NILAI-NILAI BITARA
KKD2063
PEMBANGUNAN SAHSIAH
PENGENALAN
Masyarakat kita hari ini memerlukan guru-guru yang berkualiti tinggi
selaras dengan agenda negara melaksanakan Program Transformasi dan Model Baru Ekonomi.
Tugas guru semakin hari semakin penting kerana bidang pendidikan memberi
sumbangan besar dalam menentukan kejayaan sesebuah negara. Hakikat ini lebih
releven lagi dalam era siber di mana kemajuan dan kejayaan anak bangsa
bergantung kepada penguasaan ilmu dan teknologi (Tan Sri Muhiyiddin Yassin, 17
Mac 2011). Bagi melahirkan ciri-ciri guru berkesan terutamanya dalam bidang
pengajaran, nilai yang positif perlu ada dalam setiap orang guru bagi
mempertingkatkan dan melengkapkan diri dengan kemahiran asas dan memahami
pengetahuan kandungan pedagogi. Ciri-ciri ini selaras dengan nilai-nilai yang
digariskan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris dalam memantapkan dan
menyokong visi dan misi UPSI. Nilai ini
juga amat bertepatan dengan ciri-ciri seorang guru yang berkesan dalam
pengajarannya.
Bitara boleh didefinisikan sebagai unggul unik, tiada tolok bandingannya
(UPSI, Pembangunan Sahsiah, 2011). Terdapat 6 nilai yang telah digariskan bagi
membentuk personaliti Bitara iaitu berintegriti, professional, semangat
berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif
dan inovatif. Setiap nilai-nilai bitara ini mempunyai petunjuk nilai masing-masing
yang diharapkan dapat membentuk dan melahirkan individuyang bersahsiah tinggi
dan mempunyai semangat jati diri yang kental. Manakala berkesan pula boleh
didefinisikan sebagai sesuatu yang meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas,
menimbulkan hasil, membawa kepada sesuatu perubahan dan mendatangkan sesuatu
pengaruh kepada pemikiran sesorang atau sesuatu golongan. (Kamu Dewan Edisi
Keempat).
Nilai-nilai bitara ini amat
wajar jika ada dalam setiap diri seorang pendidik. dan diaplikasikan dalam
menjalankan amanah yang paling besar iaitu melahirkan modal insane yang akan
membangunkan negara pada masa akan datang. Guru perlu menanam dan memupuk
nilai-nilai ini terutamannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerana
ia merupakan peringkat yang terpenting
dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan
pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan murid akan lebih
bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu, bidang
pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi
perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah.
BERINTEGRITI
Integriti mempunyai petunjuk
nilai yang tersendiri, yang mana antaranya ialah adil, amanah, berakauntabiliti
serta telus. Al-Quran telah merakamkan peristiwa kisah Nabi Syuib a.s dengan Nabi Musa a.s, Allah firman dalam
Surah al-Qasas juz 28 ayat 26 yang bermaksud :
Salah seorang daripada kedua-dua berkata : “Wahai ayah, ambillah dia
sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi
amanah.”
Secara
mudah, al-Amin (amanah) dalam ayat diatas merujuk kepada mukmin, atau dalam
istilah kontemporari al-Amin juga boleh dirujuk sebagai integriti (Pahrol
Mohamad Juoi, 2010). Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, guru
sebenarnya mempunyai peranan yang amat besar dalam mencorakkan sistem
pendidikan negara. Ilmu dan amalan guru menjadi cerminan dan impak kepada tahap
kualiti dan profesion keguruan. Guru perlulah mempunyai akauntabiliti yang tinggi iaitu, terhadap negara, profesion,
murid-murid, ibu bapa, dan diri sendiri.
Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengikut rancangan yang telah ditetapkan
sama ada di peringkat sekolah, jabatan mahupun kementerian. Ia haruslah
mengikut garis-garis dan panduan yang telah ditetapkan. Segala arahan hendaklah
dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh rasa bertanggungjawab. Guru yang
berakauntabiliti sentiasa menepati
waktunya terutamanya dalam memenuhi keperluan muridnya. Tidak mudah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang pengajar hanya sekadar ingin memenuhi keperluan
emosi seperti rasa lapar dan keperluan-keperluan lain.
Bekas Timbalan
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, dalam
usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling berkait rapat dalam
menjana modal insan yang cemerlang. Konsep
itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan penyelewengan dan
rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan
kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka. Kita ingin melihat bahawa
konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha kita untuk mencegah
rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu
memberi kesan yang mendalam kepada guru-guru. Kita yakin dengan pelbagai usaha
yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti, kita mampu melonjakkan
tahap pendidikan negara.
Sekolah
diharap dapat melahiran golongan murid yang berintegriti hasil didikan
guru-guru yang berintegriti bukan sahaja dalam proses pengajaran dan
pembelajaran malah di luar bilik darjah. Kesahihan hasil pengajaran dan
pembelajaran tidak perlu lagi dipertikaikan dan dipersoalkan jika individu guru
mempamerkan nilai integriti dalam
menjalankan tugas-tugasnya. Guru perlu berusaha mempelbagaikan pendekatan,
kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya proses
pedagogi itu tadi dapat dihayati dan diterima oleh murid dan secara tidak
langsung mencapai objektif yang diinginkan. Guru perlu mendisiplinkan diri
barulah dapat mendisiplinkan murid-murid. Ini kerana guru merupakan contoh dan
role model yang menjadi ikutan murid. Guru adalah cermin sahsiah dan
kemenjadian murid pada masa kini.
Adil juga merupakan
antara ciri integriti yang sangat ditekankan. Ini guru perlu yakini bahawa
murid-murid mempunyai kepercayaan, perkembangan, kebolehan, dan kecerdasan yang
berbeza-beza. Guru perlu bijak merancang serta memainkan peranannya agar murid
tidak merasa di anak tirikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Kemampuan
guru akan dapat membina keyakinan dikalangan murid dan ibubapa (Wan Mohd Nor
Wan Daud, 2003). Guru diharap dapat melahirkan modal insan yang pernah
dihasratkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi, dan untuk mencapainya generasi guru perlu benar-benar berwibawa
kerana keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti
manusia yang akan mewarisi negara pada tahun 2020 dan sekali gus menentukan
wajah acuan sendiri generasi Malaysia. Kecemerlangan guru dalam mendidikan anak
murid diharap dapat membentuk anak bangsa yang bakal menyambung sejarah tamadun
bangsa dan akan mengukuhkan bangsa dalam arena pertembungan budaya dan pemikiran.
PROFESIONAL
DALAM MENJALANKAN TUGAS
Apakah yang
dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep
profesional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dikalangan ahli suatu
profesion. Antara ciri dan petunjuk nilai yang terkandung dalam profesional
ialah, iltizam, cintai ilmu, kompeten, dan beretika. Guru merupakan golongan
profesional yang mana mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dalam
bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tersendiri.
Guru adalah
nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti
(Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti
proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini
tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak
cekap dan tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan
secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap
individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman
yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya
bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja
sudah barang tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau
berpelakuan secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajarannya khususnya
dan kualiti pendidikan sekolah amnya.
Menjadi guru
yang berkesan bukanlah hanya dari kecekapannya sahaja, malah dari aspek
profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan
ketrampilannya, mental dan keintelektualannya, kestabilan emosi dan
spiritualnya serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang
guru yang berkesan terutamnya dalam bidang pengajaran amat dipengaruhi oleh
tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya; beriltizam,
beretika, mencintai ilmu dan kompeten atau berkualiti dan efisyen dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru.
Seorang guru
yang berkesan juga seorang guru yang cekap terutamannya dalam bidang pengajaran.
Bijak mengawal dan mentadbir kelas
walauapapun perkara yang berlaku. Beliau
tidak akan mencampur adukkkan masalah peribadi dan keluarga dalam pengajaran di
kelas. Ini kerana guru yang mencampur adukkan perihal ini akan membawa kesan
yang buruk kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru yang profesional
sentiasa mempamerkan kekuatan ilmu dengan keluhuran etika kerja, kesungguhan
dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnya di sekolah setiap masa
dan waktu. Prasyarat yang utama ialah dengan kesanggupan guru-guru mengubah
paradigma, stail berfikir, dan bertindak secara professional dan tidak mudah
berputus asa terutamanya dalam meningkatkan pencapaian sekolah dan memperbaiki
kualiti pengajarannya. Penguasaan ilmu memerlukan pembacaan yang luas dan
pengkajian yang berterusan. Kemampuan guru sedemikian akan dapat membina
keyakinan dikalangan murid dan ibubapa (Wan Mohd Nor Daud, 2003). Apabila
keyakinan ini wujud, maka ilmu yang disampaikan oleh guru akan menjadi lebih mudah
walaupun sebenarnya agak sukar untuk difahami.
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri
kekuatan ilmu, beretika kerja, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada
kualiti dan kesempuraan tugasnya di sekolah setiap masa dan tidak mengenal erti
jemu. Guru yang beriltizam dan berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah
dalam bidang kerja dan kehidupannya. Sentiasa bersikap optimistik dalam semua
tindakan, berpandangan jauh dan sedia belajar dari kesilapan diri dan orang
lain. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diharap dapat
mengekalkan pengaruhnya terhadap murid melalui kemantapan ilmu, kemahiran yang
dimiliki oleh guru. Bukan sahaja guru berusaha memantapkan diri dengan ilmu,
tetapi berusaha menterjemah ilmu yang ada untuk diaplikasikan kepada
murid-murid. Begitu juga dalam mengekalkan minat murid supaya menguasai teori
ilmu pengetahuan dan seterusnya melakukan amalan melalui latihan sehingga
menjadi mahir atau cemerlang. Dalam kata lain ilmu dan amalan seharusnya bermakna
bagi mereka (Abdul Halim Muhammady, 1986).
SENTIASA
BERSIFAT KREATIF DAN INOVATIF
Kreatif dimaksudkan sebagai kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan
sesuatu idea. Seorang guru yang berkesan sentiasa memperbaiki diri untuk
menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Guru yang mengamalkan ciri-ciri
kreatif dan inovatif bukan sahaja perlu menghasilkan dan mencipta benda baru,
tetapi yang penting seorang guru amat penting mengkaji, menyelidik ilmu dan
kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada anak didiknya. Seorang guru yang kreatif dan inovatif
sentiasa mencuba benda-benda dan idea-idea baru untuk menarik minat
murid-muridnya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Seorang guru yang berkesan sentiasa merebut peluang yang ada untuk
penambahbaikan bukan hanya untuk dirinya tetapi juga kepada murid-murid
khususnya dan pihak sekolah amnya. Imu yang diperolehi dapat dikongsi dan
diguna bersama bagi memajukan diri dan sekolah. Cepat berpuas hati dengan
keadah pedagogi tanpa berusaha mencari perubahan amat membawa kesan buruk
kepada individu guru dan sekolah. Ini kerana, dengan kepesatan teknologi pada
abad ini, jika guru-guru tidak berusaha meningkatkan kemajuan diri dan mencuba
benda-benda baru, murid-murid akan mudah bosan dan seterusnya tidak berminat
untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Jangan lah dikatakan
guru seperti “katak di bawah tempurung”. Maklumat kini dihujung jari, janganlah
guru-guru membiarkan diri mereka didahului oleh murid. Besama-sama dengan murid
menghasilkan sesuatu idea yang boleh
diguna pakai oleh individu lain.
Keberkesanan ini akan dapat dilihat jika murid-murid menunjukkan minat
terhadap pengajaran guru. Selain itu juga murid-murid tidak sabar untuk
memulakan topik pelajaran seandainya guru itu sentiasa mencari idea-idea baru
dalam kemahiran pengajarannya. Justeru ini amatlah penting bagi guru-guru
memainkan peranan masing-masing ke arah
membudayakan inovasi dan kreatif di kalangan murid-murid.
SEMANGAT BERPASUKAN
Semangat berpasukan
merupakan salah satu ciri yang terkandung dalam nilai-nilai Bitara. Ia
merupakan sekelompok modal insanyang tolong-menolong di bawah satu kepimpinan
untuk mencapai matlamat dalam jangka masa tertentu dan kaedah tertentu
(Pembangunan Sahsiah, 2011). Semangat
berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam
menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama,
komitmen dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program
peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan.
Di sekolah,
guru-guru yang berkesan bersama-sama meningkatkan keputusan sekolah berada
ditahap yang cemerlang. Bekerjasama di peringkat panitia, sekolah, Pejabat
Pelajaran, dan Jabatan Pelajaran dengan satu matlamat iaitu mencapai kecemerlangan. Guru yang berkesan, berusaha
merangka dan mencari idea-idea baru bersama-sama rakan sejawat yang lain untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan seterusnya mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.
Guru yang berkesan
di dalam kelas, sentiasa menyatukan murid-murid tidak mengira agama dan bangsa.
Guru berusaha mewujudkan semangat berpasukan dalam aktiviti kumpulan, hormat-menghormati, saling
bertukar-tukar pendapat, fahaman, pemilikiran dan sebagainya. Murid-murid
dipupuk dengan semangat cintakan dan bangga
dengan sekolah dan menjadikan sekolah sebagai rumah kedua. Guru boleh merujuk
Model Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model yang dibina oleh T.W
Tuckman pada tahun 1965 bagi mewujudkan semangat berpasukan di dalam bilik
darjah. Model Pembangunan ini menjelaskan perkembangan dan tingkah laku
kumpulan bermula daripada tahap pembentukan sehingga matlamat kumpulan
tercapai. Rajah di bawah merupakan Model Pembangunan Berpasukan yang boleh
dijadikan panduan oleh guru yang mana ia merangkumi empat tahap iaitu
Pembentukan (Forming), Saat Kebenaran (Storming), Penerimaan (Norming) dan
Pencapaian (Performing).(rujuk lampiran)
Mengikut Juran
(1993), apabila semangat berpasukan wujud dalam bilik darjah semasa proses
pengajaran berlaku ataupun sudah berlaku, maka wujudlah juga manfaat kerja
berpasukan kepada guru, dan murid-murid.
Antaranya termasuklah :
·
mempertingkatkan
motivasi, perasaan girang, dan minta terhadap pelajaran,
·
memberikan
keyakinan tentang potensi dan kebolehan murid-murid,
·
menanam
semangat dan sikap gigih serta tekun di kalangan murid-murid
·
guru
dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka,
·
menyemai
perasaan kekitaan dan keupayaan dikalangan murid dan juga guru,
·
mendorong
dan membantu memperkembangkan sikap ingin bekerjasama dan saling bantu membantu
dikalangan murid-murid,
·
menanam
perasaan saling percaya mempercayai dan hormat menghormati diantara murid dan
guru
·
membantu
mewujudkan kemajuan dan perkembangan sama ada dari segi kepimpinan, kerjaya,
harga diri, bakat dan potensi
·
membantu
melahirkan pekerja yang sentiasa berfikir, sentiasa ingin belajar dan mengetahui
perkara baru
·
membantu
melahirkan murid yang inovatif, kreatif dan berkualiti
·
dapat
mengurangkang konflik dikalangan pelajar, dan menghindar perasaan cemburu
Semangat berpasukan
dalam bilik darjah, akhirnya dapat kita jadikan sebagai panduan dalam
pengurusan ko-kurikulum sekolah. Apabila murid telah didedahkan dengan guru
ciri-ciri semangat berpasukan didalam pengajaran, maka murid akan mudah
bekerjasama dengan rakan-rakan murid yang lain, tidak kira di peringkat sekolah
mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Bak kata pepatah, “Bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Dalam satu model komitmen yang
dikemukakan oleh Oliver (1994), beliau menyatakan jangkaan individu terhadap
kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi.
Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung
kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya,
amalan penyeliaan, ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan
menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi,
perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta
nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan
sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama
mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut.
PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
Guru
juga merupakan keluarga pengganti bagi murid-murid di sekolah guru yang
berkesan sentiasa prihatin muridnya, mengetahui setiap masalah dan mengambil
berat bukan bermaksud suka mencampuri urusan orang lain, tetapi sebagai salah
satu kaedah mendekatkan diri kepada murid dan memahami sifat, kebolehan dan
kekurangan seorang murid. Dalam nilai bitara telah digariskan bahawa guru yang
prihatin akan kebajikan anggota yakni murid dan rakan sejawat haruslah
mempunyai rasa empati, penghargaan, selesa dengan persekitaran dan mengambil
peluang untuk maju kehadapan.
Apabila
melakukan aktiviti di dalam kelas, guru yang bekesan sentiasa memberikan penghargaan
yang mana juga disebut sebagai peneguhan positif. Peneguhan positif boleh
didefinisikan sebagai ganjaran, pujian, hadiah atau penghargaan yang diberi
menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa
akan datang. Nilai ini boleh dikaitan dengan pelaziman operan yang dikemukakan
oleh dua orang tokoh iaitu Edward Thorndike (1874-1949) dan B.F.Skinner
(1904-1990). Thorndike dan Skinner percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan
oleh seorang bergantung kepada kesan yang diterima selepas menunjukkan
tingkahlaku tersebut. Kesan yang meningkat menyebabkan tingkahlaku itu diulang
semula. Contohnya guru memberi penghargaan, hadiah kepada murid yang rajin di
dalam kelas. Murid-murid lain memerhati tingkahlaku ini akan meniru tingkahlaku
tersebut untuk mendapatkan perhatian dan penghargaan dari guru. Situasi ini
akan menyelesaikan terhasilnya tingkahlaku negatif.
Terdapat
pelbagai cara membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah. Amalan yang selalu
dilakukan ialah dengan memberikan penghargaan termasuklah dengan mengucapkan
kata-kata semangat, ucapan tahniah, terima kasih dan sebagainya. Prihatin
terhadap kebajikan murid juga boleh dikaitkan dengan pendekatan humanistik
yakni berkait dengan nilai-nilai kemanusian dalam memperkembangkan potensi
seseorang individu. Abraham Maslow dan Carls Rogers merupakan pelopor kepada
psikologi kemanusiaan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan
humanistik lebih berpusatkan kepada murid dan sangat penting humanistik
berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Begitulah juga dengan guru yang berkesan sentiasa prihatin
terhadap potensi muridnya. Sentiasa menjaga emosi murid agar lebih bersedia
untuk belajar.
Oleh
itu, Model Hierarki Keperluan Maslow yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow
dibahagikan kepada lima peringkat. Antaranya ialah keperluan penghargaan
kendiri. Majlis Hari Anugerah merupakan antara penghargaan pihak sekolah kepada
individu murid yang berjaya menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang
kurikulum dan ko-kurikulum. Di dalam bilik darjah, guru yang berkesan diharap
dapat memberikan penghargaan kepada murid-murid terutamanya setelah selesai
aktiviti ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Perasaan empati
yang ditunjukkan kepada murid berupaya mewujukan iklim bilik darjah yang
kondusif. Keselesaan ini akan memotivasikan murid untuk berjaya dalam
pelajaran.
PENUTUP
Semua pihak
sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah
sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi
sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan
peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan murid serta masyarakat akan memandang
kepada peningkatan pencapaian murid. Ini adalah kerana meraka pada hari ini merupakan pemimpin pada masa
akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju, satu komitmen
yang jitu adalah diperlukan dikalangan guru-guru dalam menyampaikan ilmu serta
murid-murid dalam menimba ilmu pengetahuan
Bagi
melahirkan satu generasi yang cemerlang, kerajaan perlu memberi komitmen yang
sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Justeru itu satu
reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila Kementerian Pendidikan
Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk
membangunkan diri murid secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan
komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat, menubuhkan Sekolah Bestari dan
sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk
mengubah pemikiran dan sahsiah murid dan menjadi alat terpenting untuk
menjayakan agenda negara.
Bagi
mencapai tujuan tersebut, keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu
sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu
dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik,
iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran, komitmen dikalangan
guru, ibubapa, waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan
pihak pengurusan sekolah tersebut. Setiap dari guru pasti mampu dan berjaya menjadi seorang
guru yang berkesan, berintegriti, profesional, dan sentiasa meningkatkan
motivasi dirinya. Menanam niat yang murni sebelum melangkah ke sekolah tidak
jemu mengajar anak didik yang mempunyai kebolehan dan tahap IQ yang berbeza.
Bersama kita menghayati sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya;
"Barangsiapa
yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam;
dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang
amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan
barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia
tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."
RUJUKAN
Abdul Halim Muhammady.(1986). Peranan Guru Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam. Tahun
1, Bil 4 Disember. Halaman
Hishammudin Tun Hussein.(2007). Pembentangan Kertas Kerja : Mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintegriti
Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Huzaidy
Bin Hussain et al. Jurnal : Sekolah Yang
Berjaya. Universiti Utara Malaysia
Nurul Ain Hidayah Abas et al.(2011). Pembangunan Sahsiah: Unit 7 – Aplikasi Nilai Bitara UPSI : Integriti,
Profesional dan Semangat Berpasukan. Universiti Perguruan Sultan Idris:
Tanjung Malim.
Pahrol Mohamad Juoi.(2010).Mukmin Profesional Celik Mata Hati : 7 Langkah Memperkasa Diri.
Selangor: Fitrah Perkasa dan Telaga Biru
Sidek Haji Abd. Aziz et al (2007). Monograf 1 Pengajaran Dan Pembelajara IPTA : Pembangunan Modal Insan.
. Selangor, Universiti Putra Malaysia
Wan Mohd Nor Wan Daud.(2003). Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional
Tan Sri Muhyiddin Yassin. (2011,17 Mac,). Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi .Utusan
Online
Oregon Small School Intiative (2010). Tuckman’s Team Developmental Model. Dimuat
turun daripada http://e3smallschools.org/
Mohd Faisal Mustaffa. (2008). Integriti dan autoriti profesion guru
tanggungjawab bersama mSTAR
3 ulasan:
Terima kasih atas informasi yang disampaikan! ^^
Thanks lots!!! It helps!! XD
Sama-sama... berkongsi adanya :)
Catat Ulasan