REFLEKSI
UNIT PELAJARAN
TAJUK
|
SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK
|
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menjelaskan serba ringkas tentang
sejarah dan kegunaan statistik dalam kehidupan sehari-hari. Ia merupakan 1
unit disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam pengumpulan, pemerosesan,
perwakilan dan pentaksiran data. Idea statistik pada asalnya satu koleksi
maklumat tentang dan untuk mengira negara iaitu mengira cukai, bilangan
penduduk dan sebagainya. Folks (1981) menjelaskan statistik berasal daripada
perkataan latin yang membawa maksud negeri. Statistik mula muncul dalam
bentuk cetakan pada pertengahan kurun ke-18 oleh Gottfried Achenwell yang
merupakan seorang falsafah Jerman dan seterusnya mula direkodkan oleh John
Graunt dalam sebuah buku Natural and Political Observation On The Bills pada
pertengahan 1600. Sekitar kurun ke-20, teori-teori kebarangkalian yang baru
muncul dan menyebabkan berkembangnya kegunaan statistik yang banyak digunakan
dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, industri dan lain-lain. Statistik
telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang antaranya pendidikan,
sosial, sekonomi, perubatan, politik dan sebagainya. Peranan dan kegunaan statistik kini semakin meluas dan telah menjadi salah
satu aktiviti sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan
mempersembahkan data, sebagai cabang metematik, sebagai sukatan kursus
pengajian, kenyataan dan angka, pengukuran yang diambil dari sampel dan juga
sebagai taburan yang digunakan untuk menganalisis data.
|
- Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep
|
Penjelasan
|
|
1.
|
Ilustrasi
Secara Visual
|
Piktograf,
carta pai, graf, garisan, carta palang, histogram, poligon
|
2.
|
Statistik
|
Satu
unit disiplin yang menguruskan kesemua aspek
|
3.
|
Statistik
inferensi
|
Digunakan
dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, industri dan sebagainya.
|
4.
|
Graf
|
Menggambarkan
data, memperihalkan data, membaca maklumat daripada paparan visual,
jadual-jadual, senarai-senarai dan sebagainya
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Sejarah sesuatu tajuk amat penting untuk dipelajari. Sejarah ini perlu
diperkenalkan kepada murid-murid terlebih dahulu sebelum memperkenalkan
kepada mereka sistem metrik antarabangsa. Ini kerana murid perlu mempunyai
pengalaman hands-on yakni secara
praktikal berkaitan dengan statistik dan mengaitkan pengalaman sedia ada
murid dalam kehidupan sehari-hari. Mereka perlu mahir mengumpul, membanding,
membuat senarai, mengintepretas data yang diperlukan. Unit ini juga memberi
pengalaman kepada murid membuat pengurusan data, membantu mengendalikan
aktiviti seharian dengan adanya kemahiran dalam tajuk pengurusan data.
|
REFLEKSI
UNIT PELAJARAN
TAJUK
|
PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA
|
- Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini secara ringkas membincangkan bagaimana data dikumpul, diurus
menggunakan dengan pelbagai kaedah. Antaranya ialah pembolehubah iaitu satu
ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain. Ia dihitung melalui pembolehubah kuantitatif,
kualitatif, diskret dan selanjar. Data diskret pula ialah data yang cuma
boleh mengambil nilai tetap atau nilai tepat sahaja, manakala data selanjar
pula ialah data yang hanya boleh diberi nilai dalam suatu julat dan tidak
boleh mengambil satu nilai tunggal atau satu nilai tepat. Data kuanlitatif
merupakan angkat-angka atau skor-skor yang tidak mempunyai nilai kuantiti
seperti jantina, warna dan sebagainya. Pengumpulan data pula merupakan salah
satu cara biasa yang digunakan dalam mengurus data iaitu dengan meletakkan
data di dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Bilangan data yang terkumpul dalam
sesuatu kelas dikenali sebagai kekerapan dan apabila disatukan dalam satu
jadual mengikut kelas dan kekerapan dikenali sebagai taburan kekerapan dan
taburan kekerapan relatif.
|
- Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep
|
Penjelasan
|
|
1.
|
Statistik
deskriptif
|
Mengandungi pelbagai kaedah untuk menguruskan data, meringkaskan
maklumat atau data yang diperolehi agar mudah dibaca dan dikesan.
|
2.
|
Data
kualitatif
|
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai
pembolehubah kualitatif yang mana ia terdiri daripada angka-angka atau
skor-skor yang tidak mempunyai nilai kuantiti
|
3.
|
Data
kuantitatif
|
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai
pembolehubah kuantitatif yang mana ia terdri daripada angka-angka atau
skor-skor yang mempunyai nilai berangka.
|
4.
|
Data
diskret
|
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah
diskret dengan cara membilang.
|
5.
|
Data
selanjar
|
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu
pembolehubah selanjar yang hanya boleh diberi nilai dalam suatu julat dan
tidak boleh mengambil satu nilai tunggal atau satu nilai tepat.
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Secara keseluruhannya, unit ini memberi pendedahan dengan lebih
mendalam tentang cara-cara pengumpulan dan pengurusan data. Ia penting terutama
dalam profesion keguruan ia membantu guru-guru mengurs tadbir taburan markah
peperiksaan murid. Disamping itu juga ia bukan sahaja membantu dari segi
pengurusan murid malah membantu guru dalam mengumpul maklumat untuk tujuan
penganalisisan data-data yang diperolehi untuk tujuan penyelidikan dan
kajian. Penyelidikan dan kajian dalam bidang pendidikan penting agar
berlakunya penambahbaikan dalam pendidikan terutama sekali dalam pengajaran
dan pembelajaran guru.
|
REFLEKSI
UNIT PELAJARAN
TAJUK
|
PERWAKILAN DATA
|
- Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini pula mengutamakan pengumpulan, pengurusan, perwakilan,
penganalisisan, mengintepretasi data. Melalui perwakilan data, beberapa
peringkat perwakilan data telah digunakan iaitu dengan adanya masalah yang
telah dikenalpasti, beberapa soalan akan dikemukan bertujuan untuk
pengumpulan data. data-data akan dianalisis dan seterusnya ke peringkat akhir
iaitu keputusan interpretasi dilakukan. Melalui data-data maklumat yang
diperolehi, seterusnya ia akan diwakilkan menggunakan pelbagai cara paparan data yakni secara bergambar
seperti carta, graf. Persembahan visual ini lebih mudah dan jelas difahami
jika dibantu menggunakan pelbagai perisian antaranya Microsoft Excel mahupun
Microsoft Powerpoint. Melalui perwakilan data ia akan membantu pemilihan
perwakilan data yang antara lainnya seperti piktogram, gundalan, carta palang
menegak, carta palang melintang, carta palang berganda, carta pai, histogram,
graf garisan, graf garis berganda, dan poligon kekerapan.
|
- Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep
|
Penjelasan
|
|
1.
|
Menyusun
data
|
Suatu
tugas yang penting di mana sebahagian data boleh dengan mudah disusun
mengikut turutan angka atau turutan abjad.
|
2.
|
Gundalan
|
Kaedah
mengira dalam kumpulan lima-lima
|
3.
|
Carta
Palang Melintang
|
Graf
yang menggunakan palang-palang atau bar yang dilukis dari kiri ke kanan
|
4.
|
Carta Pai
|
Carta
yang berbentuk bulatan yang dibahagi kepada beberapa bahagian atau sektor
|
5.
|
Histogram
|
Satu
bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data
diskret dan data selanjar.
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Pembelajaran unit ini amat penting agar kita dapat memilih perwakilan
data kita yang paling baik dan sesuai untuk diguna pakai bag tujuan tertentu
mengikut situasi tertentu. Kesilapan memilih boleh mengelirukan dan membawa
kepada kesimpulan yang salah dari takrifan dan maklumat yang sebenar. Selain
itu juga, adalah amat penting untuk para pendidik memahami unit ini agar
tidak berlaku kesilapan penyampaian pengajaran kepada murid-murid mahupun
kepada penerima maklumat. Ini kerana data yang digunakan bukan sahaja untuk
tujuan kajian dan penyelidikan malahan digunakan dalam aktiviti sehari-hari.
|
REFLEKSI
UNIT PELAJARAN
TAJUK
|
SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT
|
- Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sukatan kecenderungan memusat merupakan salah satu cara memperihalkan
data secara statistik diskriptif. Data yang diperolehi melalui sampel kajian
dalat dijelaskan dengan purata data tersebut dan memperlihatkan perbezaan
satu data dengan data yang lain. Sukatan kecenderungan memusat dapat
menghasilkan maklumat berkaitan titik tengah pada satu kumpulan nombor. Cara
yang digunakan ialah dengan mengunakan min, median dan mod. Sukatan
kecenderungan memusat adalah berbeza bagi data tidak terkumpul dan data terkumpul.
Min ialah purata bagi kumpulan angka dan sangat dipengaruhi oleh setiap nilai
didalam set data. Ia dikira dengan menjumlahkan semua nilai didalam set data
dan membahagikan jumlah tersebut dengan bilangan data dalam set data. Median
pula ialah titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik
dan boleh digunakan untuk data ordinal, interval dan ratio. Ia tidak
dipengaruhi oleh nilai data ekstrem yang terbesar atau kecil. Manakala mod
pula merupakan nilai paling kerap yang wujud didalam set data. Ia amat sesuai
untuk semua jenis pengukuran data.
|
- Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep
|
Penjelasan
|
|
1.
|
Min
|
Purata
bagi semua nilai populasi atau sampel
|
2.
|
Median
|
Nilai
cerapam ditengah apabila semua cerapan tersebut disusun mengikut urutan.
Sekiranya terdapat dua titik tengah, maka median ialah purata bagi dua nilai
tengah itu.
|
3.
|
Sukatan
kecederungan memusat
|
Ukuran
purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data dan ianya merupakan
asas pengukuran dalam statistik
|
4.
|
Bimodal
|
Set data
yang mempunyai dua mod model
|
5.
|
Berbilang
modal
|
Set data
yang mempunyai lebih dari dua mod
|
REFLEKSI UNIT
PELAJARAN
TAJUK
|
SUKATAN SERAKAN
|
- Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini membincangkan tentang sukatan serakan yang asasnya adalah
julat, varian, sisihan piawai, sukatan serakan berdasarkan kuartil dan
sukatan serakan berdasarkan persentil. Sukatan serakan menghuraikan amaun
sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan. Set data yang tersebar
luas akan mempunyai nilai sukatan serakan yang lebih besar berbanding dengan
set data yang berkumul rapat. Julat sesuatu data dapat diperolehi dengan mencari
perbezaaan nilai terbesar dan nilai terkecil dalam set data. Manakala sisihan
piawai boleh diperolehi dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua
nilai varian. Berikut merupakan rumus bagi nilai varian dan . Kuartil-kuartil pula
merupakan sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang
telah disusun mengikut tertib sama ada menaik atau menurun kepada empat
bahagian yang sama. Kuartil ini adalah Q1 (25%), Q2 (50%), Q3 (75%), daripada jumlah bilangan cerapan dalam set data yang mempunyai
nilai kurang daripadanya. Persentil pula set data yang mengikut tertib menaik
kepada 100 bahagian yang sama dan
mempunyai 99 persentil-persentil. Kuartil dan persentil bagi taburan
data terkumpul boleh dianggarkan daripada lingkungan kekerapan kumulatif (ogif).
|
- Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep
|
Penjelasan
|
|
1.
|
Julat
|
Perbezaan
nilai terbesar dan nilai terkecil dalam sesuatu set data
|
2.
|
Sisihan
piawai
|
Diperolehi
dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua nilai varian
|
3.
|
Kuartil
|
Sejenis
sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang disusun mengikut
tertib sama ada menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama.
|
4.
|
Persentil
|
Sejenis
sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang disusun mengikut
tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama.
|
5.
|
Kekerapan
kumulatif
|
Jumlah
bilangan data yang kurang daripada satu nilai tertentu
|
0 ulasan:
Catat Ulasan