CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 11 Ogos 2011

UDANG SRI WANGI

 Pagi yang agak mendung.....jerebu....pembakaran kat Indonesia, impak sampai la jugak kat sini. Macam sesak ja nafas ni....puasa semakin hari semakin berlalu....macam makin letih plak, entahlah banyak kerja yang perlu disiapkan kot. Tekerjar sana, tekejar sinun....begitula ibu yang bekerja, pandai2 ja nak curi-curi masa terluang.



Besar tak udang ni..... ni la Menu Pilihan suamiku yang tersayang.....hihihih. Jalan dekat Tamu Felda saja2 nak melihat kot2 ada la udang  oleh di buat kerabu mangga. Rezeki Allah bagi la ada udang kertas untuk dibuat kerabu. yang menggembirakan ada jugak udang harimau. Dah la murah besar pulak tu....alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.   


Cik Abang pun mula la tanya pasal prize udang tu, pakcik tu cakap RM25 semua ni ustaz......tekezut yee...Yang lagi mengojutkan....bila dah timbang2 udang tu dalam 1 kg setengah semua. Pakcik tu terdiam sebontar ngan kawan kat sebelah dia. Mungkin x sangka sampai 1 kg setengah. Maybe dia nak letak prize tinggi sikit kot. Tapi dah terlepas kata.....hihihihi. Dia pun malu la jugak nak minta naik harga semula.



Cik Abang pun dengan gembiranya membeli udang harimau dan udang untuk dibuat kerabu mangga. Lama dah tunggu udang ni. Bila dah ada.....alhamdulillah....Allah suruh bersabar la tu. Udang harimau ni yang dah masak kali kedua. Ari tu x sempat digambar. Habis hingga menjilat siku...... Turi pun tanya la Encik Somi nak masak apa udang ni.....apa2 jak la Umi janji masak.....emmmm. Ari ada gak nampak dalam Channel 707 Chef Wan dan Bob Chin masak ketam....cuma dia letak taucu, emm kita tak da taucu...... apa2 ja la.... yang penting dah masak.....pikir punya pikir nanti x sempat masak untuk berbuka posa.


Adoyai...panjangnya bebelan mamak si Hilman ni, oklah jum kita kongsi fa chai resepi ni.
Bahan :
11 ekor udang harimau
4 helai daun limau purut
2 batang serai
2 senduk nasi Cili Boh
1 senduk nasi tomato puri
sedikit sunquick atau kordial oren mandrin
Tomato dan nenas dipotong untuk hiasan 
minyak untuk menumis
kayu manis, bunga lawang
air asam jawa
2 inci gula melaka
bahan perasa
Bahan Kisar:
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia 

cara:
1. Bersihkan udang. dan Goreng dengan minyak penuh. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masukkan kayu manis dan bunga lawang, tumis bahan kisar hingga naik bau. masukkan cili boh dan tomato puri hingga naik bau. 
3. Masukkan serai dan limau purut. Biar sehingga pecah minyak
4. Masukkan asam jawa, gula melaka, bahan perasa n bahan hiasa seperti nenas dan tomato.
5. Bila dah agak kering masukkan udang tadi na gaul seketika.
Hidangkan untuk suami dan anak2......yummy.




Posted by Picasa

0 ulasan: