CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 7 April 2012

UJIAN KPD 3016- PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN


1.            Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh yang spesifik, bincangkan bagaimana langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian tersebut. 
[20 markah]


Menurut kajian Broply (1985), penyoalan dalam bilik darjah yang diamalkan adalah berkait secara positif terhadap pencapaian pelajar. Kajian oleh Gall et al (1978), menyimpulkan bahawa kesan teknik penyoalan memberi implikasi terhadap amalan dalam bilik darjah, di mana pelajar menunjukkkan prestasi lebih baik bagi item ujian yang baru disoal semasa pembelajaran berbanding item yang tidak pernah ada pendedahan. Soalan lisan juga lebih berkesan bagi menggalakkan pelajar belajar berbanding soalan bertulis. Terdapat pendapat definisi berfikir pernah diutarakan, antaranya pendapat Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Mayer (1977). Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan sterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami.
Kaedah penyoalan merupakan kaedah yang amat popular digunakan dalam apa jua bentuk komunikasi. Kaedah ini juga sudah sebati  digunakan oleh guru semasa proses pengajaran pembelajaran. Kaedah penyoalan dalam pengajaran guru sebenarnya boleh merangsang minat pelajar jika teknik penyoalan yang digunakan menepati pemikiran pelajar. Bagi mewujudkan rangsangan yang aktif dikalangan pelajar, menggalakkkan murid berfikir, guru perlu menggunakan kaedah penyoalan secara sistematik dengan memfokuskan soalan kepada soalan yang mudah kepada soalan yang sukar, mempelbagaikan jenis soalan dan memberi soalan secara lisan atau tulisan. Ini adalah kerana latar belakang dan pencapaian pelajar adalah berbeza. Oleh itu kepelbagaian bentuk soalan perlu dipelbagaikan untuk meransang murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru, menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis . Kaedah ini juga berfungsi sebagai alat yang boleh membantu kefahaman pelajar di samping mewujudkan suasana yang menyeronokkan di dalam bilik darjah.
Pada umumnya terdapat 5 langkah dalam kemahiran menyoal yang boleh diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini digunakan dari peringkat permulaan, peringkat perkembangan sehingga ke peringkat penutup pelajaran.  Langkah 1 dalam kemahiran menyoal ialah mengemukakan soalan kepada murid. Dalam langkah ini guru hanya mengemukakan soalan secara terbuka kepada murid dan hanya perlu memberi respon tahap kognitif rendah. Guru dapat merangsang dan mencungkil idea murid semasa sesi soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama. Guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid semasa sesi soal jawab dijalankan. Guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan murid untuk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran murid.
 Dalam Langkah 2 ialah guru memberi masa untuk murid menjawab, masa yang berbeza diberikan untuk setiap soalan yang mana ia bertujuan menggalakkan murid berfikir sebelum mengutarakan pendapat atau jawapan. Masa yang lebih panjang akan diperuntukkan untuk soalan yang agak sukar dan memberi murid peluang untuk berbincang dengan rakan.
Manakala  langkah 3 pula,  guru  memilih murid untuk menjawab. Selain itu guru dapat mengenal pasti tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak muridnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik murid terbabit( Zawawi, 1988: 215 ). Guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang murid untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untuk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.
Langkah 4 memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid. Murid  biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan murid. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan ke arah jawapan yang dikehendaki sehingga murid menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu. Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 ). Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seterusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan .
Akhir sekali, langkah 5 yang memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan. Tujuan menyoal adalah untuk memperoleh  maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya. Dalam langkah ini guru dan murid sama-sama menjalankan penyiasatan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Dalam langkah-langkah penyoalan ini, murid diajukan dengan soalan-soalan yang boleh menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Guru berusaha mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri murid, dan mengkategorikan soalan-soalan yang dikemukakan agar soalan tersebut boleh diterima dan dijawab oleh semua peringkat kebolehan murid. Selain itu juga masa diberikan untuk murid berfikir. Sebagai contoh dalam pengajaran matematik, tajuk yang ingin diajar ialah tajuk ukuran panjang . Berikut merupakan contoh-contoh soalan yang boleh membantu mengasah kemahiran berfikir murid:

Berikut merupakah contoh-contoh situasi yang terdapat dalam kemahiran menyoal.

Tajuk          : Ukuran piawai

Guru memegang pensil yang berbeza panjang untuk menjana idea murid tentang tajuk pelajaran.
Guru           : Mana pensil yang lebih panjang, dan mana yang lebih pendek?
 (Guru memandang murid-murid, dan meminta Azam untuk menjawab)
Azam           : Pensil dibahagian tengah cikgu?
Guru           : Mengapa kamu berpendapat sedemikian?
Azam           : Kelihatan pensil ditengah lebih panjang berbanding yang lain.
Guru           : Ok bagus, tapi apa kaitannya dengan ukuran panjang.
                    (Murid diam seketika)
Guru           : Tahukah kamu apakah perkaitannya dengan topik kita? Maniam sila  jawab?
 Maniam     : Ukuran panjang berbeza-beza mengikut saiz, jarak, dan kuantiti
Guru           : Bagus. Tapi kenapa kita menggunakan unit-unit ukuran yang berbeza-beza. Contohnya sentimeter, meter dan kilometer. Siapa boleh jelaskan?
                   (murid kelihatan keliru. Beri masa murid berfikir)
Guru           :Mengapa kita tidak menggunakan satu unit ukuran untuk mengukur semua benda atau jarak yang hendak diukur. Cuba kamu fikirkan kenapa unit ini berbeza-beza?
Lim Sheng  : Unit yang berbeza digunakan bagi memudahkan dan mengecilkan jumlah ukuran .
Guru           : Tepat sekali Lim, yang lain boleh faham dan jelas? Siapa yang boleh jelaskan maksud Lim Sheng? Mariana cuba ulang semula.
Mariana     : Jenis ukuran yang berbeza digunakan bagi mengukur jarak, benda yang berbeza.
Guru           : Jadi apakah unit yang kita gunakan untuk mengukur jarak sesuatu tempat? Samy?
Samy          : Kilometer cikgu.
Guru           : Bagaimana pula/ jika kita ingin mengukur benda? Apa unit yang sesuai kita gunakan? Muthu?
Muthu         : Sentimeter atau meter cikgu.
Guru           : Baik kelas, apa kesimpulan yang kita pelajari?
Akmal         :Kilometer untuk jarak, manakala sentimeter dan meter untuk benda.
Guru           : Mengapkah kita menggunakan unit piawai, tidak menggunakan unit yang diguna pada zaman dahulu seperti hasta dan jengkal?
                   ( Murid berfikir sejenak , guru membuat demostrasi).
Guru           : Apa perkaitaan diantara hasta, jengkal, km, m,  dan cm?
Wong Siew : Kesemuanya digunakan sebagai unit ukuran.
Guru           :Apakah perbezaan diantara hasta, jengkal dengan unit km, m, dan cm? Zasmil?   
Zasmil        : Hasta dan jengkal ukuran yang diperolehi tidak semuanya tepat bebeza mengikut panjang tangan seseorang.
Munira       : Ya cikgu, km, m dan cm pula lebih tepat kerana ia bermula daripada 0.
Guru           : Adakah unit piawai sesuai digunakan untuk aktiviti sehari-hari?
                   (murid-murid menyatakan persetujuan)
  

 Oleh itu para guru perlu untuk mempelajari teknik penyoalan yang berkesan dan sistematik bagi menyahut cabaran yang besar bagi guru untuk mengaplikasikan kaedah penyoalan secara sistematik di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan Taba (1971) bagi menggalakkan pemikiran berkesan. Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, kaedah ini membantu pelajar dan guru menjadi lebih proaktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini membantu usaha untuk mencapai matlamat pendidikan serta melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek sejajar dengan falsafah pendidikan Negara.

0 ulasan: