CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 8 Disember 2010

Roti Jala Terjun


Rasa nak makan sesuatu, saya pun g la dapur jenguk2 apa2 yang boleh di makan. Terlintas lak d otak ni nak makan roti jala...emm sedap ni.
Dengan bahan2 yang ada saya pun mula la memproses bahan2 tersebut. Lupa2 ingat gak ngan resepi ni.
sapa2 nak rasa roti terjun ni bleh la gunakan bahan2 dan cara berikut:

Bahan : (tuk 4 orang la makan)
2 cawan Tepung Gandum
2 sudu susu krimer
2 biji telur
2 sudu mentega
Sedikit garam n pewarna kuning
Air (agak2 la, jngan pekat plak)
Cara :
Blend semua bahan sampai sebati. Ambil acuan  roti jala. Tebarla di atas kuali leper yg dah d panaskan. Jangan panas sangat nanti hangus plak. Bila dah siap nak buat segi tiga ka silinder ka, suka hati individu la. Makan la ngan kuah kari. Anak2 saya suka makan ngan susu...jangan lupa baca bismillah  

0 ulasan: