CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 1 Ogos 2011

RINDU MASAKAN KAMPUNG

Tahun ni menu utama keluarga adalah tempe..hihiihihi...lidah dah macam jawa la pulak, tempe goreng, tempe campur ngan sayur, tempe sambal...tak pulak rasa jemu. En. somi tak juga komen apa2 kira boleh la tu...sebab turi pun belajar PJJ, so en somi sangat memahami...tima kasih somiku. 

Dalam pada belajar tu, sibuk ngan kerja sekolah yang semakin hari semakin memerlukan kekuatan dan banyak sangat kerja-kerja pengkeranian. Sabor2 jak la...ada jugak la yang tertunggak...terpaksa gandakan usaha ni....:( Kesian ngan anak2 kadang2 x terlayan dibuatnya....sabar anak2ku sayang....
Sempat jugakla mengambil gambar tempe goreng kegemaranku ni...simple tapi sedap...n tahan lama. Resepi ni pasti akan ada tiap tahun, sempena raya, kenduri kesyukuran....resepi tradisi keluarga. Menu ni tak payah ikut ukuran, ikut kita jak nak banak mana....x da pakai sukatan apa-apa.

Tapi kat bawah ni turi bagi untuk 4-7 orang makan, kalu ada yang lebih boleh la bagi ngan jiran tetangga, dapat gak pahala, lebih-lebih lagi time bulan ramadhan ni...pahala berlipak ganda...jom sama2 gandakan pahala



Menu Tempe Special 

2-4 bungkus Tempe (potong panjang2)
1/2 peket Mihun (nak banyak ikut suka)
2 biji Ubi keledek (diparut guna parut betik)
Hati ayam, kulit ayam (boleh + kalu suka)
Cili Boh (turi rendam n blend lada kering sendiri)
4 ulas Bawang merah (Blend)
4 ulas Bawang putih (blend)
Sedikit halia (blend)
Sedikit Sos cili
Minyak untuk menggoreng
Asam jawa
Garam n gula secukup rasa (turi pakai gula melaka / gula merah)

Cara
  1. Panaskan minyak. Goreng tohor, tempe bila dah garing angkat. Diikuti dengan ubi keledek, mihun, hati n kulit ayam (kalu suka).
  2. Buang minyak, simpan hanya untuk menumis sambal sahaja.
  3. Masukkan bawang merah n putih + halia sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili yang sudah diblend / cili boh
  5. Masukkan sos cili + asam jawa + gula merah + perasa + sedikit air
  6. Biarkan hingga pecah minyak n matikan api, sejukkan di kuali.
  7. Masukkan sambal tumis dah agak2 sejuk (supaya mihun tu x lemau) ke dalam bahan-bahan


0 ulasan: