRAN 1)
a.    Aktiviti 1
b.    Aktiviti 2

                                                ii.        Lembaran Kerja Individu
(RUJUK LAMPIRAN 2)

6.    PENILAIAN
6.1.  diedarkan dengan lembaran kerja bagi menguji kefahaman murid dengan kemahiran yang diajar oleh guru.
( Rujuk Lampiran 3 )

7.    JANGKAAN REFLEKSI

Melalui pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan berasa seronok. Ini kerana murid dapat berinteraksi dengan bahan pengajaran yang menyeronokkan. Selain itu juga, murid diberi peluang menggunakan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. Ini dapat memupuk minat murid untuk mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih efektif dan berkesan sama ada di dalam bilik darjah mahupun dimakmal sekolah. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga, guru perlu mengajukan soalan-soalan yang mencabar minda murid-murid. Cara ini boleh menimbulkan rasa ingin tahu  dan seterusnya mereka akan menumpukan perhatian mereka dan berusaha menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru sama ada melalui bimbingan guru dan rakan mahupun insiatif mereka sendiri.

Kemahiran menunjuk cara dapat menumpukan perhatian murid kepada pengajaran yang akan disampaikan. Penggunaan alat bantu mengajar sama ada benda konkrit, media atau teknologi bagi memperkenalkan konsep dan pengukuhan kemahiran merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk memudahkan penyampaian sesuatu konsep mahupun kemahiran matematik. Kawalan kelas juga perlu  diberi perhatian kerana apabila menggunakan bahan media atau teknologi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran murid pastinya akan lebih teruja. Kawalan kelas merupakan antara salah satu faktor keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. Sebelum pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan persediaan yang lengkap untuk menggunakan peralatan media. Ini kerana peralatan media memerlukan pemasangan beberapa bahan elektronik yang lain seperti LAPTOP, LCD SKRIN. Kegagalan memastikan semua peralatan ini sempurna boleh mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga perlu memastikan penglibatan murid-murid secara aktif serta secara optimumnya. Guru haruslah menggunakan kaedah-kaedah inkuiri penemuan, kaedah penyoalan, kaedah kerja praktik, dan kaedah kerja kumpulan sebagai menggalakan mereka menyertai aktiviti pembelajaran dengan sepenuhnya. Guru juga perlu memainkan peranan sebagai pemimpin dan penggalak pembelajaran. Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh diberikan latihan bertulis sebagai penilaian pengajaran yang disampaikan oleh guru. Tujuan penilaian ini juga untuk membantu murid memperkukuhkan kemahiran matematik yang baru dikuasai oleh mereka. Dalam pengajaran kali ini saya menggunakan lembaran kerja berbentuk individu. Peneguhan perlu diberikan kepada murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut teori pembelajaran Skinner, pemeriksaan kerja murid merupakan salah satu peneguhan positif yang berkesan. Jika diuruskan dengan baik akan menjadi dorongan kepada murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.





LEMBARAN KERJA INDIVIDU


Nama       : ……………………………………………..

Kelas       : ……………………………………………          Tarikh    : …………….


1.      7.3   x         5   = _________

2.      37.4   x   9 = ______


3.      42.51  x  8           = ________
4.      7.007  x   7          = ________
5.      13.6   x 20 = _________



6.      20.58    x   45      = ________

7.      37.2 mm  x 100  = ________

8.      28.001 m   x   10          = _______
9.      42.52 mm   x   10 =  _______

10.    52.92 m   x  1000 =  _______


0 ulasan: