CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 19 Jun 2013

PENGURUSAN KO-KURIKULUM - KERTAS KERTAS PENGELOLAAN PERTANDINGAN CATUR MSSDT 2012 BAWAH 12 TAHUN






KERTAS KERTAS
PENGELOLAAN PERTANDINGAN CATUR MSSDT 2012
BAWAH 12 TAHUN

1.0.        PENGENALAN

            Sukan catur adalah salah satu jenis sukan yang dipertandingkan daripada 24 jenis sukan yang telah ditetapkan oleh MSSM. Tahun 2012, adalah tahun bersejarah bagi takwim Unit Kokurikulum S.K Umas-Umas kerana buat julung kalinya semenjak sekolah ini dibuka, pihak PPD Tawau telah memberi mandat kepada pihak sekolah untuk mengelolakan pertandingan catur bawah 12 tahun peringkat MSSDT.

            Pihak sekolah telah menerima tanggungjawab yang diberi dengan hati yang terbuka. Pihak sekolah juga berharap pengelolaan pertandingan yang akan dilaksanakan nanti akan berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak PPD Tawau.


2.0.        OBJEKTIF

·        Meransang murid-murid untuk bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum antaranya ‘Kelab Catur’ di sekolah.
·       Memberi peluang kepada murid-murid memperlihatkan kebolehan dan kepakaran mereka dalam bidang catur
·         Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dikalangan sekolah-sekolah di daerah Tawau.


3.0.        TUJUAN
·         Mencungkil bakat murid-murid diperingkat sekolah rendah di daerah Tawau
·         Memupuk semangat kerjasama dikalangan guru dan murid di daerah Tawau
·         Menyemai semangat berpasukan dikalangan murid.
·         Memberi peluang kepada murid berkongsi bakat dan kebolehan mereka.


4.0.        TEMA
“Cemerlang Bersama Catur”


5.0.        SASARAN

            Terdapat sebanyak 59 buah sekolah rendah yang ada di dalam daerah Tawau. Namun begitu, 59 buah sekolah tersebut telah diagihkan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan oleh PPD. Terdapat 6 zon yang telah ditetapkan oleh PPD Tawau iaitu:

                      i.        Zon Bandar Utara
                     ii.        Zon Bandar Selatan
                    iii.        Zon Balung
                   iv.        Zon Merotai
                    v.        Zon Kalabakan
                   vi.        Zon Pulau Sebatik

            Pertandingan catur bawah 12 tahun MSSDT 2012 akan disertai oleh 6 zon yang disenaraikan di atas. Harapan pihak pengelola, kesemua zon di atas akan menghantar wakil (peserta) masing-masing mengikut kategori yang dipertandingkan.

6.0.        TARIKH, MASA DAN TEMPAT

            Tarikh pertandingan catur bawah 12 tahun MSSDT 2012  telah ditetapkan oleh pihak PPD. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 2 dan 3  Oktober 2012. Tempat pertandingan akan ditentukan oleh pihak pengelola. Pihak SK Umas-Umas telah memutuskan pertandingan akan dilaksanakan di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Umas-Umas. Masa pertandingan adalah antara pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.30 petang.

7.0.        KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Setiap pasukan akan menghantar 5 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Berikut ialah kategori yang akan dipertandingkan:

a)    Kategori individu lelaki
                       i.        Johan
                      ii.        Naib Johan
                     iii.        Ketiga
                     iv.        Keempat
                      v.        Kelima

b)    Kategori individu perempuan
                       i.        Johan
                      ii.        Naib Johan
                     iii.        Ketiga
                     iv.        Keempat
                      v.        Kelima

c)    Kategori berpasukan lelaki
                       i.        Johan
                      ii.        Naib Johan
                     iii.        Ketiga
                     iv.        Keempat
                      v.        Kelima

d)    Kategori berpasukan perempuan
                       i.        Johan
                      ii.        Naib Johan
                     iii.        Ketiga
                     iv.        Keempat
                      v.        Kelima


8.0.        UNIT / AJK KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN
Penaung                                 : En Darman Shah Bin Hj Asakil
                                                  Pegawai Pelajaran Daerah Tawau

Penasihat                               : En Vaea Bin Sarima
                                                  Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan,
                                                  Pejabat Pelajaran Daerah Tawau

Pengerusi                              : Tuan Hj Samsudin Bin Kastari
                                                  Guru Besar S.K Umas-Umas

Timbalan Pengerusi             : Puan Hamidah Bt Salim (GPK Kokurikulum)
                                                : En Jumat Atok ( GPK Kurikulum)
                                                : En Abd Samid Andek (GPK HEM)
                                                : Puan Siti Robasiah Rahamat (GPK Petang)

Penyelaras                             : En Mohd Zulkepili Bin Mohd Sha’ari

Setiausaha                             : Cik Arbaena Bt Nahang

Bendahari                              : Cik Norhainie Bt Herman
           
Rekod & Statistik
Mohamad Adib Bin Zahidi Baki (K)
Augustin Ginsos
Mohammad Bin Abd Razak
Muhammad Bin Ali
Pendaftaran & dokumen
Abdul Rahim Md Lajim (K)
Elly Massalo
Roshaida Yeop Ahmad
Ummu Nasyibah Mamma

Buku Program / aturcara
Nor Ahayati Gan (K)
Hamsani Buludin


Juru acara
Kasturi Nusi (K)
Ahmad Asyhraf Mohd Fadzil
Hadiah / Sijil / Cenderamata
Sabturiah Samsudin (K)
Valentina Joseph
Titi Abdul Razak
Fotografi
Mohd Yusoff Yaakob (K)
Shaiful Bahri Abidin
Darmin Ladiro

PA Sistem
Sharif Hamdani (K)
Azrol Asli
Pas / tanda nama dan kad nombor
Suhaiza Jusoh (K)
Noor Hazani Mohd Abu Salam

Pengurus peralatan
 dan kain rentang
Dzulfadly Ag Anak (K)
Hasrizan Lamsari
Jamuan
Juliyana Yahya (K)
Kamisah Mohammad
Sabturiah Ujang
Hajijah Dullah

Sambutan dan protokol
Guru Besar
Semua GPK
Setiausaha Program

Disiplin murid
Semua guru SK Umas-Umas yang ada pada hari pertandingan
Jurulatih pasukan catur sekolah
Hasnan Mat zin (K)
Mohd Fadli Jaafar
Mohd Adin Zahidi Baki
Sumbangan dan tajaan
Nursiah hj Saleh (K)
Ramsah Burhan
Rohana Rasid


Pengurus Pasukan catur sekolah
Sutrawiya Malong (K)
Rabiatun Rahman
Pandu arah
Rozaimi Mohd Arshad (K)
Shaiful Bahri Abidin


Persiapan dewan pertandingan & majlis penutupan
Hasbullah Ali (K)
Mohd Nasuha Abd Malek
Mohd Khuzaifah Ismail
Nasriansah Nasip
Nordin Laguda
Khazain Zakaria



9.0.        SENARAI NAMA ARBITER

                    i.    Cik Sharifah Aini Bt Syed Abd Hadi
                   ii.    En Irmus Bin Isdup
                  iii.    En Ramsah Bin Sirap
                 iv.    En Zol Akmar Bin Abu Saman
                  v.    En Tarmizi Bin Mohd Noor
                 vi.    En Mohd Faizal Bin Abang Karim
 

10.0.      TENTATIF

Hari Pertama (2 Oktober 2012)

MASA
AKTIVITI
8.30 – 9.30 pagi
Pendaftaran peserta
9.30 – 10.30 pagi
Perlawanan pusingan 1
10.45 – 11.45 pagi
Perlawanan pusingan 2
11.45 – 12.15 t/hari
Rehat
12.15 – 1.15 t/hari
Perlawanan pusingan 3
1.30 – 2.30 petang
Perlawanan pusingan 4


Hari Kedua (3 Oktober 2012)

MASA
AKTIVITI
8.30 – 9.30 pagi
Perlawanan pusingan 5
9.45 – 10.45 pagi
Perlawanan pusingan6
10.45 – 11.45 pagi
Rehat dan pengurusan keputusan penuh pertandingan
11.45 – 1.30 t/hari
Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah/ jamuan



11.0.      SUMBER KEWANGAN

            Pihak PPD Tawau tidak menyediakan sebarang peruntukan kewangan kepada pengelola untuk melaksanakan pertandingan catur tersebut. Namun demikian, pihak PPD Tawau akan menyediakan sijil penyertaan dan sijil penghargaan.

            Pihak PPD Tawau telah memberi mandat kepada pihak pengelola untuk mengatasi masalah kewangan yang mungkin akan berlaku. Pihak pengelola disarankan memohon sumbangan penyertaan daripada pasukan bertanding dan memohon tajaan daripada mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan.



12.0.      PENUTUP

            Diharapkan petandingan ini dilaksanakan dengan sempurna dengan adanya semangat kerjasama yang padu dari semua pihak yang terlibat dan sumber kewangan yang mencukupi. Semoga segala kelemahan yang telah dikenal pasti akan dapat diperbaiki dan semua pihak dapat membuat penambahbaikan agar pertandingan yang dianjurkan dapat berjalan dengan lancar.



Disediakan oleh;

..........................................
(Kasturi Binti Nusi)
Setiausaha Kokurikulum,
S.K Umas-Umas, Tawau
Disemak oleh;

………………………………
(Pn Hamidah Salim)
GPK Kokurikulum,
S.K Umas-Umas, Tawau
Disahkan oleh;

………………………………
(Tn Hj Samsudin Bin Kastari)
Guru Besar,
S.K Umas-Umas, Tawau




0 ulasan: