CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 19 Jun 2013

RANCANGAN PENGAJARAN SAINS




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 ( RPH 1)




Tahun                                    : 4 Amanah

Masa                                     : 8.20 – 9.20 am

Mata Pelajaran                    : Sains

Tema                                      : Menyiasat Alam Kehidupan

Bidang Pembelajaran         : Hidupan Melalui Proses Hidup

Objektif pembelajaran         : Murid perlu menganalisis proses hidup yang dilalui oleh
  haiwan

Hasil Pembelajaran                         : Di akhir pengajaran ini murid dapat :
                                                 i)    Menerangkan kitar hidup pelbagai haiwan
                                                            ii)   Membuat kesimpulan bahawa haiwan
       mempunyai  kitar hidup yang   berbeza

K. Proses Sains                   : Memerhati,   Berkomunikasi,

Nilai saintifik                         : Mensyukuri ciptaan Tuhan , Bekerjasama

Pengetahuan Sedia ada    : Murid sudah mengetahui 2 cara haiwan membiak.

A. Bantu Mengajar               : Perisian Instruktional dan lembaran kerja, sampul kerja  
   kumpulan



LANGKAH
ISI KANDUNGAN
KAEDAH PENYAMPAIAN
CATATAN

Set Induksi

 Penerangan tentang tajuk
-         

Kitar hidup haiwan seperti rama-rama

Guru memperdengarkan lagu rama-rama kepada murid

Guru bersoal jawab dengan murid
“ Apakah yang kamu faham dari lagu tadi?”
“Apakah kaitan tajuk tadi dengan pelajaran hari ini ?”

Guru perkenalkan tajuk hari ini

Strategi P&P

Kaedah : Kelas

Teknik : Soal jawab

KPS : memerhati



Langkah 1

Penerangan tentang kitar hidup haiwan yang berlainan

1. rama-rama
   Telur – ulat beluncas –  Pupa – rama-rama

2. Katak
    Telur – berudu – katak


3. Nyamuk

Guru menerangkan bahawa haiwan mempunyai kitar hidup yang berbeza kepada murid dengan memperlihatkan tutorial menggunakan powerpoint dan video.

Murid dikehendaki mencatat maklumat yang mereka perolehi melalui tutorial yang ditayangkan


Daripada tutorial yang dipertontonkan murid membuat kesimpulan bahawa haiwan mempunyai kitar hidup yang berbeza antara satu sama lain


Alat : Komputer

KPS : memerhati

Langkah 2

Kerja berkumpulan

Guru mengedarkan sampul yang mengandungi kad bergambar.

Murid diminta melekat kad bergambar di kertas turutan yang telah disediakan.

Murid melakukan aktiviti ini bersama rakan kumpulan dengan bantuan guru sebagai pembimbing.

Alat : Sampul soalan, maklumat kitaran haiwan,


Nilai : bekerjasama

Langkah 3

Pembentangan kumpulan

Ketua  kumpulan membentangkan
hasil perbincangan mereka

Kumpulan  lain akan memberikan
komen atau pendapat di akhir pembentangan setiap ahli kumpulan

Teknik : sumbangsaran



Nilai : Hormat

Langkah 4

Kitar hidup haiwan

Guru mengedarkan lembaran kerja  berbentuk teka silang kata.

Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.

Guru dan murid menyemak lembaran kerja yang diberikan.

Peneguhan diberikan.

Alat : lembaran kerja


Nilai :
Tekun

KPS :
berkomunikasi

Penutup




Guru membincangkan kembali isi pelajaran hari ini

Guru bersoal-jawab dengan  murid Cth :
 “ Apa yang kamu faham   tentang kitar hidup haiwan?”

 “ Berapakah fasa  kitar
  hidup seekor katak?”

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

Alat : Komputer,
Rakaman video




0 ulasan: