CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 20 Februari 2015

Cerita Aku Tentang Sebuah Ujian

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan SAW.. semoga bertambah kecintaan kita kepada baginda.. bertambah juga ketaatan kita kepada Allah.
Syukur ke hadrat Allah.. kerana Allah beri ruang.. Allah beri kelapangan.. untuk sama kita berkongsi kasih sayang.. berkongsi ilmu.. biar tidak seberapa dari tak punya apa kan..
"Kenapa aku diuji"
Tentunya setiap dari kita punya persoalan ini. Kenapa sering kali aku yang terpaksa berhadapan dengan kepayahan ini. Cuba renung apa ujian hebat yang kalian pernah rasa.. Bagi yg masih besekolah mungkin belum lagi merasa erti sebenar sebuah ujian... Tapi yang akan berumah tangga dan sudah punya anak tangga.. Allah datang ujian yang bertimpa2. Selayaknya mengikut kesanggupan ... Allah lebih mengetahui kesanggupan kita semua
Pernah tak korang di uji sampai nak makan payah.. nak tidor payah.. Ada pula yang terpaksa makan pil... Allah .. sakit sebenarnya ujian itu.. tapi bagaimana kita mengambil pengajaran di setiap ujian yg Allah beri.
Dan paling kita takut apabila Allah uji iman kita
Orang dulu2 sanggup mati demi agama..tapi zaman sekarang sanggup jual agama dari mati.. Nauzubillah.
Rasulullah saw bersabda:
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim.)
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30
Apabila ujian datang bertimpa-timpa, tentu  terdetik juga kata di dalam hati kita, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.
Macam hidup.. kita cari solusi bagaimana cantum semua hari-hari agar tersusun cantik dan sempurna.. tapi kita tewas dengan kata halus sekeliling lalu menang dengan bisik-bisik anasir jahat yang tidak pernah berhenti buar sesat..
Tiap pagi kita akan doa..
"Biarlah hari ini lebih baik dari semalam.."
Belum sampai tengahari, mula berbisik, mengeluh dengan jalan hidup yang dihadap.
Dan kita jatuh dan jatuh lagi
Sakit..
serius sakitnya.. orang lain takkan rasa.. serius
Walau kita dah cerita 100 %.. Kita buntu mencari bahu untuk bersandar.. untuk faham dan mengerti setiap yang kita lalui dan rasa. Tidak semua peduli, tidak semua ambil kisah ini tajuk sakit kita.
Sakit.
Cuba bayangkan, bila kita jatuh tersadung  batu, jatuh pula dikhalayak ramai.. dah la sakit.. malu pulak..
Kau cuba bangun walau 'sakit' .. sebenarnya yang buat kita bangkit dari jatuh bukan siapa2.. bukan kerana malu ..ada satu benda dalam diri yang buat kau kuat..
kuat.. ya kuat..
Kita tidak boleh rasa bertapa sengsaranya orang bila kita sendiri tidak pernah hadap UJI apa yang sedang Allah beri untuknya. Kita tidak boleh bangunkan orang yang luka, jika sendiri tidak pernah jatuh.
Ini lah hidup, soal memberi dan menerima. Percayalah semua pun kita hadap benda sama. Watak dan masa berbeza. Cuma jangan kecewa terlalu lama. Bangun la..
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
"Hidup ini kalau benda kecil pun kita sentap, bneda besar hati kita akan mati"-BSA
Tuhan tetap punya alasan...
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.
Ambil masa.. duduk.. rehat.. pejam mata.. buka hati. Fikir sedalamnya ... jangan lagi ditanya kenapa?? mengapa?? Hidup ini tidak pernah terjawap dengan soalan 'kenapa mengapa' yang ikhlas ditanyakan oleh hati sendiri. Kerana hidup itu perjuangan, tidak akan terhenti selagi mata ini masih terbuka.
Sudah sampai waktu untuk kita bangun dengan dua belah kaki. Sudah tiba waktu untuk kita kata.. kebalkan hati.
Sangat payah.. tetapi kalau cuba.. kita tak rugi apa-apa.. minta doa hari-hari .. kadang yang Allah bagi boleh saja diubah. Tuhan itu Maha Mengasihani.. apa lagi kita makhluk-Nya
Yang lain juga pernah rasa apa itu namanya UJI, beza masa, ketika, tahap saja.. aaa.. yang namanya Allah nak sayang.. makin tinggi ujiNya..
Walau kadang-kadang kita tipu untuk kuat. Berbohong kepada diri sendiri.. salahkah?? Orang tak nampak. Asal orang tahu kita kuat .. cukup! Kalau kita tak kuat, macam mana kita nak bangun?
Lelah dengan setiap yang bermula, tapi kita tak tahu bila berakhir. Kita tak pernah jangka dengan kejutan yang gila-gila. Macam kejutan hari lahir..
Namun paling sakit kejutan ini kita tak hadap dengan senyuman tapi tangisan, yang kita sendiri tidak punya pilihan untuk memilih kotak hadiah mana yang perlu dibuka.. kita hanya punya pilihan untuk lalui atas jalan yang kadang kadang tidak layak untuk gadis kerdil seperti dirimu.
Namun kita tetap jalan. Padahal kita dah terlalu lembik untuk bangun .. tapi tetap bangun kan..
Penatnya jalan hidup ini, buat kita bisik, lebih baik diam dari berkata.. jalan sangat pahit penuh drama dan pura-pura. Hidup seberat apa pun, tetaplah terus jalan. Di luar, ramai mahu lihat kita terjatuh daripada berdiri.. Siapa kita.. siapa pun kita.. bukan siapa2 dimatanya manusia.. kecuali di mata Allah
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati
Ust Pahrol pesan.. tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Bila diuji..
Sekecil apa pun ujian itu..
Ingat Allah sayang..
Ingat Allah sayang
Ingat Allah sayang kamu lebih dari yang lain..
Akhir kalam..
Sandarkan segala perit uji mu pada Allah bukan pada manusia..
Menangis la disetiap sujudmu
Mengadulah.. Allah ada
Pinta la hati yang sabar bukan meminta jalan yang mudah..
Ruj: ust. Pahrol & kiki BSA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi ujian aku datang tanpa aku rasa ia akan berhenti, dari zaman kecik lg aku dah rasakan ujian, sampai aku pernah cakap hari2 adalah hari sial aku, sumpah aku masih ingat aku selalu cakap aku nk keluar islam aku marah kan tuhan sebab ujian yg Allah bg kt aku,bayang kan umur aku belum balikh lg, masuk alam remaja ujian aku juga datang sampai aku nk kawin pon ujian aku datang, dan sekarang aku sudah pon berumur 34 tahun dan ujian aku tk pernah berhenti, aku dh cube macam2 cara macam2 perubahan yg aku buat untuk aku dekat dgn Allah tapi kenapa aku masih lg bermasalah?? org sekeliling aku semuaaaaa hidup berjaya walau bermula dengan susah payah macam aku juga, tapi aku terus susah bermasalah, 30%(tapi macam biskut) yg aku boleh jamin kesenangan yg aku pernah dapat. ye aku tahu aku bnyak dosa, banyak sgt, tapi aku sahaja ke yg berdosa dalam dunia ni? aku cuba berubah. tk cukup lg ke usehe aku, tk cukup lg ke taubat aku untuk aku berhenti atau setidak2nya dikurangkan beban masalah dlm hidup aku, dlm hati aku, dalam jiwa aku, dalam otak aku nih??? aku tknk susahkan keluarga aku dgn masalah aku yg tk pernah habis, aku tknk cerita dgn org, aku malu dgn org sekeliling aku yg akan gelak kan aku dgn masalah yg tak pernah, tak pernah habis walau sekali pon!!!! bunuh diri bukan jalan yg aku akan ambil sebab aku masih ingat tuhan, tapi!!!! adakah aku di ingati?? aku di uji sebab tahu aku mampu? kalau dah aku merungut macam ni mampu kah aku????? aku tak mampu aku tak sanggop cume aku TERPAKSE!!! TERPAKSE!! hadap untuk teruskan hidup aku! demi kesayangan aku!!!!! cuma hati aku sakit, hati aku merana, hati aku sensara!!! allah tahu tu, allah tahu.... tapi.... tak sggop aku nk cakap ayat seterusnya,,, aku tknk derhaka dngan tuhan atas apa yg aku cakap, tapi aku tak tahannn aku dh tk mampu nk tahan perasaan aku!!!

ni je apa yg aku nk luah. semoga tuhan ampunkan dose2 aku. semoga tuhan tk timpa lg bala atas percakapan aku. aku tk boleh nk pendam apa yg ada dalam hati aku!
tq

Kasturi Nusi berkata...

Semoga Allah melimpahkan kemudahan atas semua masalah yang dihadapi .. semoga ada penyelesaian dan sinar bahagia disetiap air mata yang mengalir .. dan Allah tidak pernah tidur .. bertabah lah .. semoga rahmat Allah senantiasa bersama anda

Tanpa Nama berkata...

Saya merasai kamu.. Sy pun mcm tu lah juga... Masih memcermin diri.. Adakah sikap sy, mencari kekurangan diri... Masih membaiki diri.. Sy yakin sy akan berjaya juga . Tenang kunci kejayaan. Hadap hidup ini Dgn tidak ambil setiap perkara personally... Hadap je lah... Plan, aturan hidup lebih strategic, discipline.

Unknown berkata...

Tidak ada org yg selalu menangis tidak ada org yg selalu tersenyum roda hidup sentiasa berputar

Unknown berkata...

😭