CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 15 Ogos 2011

KETAM MASAK LEMAK




Bulan posa penuh dengan dugaan dan cobaan untuk umat manusia....hari dilalui dengan penuh sabar, dan banyak lagi yang tak sabar...emmmm. Lebih-lebih lagi berdepan dengan anak murid yang akan menduduki UPSR. Kalau tidak  marah, membebel tidak la dibuat latihan yang disuruh....cabaran sungguh...


Bulan posa ni rasa semua benda mahu dimakan, dibeli dan dicuba, kalau diikutkan hati bangkrup la jawabnya. Makannya x la habis pun, terutamanya bila beli yang rupa lawa, sekali rasa tawar hebeh..... Tapi bagi yang rajin memasak, macam rakan2 blog....alhamdulillah.



Masa terluang pun Turi isi dengan jenguk kat blog-blog sifu yang sentiasa dengan resepi terkini, myresepi, kongsi resepi....sodap2...mencabar keimanan.  Lama dah masak ketam ni, tapi baru ada masa masukkan dalam blog.....


Jom la kita kongsi resepi yang tidak seberapa ni...


Bahan-bahan :

1. 5 ekor Ketam
2. Santan ( dari dua biji kelapa )
3. Cili api (ikut suka nak pedas)
4. 4 ulas bawang merah
5. 4 ulas bawang putih

Cara :
1. Kisar bawang merah, putih dan cili padi.
2. Panaskan santan, masukan bahan yang telah dikisar.
3. Setelah mendidih masukkan ketam.
4. Biarkan hingga agak2 pekat. Sedia untuk dihidang untuk keluarga tersayang
 

Posted by Picasa

0 ulasan: